Pengikut (Blogspot)

Isnin, 5 September 2011

jodoh itu ketentuan

hello semua, selamat tengah hari...

aaarrrgh ~~~! menerima kutukan blog makin hambar dan tidak menarik sungguh memeritkan. mane perginye jiwa-jiwa aku selame ni yang disemai menjadi padi kekuningan lalu dimakan gagak. gagak ade kat sawah ke??? serius berjiwa mangkuk sambil meng-adaptasi kiraan wind load batu bata kepada blok konkrit ringan. pening-pening!

entah. mane asal-usul mu Mastura? di mana jodoh cinta mati mu? siape yang kamu nanti kan? soalan-soalan cepu yang ditanya oleh sedara mara, rakan taulan time raye. memang umur-umur untuk dijadikan bahan kenape tak kawen lagi. std la orang Melayu yang super caring memang selalu akan tanye soalan macam ni. takde topik nak borak la tu... ahahaha.

menurut Ncik Ayah dengan belagak di depan Puan Mak Long sambil menikmati nasik putih sambal sarden kentang pedas menggunakan cili padi pendek-pendek petik ditepi rumah dan dibajai dengan ta** ayam kampung diulami kobis masak air berkata 'Awak ni Ulong (Mak Long da), dah ado ribu simpan sikit, calun nyo lak takdo, macam mano kan?' 

statement yang gelabah mengutuk aku la. Ncik Ayah nak style bagitau Puan Mak Long yang beliau dah simpan duit untuk kenduri aku. tapi aku lak yang takde calon sesuai. Encik L tu ayah tanak terima lak. menyampah! 

Ncik Ayah quite excited dengan bakal majlis perkahwinan aku. menu desert dah ditentukan. tak lain tidak menu cocktail ilham Arwah Mak Usu sejak Puan Along menikah lagi. no excuse for that. macam jadi resipi turun-temurun pulak. sedangkan kahwin Puan Kak Ngah je dah habis riban sebab cocktail. serius membazir tapi menu laku time kenduri. anggap je nak bagi orang makan. sedekah. 

aku pulak tanak kalah dengan Ncik Ayah lalu membalas kata-katanya dengan niat nak bagi sakit hati; Ala susah-susah sangat kahwin hidang bihun goreng. habis cerita! dengan bahasa Melayu sempurna okey. bukan den faseh cakap Kampar. hahaha ~!

Ncik Ayah men-cool keadaan seperti berkata 'Takkan Liana (Puan Along) ngan A-are (Puan Kak Ngah) nak tengok Mastura kahwin macam tu; tidak-tidak mesti lagi hebat dari diorang' 

ye ke? aku membalas dalam hati. serius hati tersentuh. kalau macam tu aku nak buat permintaan kahwin ala puteri raja. boleh??? hahahaha, berfikir untuk menjadi si bongsu yang demand seketika. tapi kalau takat kahwin dengan orang keje biase-biase kahwin nak lebat nanti Encik L dituduh makan rasuah pulak. lagi satu cerita pulak keluar. kan sederhana itu amalan mulia....? wallla ~!

okey. sebenarnye la aku nak jadikan perbualan Ncik Ayah dengan Puan Mak Long tu intro aje. tapi dah jadi cerita pulak. sampai tiga perenggan. bukan intro satu perenggan je ke?? belasah je la, bukan nak bagi pemeriksa yang pakai pen merah semak pun. takut ape?? hehe.

last two days, aku layan cerita dalam Mac Book milik Puan Kak Ngah. aku memang dah rancang taknak tido sambel layan cerita kegemaran aku bersama-sama dengan Ncik & Cik-Cik Nakama sejak dulu. cerita pasal si arkitek yang mencari jodoh entitled How I Met Your Mother

Macam Mane Aku Jumpe Mak Kau!


aku tahu ramai jugak yang tak layan cerita ni. tapi sekali layan masyuk woo. memang terbawak-bawak perwatakan Legendary oleh Barney Stinson dan memperasankan diri sebagai workaholic person macam Robin Scherbatsky. kadang-kadang akan rase bestnye kalau kite jumpe soulmate kite awal macam Lily Aldrin dan Marshal Erikson yang memang dah berkawan, bercinta dan berkahwin a.k.a hidup bersama sejak zaman universiti. memang saling memahami. segala tindak tanduk pasangan pun boleh kenal dengan sesaat jer... 

bagi aku cerita ni best giler. cerita yang dimulakan dengan video yang ditonton oleh anak-anak Ted Mosby setelah Ted meninggal dunia pada tahun 2030. video perjalanan macam mane Ted berjumpa dan berkenalan dengan ibu kepada anak-anak beliau. he dates might be thousand girls (until Season 6) sebelum jumpe dengan ibu sebenar kepada anak-anak beliau. serius cool ~! sampai skang kitorang tak tau siape wife kepada Ted Mosby ini. hari tu macam dah betul sekali orang tu lesbian pulak! mesti la bukan kan?? 

one thing, ni cerita pasal persahabatan. cerita pasal realiti kehidupan. mitos cinta dan perhubungan. cerita pasal kekeluargaan. cerita pasal kerja dan punca kerja. yang menggabungkan elemen-elemen sosial sebagai persoalan utama setiap episod.

tu je. aku frust ni sebab Season 6 ade lagi empat episod aku tak sempat tengok hari tu. dengar cerita skang tengah sibuk release Season 7 pulak. dalam Season 7, Barney nak kawen!!!! ta percaye ta percaye!

setelah menonton siri ini beribu kali. aku admit yang jodoh itu memang dari Allah SWT dengan usaha, doa dan tawakal dari manusia. sedang orang kafir yang minum arak lepas tu kaki seks bebas pun percaya. ni pulak kite Muslimin yang memang dijanjikan syurga ni kan?? Ter-baik ~~!

perlu ke JPJ Wangsa Maju. bincang pasal payment. adey-chiau. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.