Pengikut (Blogspot)

Khamis, 22 September 2011

isu berhenti kerja sengaja digembar gembur bagi Ncik Bos cuak, berkesan ke?

hello semua, selamat tengah hari...

Ncik Ca-ah dan Cik Wahida sibuk bertelefon kini. seorang ibarat lelaki ganteng bersuara deras. seorang bersuara ayu ibarat wanita melayu kedua sebelum akhir. sebab wanita melayu terakhir tu aku. wahahaha!

hari ni mood baek. Ncik Bos menyibukkan diri untuk mendapatkan projek Seirramas-tura yang terletak di Nilai. Cik Hawa hari ni bertindak sebagai driver Nissan X-trail kepunyaan Teamcoat Group of Company. aku tak dapat nak layan cuak beliau pagi tadi. atas sebab-sebab belakang aku buat perangai. 

ape ke hal aku pagi tadi tonggeng-tonggeng tahan sakit. at the end, aku amek Ponstan sebiji. terus sakit hilang. memang aku dah agak  benda-benda macam ni akan jadi. sebab ade dua benda lebat yang berlaku dalam diri aku sekarang ni. yang pertama, sebab hujan lebat membawa kepada suhu ala-ala Antartika di Selayang dan yang kedua, nescefe nak lebat sebab tu je air yang ade untuk minum pagi petang siang malam. hehehe. tanggung kan!

aku bosan keje. somehow kene keje. mendengar cerita member lama a.k.a Pia yang ade hantar komen before entri ni. dah tak kerja dan cari kerja. semalam aku terfikir benda yang sama. nak berhenti. nak carik company yang boleh bagi aku gaji lima ribu plus plus bersama kondominium, kenderaan, insurans, hospital dan bla bla bla kemudahan yang mengibaratkan aku seperti makan tanggung, berak cangkung. serius akan rase heaven kalau macam tu. 

last few weeks, aku ade borak-borak jugak dengan Ncik Mokhtar mase attend meeting dengan contractor Sekolah Putrajaya tu. isu mengenai kerjaya dan Ncik Botak memang selalu jadi main topic dalam kereta. dalam kata lain mengumpat. walaupun Ncik Mokhtar nampak seperti cool. beliau memberi satu pendapat natural yang kadang-kadang memang suite dalam kehidupan ber-ker-jaya-an ni. 

beliau cakap ape yang manusia carik dalam bidang pekerjaan or carik rezeki ni more to the comfortable issues. then salaries come to second. he totally right. selagi kita rase majikan itu memang melayan kita dengan kerja yang setimpal dengan gaji yang berbaloi. kite akan rasa selesa. selesa ni takkan dapat lawan dengan harga duit berjuta. ibarat macam kekayaan tak boleh menjamin kebahagiaan la. mind set orang zuhud. aku rase aku pun agak style yang macam ni. hahahaha. 

entah. aku still mentah dalam industri ni. aku tak tahu ape yang aku buat betul atau salah. aku masih perlukan lampu suluh yang terang ibarat kepala Ncik Bos Botak mencorakkan jalan aku dalam industri ni. aku jugak still perlukan rakan sepejabat untuk berkongsi masalah dan idea. aku masih perlukan sokongan dari agensi dan profesional lain untuk menggerakkan kerja aku tanpa boleh berfikir sendiri setiap prosedur yang aku kene langkaui. ape pun aku sanggup. acheeeh ~!

menjangkau setahun bekerja di Teamcoat Group of Company. ape yang kau dapat Mastura? mampu ke nak move on? arerelala sungguh jiwa lara. jiwa dengan lara dah clash okeyh! aku pulak belum ade nampak bayang nak berhenti dari Teamcoat. 

mahu ber-minum nescefe lagi. adey-chiau. 

4 ulasan:

  1. Sume keje pon ad dugaan n cbrnny..
    tp as long as ur salary blh support ur life..
    n jiwa blh msuk lg dgn compny 2..means dr segi sikap2 staf n bos la..
    so trusknla..gain ur experience at there..
    jgn stat cri isu yg leh wat hlg mud utk trus bkerja di situ..=)

    BalasPadam
  2. hehehe, thanks Cik Pia...
    ko pun akan jumpe keserasian nanti :)

    BalasPadam
  3. bak kata kak mas dulu, buat ape gaji besar besar kalau hari hari kena maki. keje dgn teamcoat, rileks je. tiap hari facebooking. tiap hari blogging. hehe . sempoi sudah! :D

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.