Pengikut (Blogspot)

Isnin, 5 September 2011

Mastura perempuan tulen. lari dari topik soalan. huhu!

hello semua, selamat malam....

untuk menaikkan mood menulis blog. aku nak jawab beberapa soalan ringkas. khas untuk perempuan. kalau rajen, korang layan yer....

(1) berapakah umur awak pada hari ini??
24 tahun, 5 bulan dan 21 hari hidup di bumi milik Allah SWT ini. 

(2) Selalu tak buat majlis hari jadi dan jemput kawan-kawan??
pernah buat sekali. umur 5 tahun. tu pun nenek aku yang jemput kawan-kawan aku. ke kawan-kawan die? aku pun lupe la... 

(3) Awak suka membeli-belah??
sukalah. nanti orang cakap aku tak perempuan pulak. kalau pakai duit orang lagi chare!

(4) Awak selalu membeli barang berjenama atau tidak??
tak beli. kalau rase berbaloi baru beli. baru suami sayaaang. ape tibe-tibe?? hahaha

(5) Adakah awak seorang yg menjaga kecantikan wajah??
sebagai seorang yang HOT. semestinye perlu menjaga wajah! style ~!

(6) Apakah jenama produk kecantikan yg anda pakai sekarang?
ambooi soalan ko Jah, sampai dalam spender ko tanye. tapi sebagai seorang HOT, semestinye aku kena jawab soalan begini. hek hek. aku pakai produk jenama Puteri Rembulan same Tia Amelia. ade pun storey dalam entri-entri lepas.

(7) Apakah barang yg awak suka kumpul??
aku suke kumpul duit RM5 skang. bende lain kene freeze. kate nak belajar berjimat kan??

(8) Adakah awak mempunyai komputer riba sendiri??
ade satu lappy yang Ncik Ayah belikan mase aku tahun 2 kat UTM dulu. sayang woo lappy ni walaupun dah taraf PC. canggih zaman aku beli dulu doww!

(9) Kalau ada jenama ape??
Compaq Presserio bla bla bla. ape jaddah nak hafal?

(10) Nama Komputer riba awak??
QQ atau awak... nak senang panggil awak je kalau die buat perangai! 

(11) Mengikut perkembangan terkini, apakah jenis telefon bimbit dan komputer riba yg terbaru..dan andai kata mempunyai wang sendiri..apakah pilihan anda tentang dua barangan di atas??
handphone teringin nak purchase Samsung CS3 ke ape jed yang nipis boleh masuk bawah pintu. lappy tak beringin nak beli lagi. kena survey mane best kalo nak beli. 

(12) Adakah anda seorang yang penyabar untuk menjawab soalan berikutnya??
lah dah memang aku decide nak jawab. sabar aje la kan?? ape masalah kau? brutal tak??

(13) Awak seorang yang berkeyakinan terhadap diri sendiri atau org lain??
diri sendiri 30% kalau orang lain back up akan jadi kepada 70%. memerlukan sokongan orang lain untuk confidence-kan diri sendiri. 

(14) Adakah awak pernah bekerja??
tengah keje la ni der... ape da???

(15) Awak berpuas hati dengan kerjaya anda??
sangat puas hati melainkan perangai Ncik Bos Botak yang macam-macam. saboo je lah!

(16)Andai kata awak mempunyai pilihan untuk memilih kerjaya lain, apakah kerjaya yang awak akan pilih??
nak jadi penulis novel cinta sakti. nak jadi tukang buat kuih raya ter-ulung. pengaruh hari raya. hahaha

(17)Apabila waktu lapang, kemanakah tempat yang awak akan tuju??
nak g selayang mall, karok, jalan-jalan. menjadi budak sosial Selayang. style!

(18) Minat membaca??
of coarse. membace kan jambatan ilmu. tak belajar ke? hahaha

(19) Buku apa yg awak suka baca??
novel dan buku-buku psycho. jangan risau. setiap kali aku bace nanti aku review sampai korang jemu. huk huk. 

(20 )Perkara pelik yang awak penah buat??
duduk di komuter smbil menyanyi kuat-kuat. ala yang macam Hindi Film suke buat tu. hahahaha ~!

(21)Makanan atau minuman yg awak alah??
Sayur adalah musuh dalam selimut. sekian.

(22) Andai kata awak ingin menjadi super hero..karakter mana yg awak akan pilih??
ooh, jadi Supermak la style. 

(23) Dalam lingkungan 100%. agihkan mood awak dalam peratus tersebut.
100% bosan sampai terasa nak nyanyi lagu Selangit yang Amelina pernah nyanyi

(24) Antara kaya dan miskin..manakah lebih selesa bg awak??
kaya la. memang dapat hidup selesa. soalan haprak!

(25)Lelaki Idaman Hati??
lelaki yang dalam istiharah yang bakal menjadi jodoh aku. lelaki yang sedang mengetuk ais di Antartika untuk dijadikan Volkswegen Polo supaya boleh datang bertemu aku. satu hari nanti, insya-Allah.

(26) Pernah memarahi orang sesuka hati , menyimpan dendam dan pernah di aniyai??
pernah memarahi Cikilalang sepenuh hati dan menyimpan dendam kepada sesiape yang memiliki Volkswegen Polo secara optimis berkata 'korang tengok la bile aku purchase nanti. tak pernah teraniaya. sebab aku akan aniaya orang tu 10 kali dari aku dapat. takoot tak? hahahaha

(27) Soalan terakhir, luahkan apa yg terbuku difikaran awak tentang hidup. kalau di beri pilihan, apa yg awak ingin buat dan ubah tentang hidup.
okey. honestly sekarang ni aku hidup dalam dilema cinta. cinta bagi aku indah. disebabkan aku tak suka memberi dan suka menerima. aku cukup benci dengan perwatakan Encik L. mungkin takdir makin menjauhi kami. mungkin aku bukan seseorang yang serasi sebagai teman hidup seorang lelaki. mungkin jugak bukan masa aku sekarang ni. aku tak ingin ubah ape-ape tentang hidup. aku hanya ingin belajar dari kesilapan dan mencari seseorang yang terima aku seadanya. macam orang lain jugak, aku nak sebuah kehidupan bahagia cara Mastura bt Borhan. serius tak? sekian. 

tadikan, mase Puan Mak called aku tak layan sebab jawab soalan-soalan tak patutnye. Puan Mak bagitau kucing yang aku buang kat Pasar Bandar Baru tu dah balek rumah balek. nanti aku story pasal tu ye. 


aku jawab soalan ni pun sebab sayang. aku delete jawapan entri lame. aku jawab soalan baru. banyak mase kate?? 


ok, nak balek rumah la. Cikilalang buat taik atas katil aku. aku nak hukum die la. campak dari tingkat 4. selamat malam semua. adey-chiau!

2 ulasan:

  1. pergh! jawapan utk soalan terakhir tuu. stylo la kak mas. serious habis. baru la betul betul mastura borhan. hehe :)

    BalasPadam
  2. serius ke? tu baru 10%. belum betul-betul lagi. haha...

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.