Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 8 Oktober 2011

benda yang buat lelaki gentle bergaduh, kata seorang blogger.

hello semua, selamat petang..

aku sangat santai. Ncik Bos nak jumper Dato' Najib der. so, aku santai je la. mase dalam meeting buat claim dengan overtime. aku nak duit lebih, duit lebih. mane nak dapat ni?? songlap Lee Yoke Wan seronok jugak.

sedang berfikir-fikir hal duit kan, aku ngah terfikir satu benda ni. kalau fikiran aku sangat bangang. mintak tolong maafkan la. boleh ke nak bayar duit PTPTN dengan duit haram? teet ~!

okey, pertanyaan tu korang bawak la sampai ke hujung hari. pusing-pusing mane pun. kaya mane sangatla duit haram kan? sah-sah kalau nak jadi syurga dari awal memang tak patut pun nak makan guna duit haram. aieh ~ benda simple. 

aku nak cerita pasal Kisah Benar; Neraca Kehidupan. ade seseorang jejaka ni nama beliau Ncik L. korang jangan sangka Encik L aku la pulak. ejaan pun dah lain kan. tapi kalau nak bersangka pun. ape hak aku nak bangkang kan. arelalala...

Ncik L seorang yang mungkin lemah dari segi pelajaran tapi pick up dan hustler dari segi pengurusan dan menjaga manusia. memang ade bakat jadi leader. bermula dari seorang pembancuh simen, Ncik L berusaha gigih. segigih konkrit yang lepas ujian slump test berbekal dengan ramuan yang cukup untuk membolehkan beliau akhirnya mengetuai sepasukan membina dan menyiapkan batu pemanjat (rock climbing ler sengal) untuk Tokey yang datang ke Malaysia dari Perancis. 

kepercayaan yang diberikan oleh Tokey Perancis memang memberi pelbagai pengalaman dan pelajaran untuk Ncik L. pengurusan terhadap pekerja, barangan, pembekal dan pembinaan yang membolehkan kini Ncik L petik jari kalau suruh beliau manage. 

pada zaman keuntungan lipat ganda, Ncik L mengambil kesempatan untuk 'mark up' harga barangan. yup; traders and contractors totally familiar with this key word. walaupun keuntungan yang diambil oleh Ncik L adalah tidak mendatangkan kerugian either for his Tokey Perancis or supplier tapi akhirnya beliau di-back step oleh rakan sekerja yang merangkumi sepupu sendiri. Tokey Perancis kini tidak mempercayai Ncik L. sekelip mata Ncik L dibuang kerja. 

tapi Ncik L tetap dengan maruah dan yakin untuk membuka company sendiri berbekalkan duit haram yang boleh petik jari dapat RM 5,000/sebulan daripada Tokey Perancis. namun kuasa Tuhan dan takdir Maha Agung. tak siapa pun boleh lawan. tak siapa pun berjaya nak ingkar malah tiada siapa yang boleh meramal masa depan yang sahih. akhirnya company Ncik L telah ber-lingkup dengan kerugian pada duit tersebut. akibat lain, Ncik L hilang kekasih dan hilang keluarga. apatah lagi duit, satu sen pun takde lagi dalam simpanan. nak makan pun main catu-catu macam ayam sekarang ni. 

kesimpulannya, duit haram tu memang takkan berkat. kalau tak hari ni, mungkin esok, lusa, tahun depan dan bila-bila. tinggal cepat ngan lambat jer. ni bercakap atas dasar pengalaman ma... 


Kalau duit besar rumah sekali pun,
tak besyukur pun takkan cukup. simple
sampai sini je aku cerita pasal duit haram. aku bukan gadis suci sangat bab-bab ni. sekian dan adey-chiau untuk ke So-go.


1 ulasan:

  1. memang tak berekat.

    huish mintak simpang kan kan kan.

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.