Pengikut (Blogspot)

Khamis, 29 September 2011

what a sh*t day ~!

hello semua, selamat malam...

tajuk mencarut. Ncik Meor Satey yang suggest kat aku. semalam aku ber-gayut dengan beliau bagi nasihat percintaan. aku macam ariff sangat dalam cinta. anyway; one thing aku admit. beliau memang kawan yang baik. Encik L pulak lelaki sempoi pujaan sendiri. statement ni boleh panggil saat bahagia aku dengan Encik L sekarang ni. 

hari ni ade satu cerita kelakar. aku tak tau kenape aku terlibat dalam benda-benda macam ni. memang dah rezeki aku. agaknye lah.

ade satu projek waterproofing sekarang tengah jalan. bangunan mane, saiz ape, kerja ape memang kena rahsia la. apetah klien ape punye. tak perlu nak kecoh-kecoh kat sini. yang aku nak. cerita ni jadi pengajaran dekat semua orang. 

aku santai di office dengan belajar menyediakan Esteem untuk menyemak semula kedudukan beam rumah BBS milik Ncik Bos Botak. dapat panggilan dari Ncik Ca-ah. bunyi nak seram dan gempak. 

Ncik Ca-ah : Mas, ko ade mane?
Aku : ade office, nape???
Ncik Ca-ah : ko leh cover PNB jap tak? aku dengar ade kes sky-lift. Cik Wahab on the way balik ni. 
Aku : Haaaaa, pasal ape?
Ncik Ca-ah : mane nak tau. ko pegi sane, redakan keadaan dulu.

bunyi cakap cuak dah! aku terus call Jupriadi. gerak sekali. site tu aku penah jengah sekali je. mane nak tau jalan die kat mane.

pendek-kan cerita diselangi dengan perbualan pemikiran tak senonoh Jupriadi sepanjang perjalanan. aku dan Jupriadi pun sampai ke bangunan yang dicanang-canang menakutnye...

aku tengok bangunan macam biase. ade Abang Sky-lift yang duduk lepak sambil makan betik potong tepi divider dengan damainye. 

Jupriadi bertegur sapa dengan Abang Sky-lift. beliau nampak sungguh santai sambil makan tersenyum-senyum. aku tanye tentang gaduh atau ape. beliau tak cakap ape. beliau siap keluar statement; 'takde ape kak. okey jer.....'

Jupriadi, bawak aku terus ke pejabat milik sub-client aku. ape-ape hal memang urus dengan Ncik Kurang Cerah ini. aku ketuk. aku cuak bile nampak beliau berdiri bercekak pinggang sambil berhujah dan berbising. ade pulak Abang Kemeja Purple yang agak kacak mengangguk tanda mengiyakan kata-kata ketua kerja beliau. berhadapan pula dengan Abang Pengawal yang menegakkan perkara ini salah dalam kurungan taknak mengaku salah mereka sebagai warga security. Abang-abang Polis pulak duduk mendengar keterangan mangsa; Akak Seksi dan Akak Tudung Lilit yang nampak hampir menangis. Akak Polis dengan fokus menyalin keterangan saksi.

dup dap dup. ni bukan lah macam laju penyanyi dangdut Shida yang boleh menari jongket-jongket bahu. bile pintu terbuka je. semua mata-mata tertumpu pada aku. lalu Ncik Kurang Cerah sedikit jerit 'You, Teamcoat'

malu siot nak mengaku staff, ada orang buat taik dengan intai perempuan dalam jamban. ape pun tak boleh. gaya cakap Ncik Caah macam sky-lift terbakar tadi. tapi sekali sampai-sampai kes SKODENG. langsung tak boleh bla. langsung ilmu kejuruteraan hilang entah mane. rupenye operator sky-lift kena tuduh skodeng perempuan dalam toilet.

dah dibebel sekian sekian dengan Ncik Kurang Cerah aku pun bla dan mencari siape yang buat onar ke seluruh bangunan. jumpa balik Abang Sky-lift. soalan yang terkeluar time tu 'Abang kenal sape yang nama Mail kat sini' ala-ala Detektif Conan.

Abang Sky-lift dengan selamba tahap dinosur mengaku sebagai empunya diri. beliau ni tau tak beliau ni nak kene tuduh SKODENG perempuan. bila beliau tanye kenape, aku cakap takde ape. Jupriadi dah berlari-lari bertanya anak-anak buah beliau. ade name Mail tak. hahahaha.

lepas je beberapa ketika. aku tak boleh simpan rahsia. aku bagitau Abang Sky-lift. aku tanye mane IC beliau. baru beliau perasan yang IC beliau takde. aku pun terus terang. yang IC beliau dekat dalam bilik Ncik Kurang Terang dan beliau adelah suspect kepada mangsa SKODENG tadi.

beliau pun cerita sejarah perjalanan toilet beliau. in conclusion yang beliau masuk tandas secara tak sengaja sebab dah tak tahan sangat. tapi sedikit pun tak cuak; apetah lagi nak melarikan diri.

ape gunanya aku di sana wahai bhai? adekah aku pegawai siasatan jenayah. tinggi tak lepas nak bercita-cita ke arah itu. okey, statement menyampah.

bile Ncik Mokhtar datang dan melancarkan misi Super-Mokh. aku dah takde fungsi kat situ. aku naek bumbung buat spot check kejap.

turun-turun bawah; Ncik Super-Mokh dah settle dah. Abang Mail Sky-lift di bawa ke balai untuk siasatan. menjelang petang macam beliau dah kembali dan bawa sky-lift semula.

mungkin kisah ini menjadi what a sh*t day untuk Abang Mail Sky-lift. sebab kalau fikir-fikir balik. aku sendiri pun ragu-ragu beliau bersalah ke tak. ade bukti beliau bawak cermin dalam wallet yang boleh jadi evidence mengintai perempuan. sia-sia semua benda ni kan?

balik je office, aku terus pegi membebel dekat Encik L. len kali nak masuk tandas tengok betul-betul. nanti tak pasal masuk balai macam Abang Mail Sky-lift.

memang warga Teamcoat menggula-gulakan isu ini. serius kelakar bile ingat-ingat ada sampai 5 orang supervisor turun sebab kes skodeng tandas perempuan.

Kalau Si Comel ni yang skodeng, dimaafkan la rase...

mahu settle harga sama Cik Hawa; pasal projek ni jugak. jap lagi kalo bosan aku cerita lagi kisah lain. salam sayang semua. adey-chiau!

4 ulasan:

  1. Mmg patut pon mencarut...kihkihkih..

    Nak jemput Rapunzel join contest Ninie....
    Sudi2 la kalo ada masa yer...hihiks

    "Contest: Di Mana Ninie?"

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/contest-di-mana-ninie.html

    BalasPadam
  2. Insya-allah... sedang carik idea nak join contest Ninie ni :)

    BalasPadam
  3. errrrr..... intai orang pompuan dalam toilet :D

    BalasPadam
  4. aah, ade orang mengintai orang dalam toilet...

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.