Pengikut (Blogspot)

Rabu, 7 September 2011

tersentap hati bila tali ikatan cinta putus disagat pedang

hello semua, selamat pagi...

mari berpakai pink hari ni. menambahkan rasa kasih sayang dalam diri. serius aku rase sangat use-less dalam cinta. tak nak cari cinta. cinta itu dusta. mane-mane lelaki konon-konon yang berkenalan cinta dengan aku sekarang ni for sure aku akan back hand kalau depan mata. hahaha; memang aku hope-less dalam cinta. 

Siapa loser?
Saye!
macam mane aku boleh terjebak dalam benda bodoh ni. aku bangang. dah tau takde ilmu dalam cinta. nak jugak bercinta. lain kali suruh Puan Nenek jaja je nama ko satu Kampung Puah dan buat iklan. cucu saya mau kahwin terus. tanak cinta-cinta. paling tidak, nanti dah tak suke, bercerai terus. mungkin aku dah ade zuriat time tu. tak payah dah nak fikir hidup sunyi macam ni semula. 

aku serius hampir meroyan. menangis sepanjang malam. selera makan aku menurun. berat badan aku turun mendadak. hak hak hak. ini tipu.

sorry my dear. itu bukan gaya Mastura bt Borhan putus cinta. aku bukan perempuan yang suka sangat nak layan perasaan kuntum itu. lebih mulia berzikir seribu kali menangis memikirkan azab neraka dari aku menangis sebab kau yang memang hanya ada satu peratus rasa sayang pada aku. 

pertemuan pertama pun dah tersasul salah nama. hati memang tak bersedia nak menerima aku dalam hidup kau. bukan salah kau. cuma salah aku yang nak bagi peluang bercinta pada orang yang salah. perempuan naif macam aku. sentiasa ingin memberi peluang kedua pade orang lain. 

sedap pulak air Coffe Mix campur dengan Ali Cafe ni. hingga terlupa aku sedang putus cinta. statement nak budget perempuan strong. konon-konon tak menangis sebab cinta. common la Mastura. ko yang dungu. jangan nak salahkan orang lain pulak. 

maaf lah Encik L. sampai sini je aku mampu tolong bela perasaan kau. sampai sini aje aku sanggup bagi nasihat kat kau. aku doakan kau dapat capai bahagia bersama cinta pertama kau. jangan risau. aku sikit pun takkan berasa hati dengan kau. memang dah ade pertunjuk takdir kite takkan bersama. 

thank to you. sebab ajar aku erti cinta, sayang, kasih dan rindu. selama 250 hari (jangan ingat aku ingat, aku tekan calculator nak kira ni) perkenalan kita, aku faham seorang lelaki dan batas-batas perhubungan antara kawan dan cinta. terima kasih, sebab kau jadi seseorang yang pertama mengajar aku dan mematangkan aku. 

okeylah. membebel panjang pulak. dah release sikit sakit hati aku bile cerita dalam blog. sape-sape yang baca ni bebas mentertawakan aku. sape-sape yang mengasihani aku, itu tak perlu. sebab beribu orang lagi kecundang dalam cinta hari ni. takde hati nak cerita dalam blog pun. 

semoga berbahagia hati. jangan risau rasionaliti akal akan membantu kau, hati Mastura jangan kau bersedih lagi. eh, jap... tadi mase aku jaga dari tido, aku teringat pulak lagu ni...

Bila cinta berakhir, musnahlah segalanya.... [Dua Insan Bercinta, Ella]
musnah ke? cool aje. still boleh claim OT untuk bulan lepas. okey la tu kot. adey-chiau. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.