Pengikut (Blogspot)

Rabu, 14 September 2011

jamu untuk diet. black soap untuk jeragat. tak payah nak rase cantik sangatla Mastura!

hello semua, selamat tengah hari... 

hari ni sepatutnya bergerak ke Seremban. menyamar diri sebagai trader dan mengambil gambar pembinaan plant dalam tapak bina. tapi macam siput. buat keje tak effektif. Ncik Bos menghentam aku ngan Ncik Ca-ah sebagai seorang gorment yang hanye meletak tangan di bahu semasa Ncik Tua Kutuk yang merasakan diri sebagai orang penting dan suka call orang lima kali sehari menjalankan kerja-kerja demo di tapak bina. 

Ncik Tua Kutuk memang suka budget diri sebagai bos yang suka memberi arahan kat orang sesuka hati. walhal skill yang ade pada bos seperti membuat keputusan tepat dan mengambil risiko bila berniaga memang takde langsung nampak ciri-ciri. ape yang beliau boleh aspect ape yang orang lain pandang pada beliau? serius pandangan yang menjengkelkan. serta merasakan beliau sebagai bebanan! kan, dah keluar ayat umpatan aku. 

okey. bukan benda tu yang patut jadi bahan utama dalam entri ni. tu pendahuluan menyatakan rasa sakit hati. boleh la semua reader menyalahkan Ncik Tua Kutuk kenape aku tak update blog tetiap hari. aaahaaaai ~~~!

aku nak bercerita pasal kecantikan dan penjagaan diet seimbang wanita hari ni. tema entri hari ni dah rupe bual bicara Wanita Hari Ini. so, aku move on watak diri cantik islamik macam Wardina Saffiyah. wah giler cun meletup. 

Ibu Islamik Penyayang
okey, caption dah cukup buat korang faham. macam mane pandangan aku pada Puan Wardina yang boleh aku anggap sebagai ibu contoh ni. kalau aku ade anak, aku harap aku akan semai seperti beliau mendidik anak-anak dengan penuh islamik. Insya-Allah. 

cukup! pasal anak-anak takde kene mengena dengan diet, jamu dan sabun pencuci muka Puteri Rembulan. anak-anak akan nampakkan kita selalu muda sebab hati akan bahagia melayan karenah anak-anak yang sedang membesar. angan-angan aku la ni.

sabun pencuci muka baru. dah purchase dekat dua minggu. keberkesanan seperti kulit licin bak Nasha Aziz masih belum diperolehi. namun, kerak-kerak jerawat serta blackhead makin berkurang. mungkin tak lama lagi boleh jadi duta Puteri Rembulan. hahaha. perasan sangat!

Hitam-hitam si tampuk manggis.

black soap. memang nampak jijik. tapi ramuan dalam sabun yang terdiri daripada bunga safron dan bla bla boleh membuatkan minyak kite diserap habis dari muka. before ni aku pakai Tia Amelia punye sabun. berbeza dari segi tekstur dengan kelikatan.

macam mane aku nak terang eh? kalau produk Tia, korang rendam dalam air. sabun tu akan jadi cair dan likat yang bagi aku seronok. sebab tak payah nak susahkan cairkan solid jadi buih. cecairkan mudah diuruskan berbanding pepejal. kalau dah cecair bagi kesan maksimum berbanding pepejal. baek guna dalam bentuk cairkan?

lain pulak dengan perangai Black Soap sebab kalau cair akan menjadi cair bangat. memang tak best sebab tak likat macam Tia. lepas tu ade serat ape bende ntah. so dah tak function bila dah mencair. pastikan sabun ni bebetul kering untuk menjalankan kerjanya sebagai pembersih muka unggul. tu yang korang kena jage.

kalau nak cerita pasal harga. of coarse Black Soap akan bagi kepuasan kewangan sebanyak penjimatan RM20.00 untuk enam bulan penggunaan. ape pun, kalau beli runcit mungkin Tia lebih sesuai dengan pembelian RM10.00 untuk dipakai setiap bulan. aku suke beli lump sum terus sebab nanti tak payah nak fikir pasal pencuci muka dah setiap bulan. kan dah menjimatkan itu?

tutup cerita pasal Black Soap. masuk cerita pasal jamu. mase tahun lepas, memula aku masuk keje Teamcoat, aku ade makan jamu untuk membetulkan aliran darah perempuan aku. kalau korang nak tau yang mane, cube rujuk entry ni : makan jamu.

sekarang masalah seperti di atas dah selesai. yang tinggal hanyelah kegemukan badan yang melampau. disebabkan aku ingin mengawal pemakanan serta mengurangkan risiko demam setiap bulan kerana waktu kerja pasang surut. i come back with this jamu yang keluar dengan wajah baru.

Come With Tablets. One Tablet One Day
alhamdulillah. masuk minggu kedua aku makan. makanan aku terkawal. aku rase cepat kenyang dan makan dalam kuantiti yang betul. mungkin hormon perempuan macam adrenalin aku berfungsi semula. makan setiap hari jugak membolehkan aku lebih segar dan bertenaga. 

betul ni. aku tak tipu. sebab semalam aku cepat-cepat keluar office. tak sempat nak pick one tablet. selera makan aku kembali seperti semasa dua minggu lepas. and then aku sangat lesu. balik kerja terus tido. mandi pun tak sempat. cuci muka without krim kunyit. serius rasa perempuan loser semalam. 

hari ni aku beringat untuk amek semula jamu ni. aku boleh conclude; jamu yang aku makan ni membantu menyelarakan hormon perempuan kembali stabil. segar sepanjang masa. sesuai untuk wanita bekerjaya macam aku. 

okey. dah lunch. aku buat surat dari tadi tak settle la. ape kes? meh sambung tulis. adey-chiau.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.