Pengikut (Blogspot)

Rabu, 28 September 2011

hidup ini rumit

hello semua, selamat pagi...

this week, aku malas sangat nak up-date blog. last week pun same. takde isi nak gembar-gembur kat sini. hidup berjalan ikot flow. bosan sangat jalani hidup bekerja seperti biase macam aku ni.

tajuk kat atas tu, Ncik Meor yang suggest. waktu tu aku dok msg encouragement pada si beliau dengan seseorang; Cik M yang boleh kata sweet dan sempoi. however, aku sweet lagi. kah kah kah kah. 

korang jangan tak tahu. nama Ncik Meor dalam list contact dalam si Pinky ni aku tulis sebagai Meor Satey. sape keje Teamcoat pasti tahu mengapa. wahahahaha ~! tapi sebab bosan, meh aku share dalam blog ni. huhi...

satu malam yang sunyi sepi, di saat Ncik Lizam dan Ncik Meor berasa penat dan lelah setelah pulang dari perantauan a.k.a Simpang Waha; mereka terus membuat panggilan ke gang rumah sewa Teamcoat. minum jooom, lepak kejap. ayat cliche gang-gang Simpang Waha kalau baru sampai office. 

dengan perasaan lapar 10% dan bosan 90% yang menginginkan gosip hangat berkenaan dengan Ncik Meor Satey, aku sebagai warga rumah sewa paling bongsu mengambil inisiatif mengajak akak-akak aku pegi lepak dengan Ncik Lizam. 

itu perkara yang biase. semua orang pun pegi lepak kat Kedai Akak Kelantan yang dimeriahkan dengan bau-bauan satey yang dibakar oleh Acik Indon yang selalu begi top up DI-GEE (acik tu selalu sebut macam ni) kat DIY. 

satey. makanan special orang Minang or Sumatera or sekitar-sekitar sini yang dipopularkan oleh Ncik Haji Sahmuri, orang Kajang lama. sebab Ncik Safari Sahmuri malas nak panjang-panjang, create je nama satey kajang. ni semua aku reka sendiri. amek kaw! haha

rase satey memang la sedap. kalau order lima cucuk lima orang makan, silap-silap ade yang ber-WWF atas meja. haru! tapi perlu ke lima orang itu makan sampai 50 cucuk satey setelah memakan nasik goreng kampung telur mata sepinggan. tak logik, tak logik.

Ncik Lizam yang menyandang jawatan Project Manager di Teamcoat menggunakan ilmu pengurusan kejuruteraan dalam mencongak bilangan satey yang sedang-sedang sahaja yang boleh dimakan oleh kami semua. lalu, mengeluarkan arahan kepada Ncik Meor Satey berbunyi 'Meor, satey order 15 ayam, 15 daging' 

simple punye arahan. Ncik Meor persis tiada masalah dengan arahan dari ketua bersaiz XXL itu. sementara menunggu satey dibakar, kami berlima menyambung perbualan membahan Ncik Meor Satey. isu hangat seperti Ncik Meor Satey ber-pronounce Simpang Waha dengan menyebut Simpang Wahe tanpa bersalah kepada sub-con dan digula-gulakan lagi dengan menyatakan Ncik Meor sebagai loser sebab umur dah 25 tahun but still takde KWSP. hahahaha.

sedap-sedap membahan, sampai kepada ketika Acik Satey membawa satey yang harum ke meja lepak kami. sampai-sampai aje, aku dah buat muka pelik sambil bertanya 'Fuyoo, banyaknye sape nak makan ni?'

kemudian, Ncik Lizam mengeluarkan pertanyaan berbaur 'berapa ko order ni Meor?' 

belum sempat Ncik Meor Satey beri explain; Acik Satey bagi evidence 'Udah ordernye lima belas ringgit, lima belas ringgit; makanya dua puluh lima cucuk, dua puluh lima cucuk' 

we'ools, speech-less. tak pasal-pasal Ncik Lizam dapat bersahur satey hari tu. teng teng teng.

Mungkin Ncik Lizam terkenang masa lalu.
hehe

last but not least, kepada Ncik Meor Satey, hidup ni rumit seperti kau yang tentukan okey. adey-chiau semua.

1 ulasan:

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.