Pengikut (Blogspot)

Khamis, 27 Oktober 2011

ber-falsafah cinta selepas cinta pertama. ade boleh percaya ke?

hello semua, selamat petang,

aku hari ni masih melalui hari-hari yang sibuk. tapi aku macam sayang nak tinggalkan blog aku ni. aku tadi masih terfikir-fikir. sampai dalam tidur sementara selepas hantar Ncik Zailan ke airport pun ade bayang-bayang tulisan ni dalam kepala aku. jangan lagi lima taun aku jadi Criminal Mind sudah ler...

aku sekarang ni fikiran kerja. tapi nak cerita cinta. serius tak masuk akal betul kan. sebab aku suke keje. aku suke cinta jugak. sebab cinta hati aku pun keje 24 jam; equivalent attitudes yang menyebabkan kitorang ni boleh bertahan lame. 

bile aku rationalize harga perhubungan aku dengan Encik L; baru aku tau yang relationship ni macam tangga. ade jejak dan naik untuk mencapai kepada satu puncak kebahagiaan; perkahwinan. 

zaman paleolitik bagi orang bercinta adalah zaman suka-menyukai. zaman suka menyukai ni bagi aku zaman segan-segan lagi. nak order air minum dan ape kehendak pun masih cover-cover. kalau makan kena bace doa dan amin kan. kengkononnye. kalau nak balas msg pun akan pusing patah balik bace baru send sebab takot tersalah cakap. mase tu semua orang akan jage perfectionism memasing; dengan harapan perhubungan akan naek pada anak tangga seterusnya. 

lepas hubungan bergerak maju; seperti calling setiap malam, chatting dan kerap berhubung lalu merasakan bibit-bibit kelakar dalam diri masing-masing. merasekan bahawa si cinta hati adalah seseorang dalam diri. bergelar sahabat paling rapat. mase ni, perasaan rindu akan berbekas dalam diri masing-masing. moreover; perhubungan akan jadi makin santai. boleh berkongsi minat, hobi dan makanan yang disukai bersama. mase zaman berkawan ni boleh demand untuk uji-menguji pasangan. test market la kalo pasangan caring tak kalau kucing korang mati kene lenyek dengan tayar Merz. perempuan dengan lelaki mase ni pun masih nak tunjuk hebat dengan memberi perhatian dengan gender masing-masing. lelaki mesti nak nampak macho; tak nak guna duit perempuan bila date. perempuan pulak selalunya akan tunjuk sifat ibu-ibu yang caring; tanya kat lelaki dah makan belum, balik pukul brape dan membebel sikit-sikit. padahal bukan nak membebel sangat pun. hua hua hua.

bile perhubungan dah rase boleh go-on and on tu baru sebenarnye seorang pasangan saling melengkapi. aku panggil fasa kasih-mengasihi. bila tahap macam ni pasangan ni merangkap pasangan dan rakan baik. ade mase should be romantic, ade mase boleh gonjolkan kepala kite. ade mase boleh jadi seorang pemberi nasihat, ade mase jadi seorang pengkritik dan ade mase boleh jadi gang untuk buat keje jahat. mase tu jugak ade sikit-sikit nak merancang untuk alam perkahwinan. 

okey, lepas tu pasangan ni akan sama-sama matang di alam perkahwinan. berkongsi rasa itu dan ini. anggap je la part perkahwinan sebagai happy ending sebagai penutup cerita cinta macam Fairy Tales. 

Saje nak tepek.
Motif : Gambar pra-kahwin Awal Ashari dan Scha Al-Yahya
dengan pendapat aku ni, aku rase aku boleh buat seseorang itu jadikan guide. how relationship going on. once kite lepas satu step masing-masing akan selesa. kalau takde ape-ape step lepas another; berserah je la kot.  pendapat aku lagi; paling susah mengakhiri fasa sahabat paling rapat. sebab menjadi terlampau sempoi akan membuat kita dituduh tak caring while menjadi terlampau caring akan buat orang rimas dengan kita.

dengan step-step yang aku reka tanpa SIRIM ni aku percaya pada satu janji ALLAH dengan ketepatan JODOH dalam hidup kita. sebab hanya ALLAH yang menumbuhkan rasa SAHABAT bertukar kepada KEKASIH dan seterusnya keserasian atau ilham dalam meneruskan hidup bersama dalam alam perkahwinan. 

sekian untuk laporan tanpa bayar. aku menulis ikot hati ni. first time kot bagi pendapat. kepada sesiapa yang drop by bace. thanks ya ~!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.