Pengikut (Blogspot)

Ahad, 4 September 2011

menulis sambil layan cafe' hasil penulisan taraf tong

hello semua, selamat tengah malam...

hari raya yang kelima. lokasi sekarang, selayang pandang. mood pulak sedih kecewa dan ingin carik pasal dengan Encik L. tapi hajat tak kesampaian sebab beliau dah start keje malam ni. sungguh spoil. mane tau merajuk dapat pulak Volkswegen Polo satu sebagai ubat. menarik jugak kan? ok, semua mimpi. kalau betul-betul jadi kenyataan aku nyanyi lagu bawah ni... 

tolonglah semoga ini bukanlah mimpi di siang bolong, woo woo, woo woo, tolonglah tolonglah ibu aku jadi seperti orang yang bloon. [Nakal, Gigi]
huhu. terus terang cakap. aku takde topik pun nak bincang hari ni. sebab semua bende nak kene ade gambar.  card reader pulak tinggal kat office sebelah. mungkin esok boleh kasi up-date balas dendam dua tiga entri kan?? kasi exercise sikit tangan menaip.

so, aku boleh buat conclusion tahun ni raya macam tahun lepas jugak. mungkin aku lebih dewasa sebab dah boleh nak hulur duit dekat keluarga-keluarga. dah jadi harapan Puan Mak, Ncik Ayah dan Puan-Puan berkahwin untuk membawa Ncik Atok dan Puan Nenek berjalan-jalan. dalam bahasa rasminye driver.

tahun ni jugak berhari raya dengan bersederhana. belajar berjimat. belajar menahan diri dari membazir. good improvement. tahun ni budget cantik-cantik. rendang, nasik impit dan juadah utama raya habis dimakan. takde istilah membazir just like tahun-tahun lepas. 

baju raya pun tak berapa gah sebab tailor sakit. i just get one kebaya kain belah dari Peace Collection. simple dan Encik L pun tak kesah. cukuplah tu, dari takde langsung. ade jugak baju dah tak muat sebab kain mengecut. ade jugak yang belum jahit lagi, dua pasang buat spare untuk Raya Haji. baju raye sponsor by Ncik Bos pulak terlampau besar dan perlukan kelim dibelakang baju. need a tailor for it. cerita baju raya memang takkan habis. Encik L tadah telinge sambil kutuk aku gemok. sakit gler hati aku!

berhari raya sebagai insan gemok. asyik kene tepuk-tepuk bahu tanda geram oleh sanak saudara. nekad nak kurus. nekad nak makan jamu! seeeeriuuuuuuusssss!

ade beberapa impian yang mase sebelum raya tak tertunai pasal Ferari putih aku. pertama pasal service. belum sempat nak monthly service. ingat nak hantar kat Bangi tapi takpe la; terpakse lagi bergantung harap kat Pakcik Uncle sebelah Al-Safir ni je. tu belum campur lagi dengan break dan clutch yang ber-buat perangai menjauh dari kaki. break pun dah bunyi. risau aku. puas aku bercakap dan berjanji dengan die tadi. harap die faham la situasi aku kan.

Ferari aku jugak dah berdebu. tu pun mintak tolong Cik Shida hantar pegi cuci dekat kedai Anney tepi Warta tutup ni. baru nampak boleh melompat dengan bow sikit malam ni. selame ni mesti Ferari malu sebab beraya dengan badan berkerak. malu dapat tuan kedua macam aku ni. mahu perkemas kereta lepas ni. esok atau lusa. maaf kereta!

mungkin lepas ni akan sibuk menanti open-open house dari kawan-kawan. korang-korang nanti ajak aku eh?? aku memang muka tak malu nak raya rumah orang. raya kan setahun sekali. amek kesempatan bermaaf-maafan la kan... termasuk jugak merasa makanan yang sedap-sedap kan!

okeylah. takde topik pun berperenggan jugak menulis. selamat malam semua. esok nak beraya di rumah Cik Fariza bersama Ncik Yeppul dan Cik Waniey. esok pagi-pagi nak mintak permintaan masakan yang bukan-bukan dekat Cik Fariza seperti masak asam pedas bewak campur bendi... terbaik macam Kokotiam milik Tok Abba Boboi Boy. hahaha~!

TER-BAIK!!!


rase nak demam la. tido dulu. adey-chiau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.