Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 29 Oktober 2011

Day 2 : Your favorite movie

hello semua, selamat petang...

ingin ber-entri pendek-pendek. punca : keje banyak sangat (perasan) sambil ingin ber-date dalam hal kerja. tapi masih ade tanggungjawab pada blog. kalau tak, tekanan aku tak di-spread-kan ke atas roti maya dan boleh disajikan kepada rakan-rakan blog yang lain. 

sambung jawab soalan pasal diri. ni pun soalan patut jawab semalam. tapi aku nak jawab hari ni. hak aku kan? dah terang-terang aku personality tinta-kan segala amuk-amukan kat sini. 

favorite movie tu. bukan la aku minat sangat nak tengok wayang. kalau ade kaki aku pegi ler. last cerita yang aku tengok The Smurf mase bulan raya puasa hari tu. lepas dari tu, macam takde yang menarik pun nak tengok. ke aku dah cukup tua sekarang ni. aieeh ~!

kalau untuk tahun ni. favorite movie aku ialah Pirates of Caribbean 4 yang keluar kat panggung dalam lima enam bulan lepas. 

Macho-man!


sebab aku minat: 
  • memang cter ni klaka. aku gelak dari mula sampai habis. 
  • aku lone-ranger tengok cerita ni. bergaduh dengan Encik L punya pasal. start enjin Ferrari terus shoot pegi JJ Kepong. niat hati nak tengok Nur Kasih The Movie. bagi tangkap leleh boleh nangis-nangis dalam wayang.
  • tapi aku ni sengal pun ade. JJ Kepong tu dekat Jinjang; kawasan Cina ramai. mane ade nak tayang cter Melayu tangkap leleh macam tu. kesudahannya aku pilih la cerita Pirate. 
  • semua orang cakap, Jack Sparrow hebat. sekarang aku dah percaya yang beliau memang hebat. bukan setakat hebat malah AWESOME
  • keluar dari panggung, aku dah release. terus call Encik L dan berbaik semula. sebab tu la aku sayang same Mr Sparrow sangat-sangat tuh. 
dengan rase sangat puas hati dengan Pirates of Caribbean yang ni, I wish that I could watch marathon of it. maklum ler, aku bukan kaki wayang. tak penah nak tengok yang before-before ni punya. 

okeh. selesai satu soalan dah. nanti sementara tunggu Ncik Bos Botak yang aku sangat anti sekarang ni. adey-chiau


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.