Pengikut (Blogspot)

Selasa, 6 September 2011

kalau tanak sesat, bawak kucing jadi GPS

helloo semua, selamat tengah malam...

macam biasa. aktiviti biase. sementara menunggu makanan dalam Cafe' World aku masak dalam mase sejam dari sekarang, kat sini Chef Mastura nak mengarut. wah, tukar pangkat sekarang. 

sebentar tadi baru ber-chat dengan Ncik Lizam bercerita pasal mencorak bintang. bahasa buku Salatus mane beliau guna aku tak tau. malas layan sebab beliau cakap beliau pemalas. nak type pemalas pun jadi pem aje. ntah sekolah mane la Ncik Lizam dulu pegi. muncul soalan ni dalam otak yang aku baru tau bentuk macam bersujud orang itu. 

macam aku tulis petang tadi la. kucing yang korang buang akan berjaya balik ke rumah korang semula. alah story biase la untuk penggemar kucing. ade yang tinggal kat Johor Bharu buang kat Padang Besar pun boleh patah balik. ini pulak takat buang dekat Pasar Borong Selayang tinggal kat Taman Bakti. small matter la bagi kaum jenis Cikilalang ni. hal-hal macam ni boleh menuntut ilmu dekat Cikilalang. 

Chak-aah, jangan berani nak buang saye la. saye bijak!

Cikilalang pun penah kene buang dengan Puan Mem dekat NSK, dua hari lepas tu sampai je Teamcoat balik. siap sehat dan gemok. simple je. sebab Allah SWT telah meng-anugerah-kan kekuatan daya ingatan kepada spesis keturunan Sang Belang ini. Ncik Ayah selalu berfakta dengan aku yang kucing boleh tahan daya ingatan selama 16 jam satu-satu memori. Ncik Ayah kan pembaca tegar surat khabar NST. tu pasal aku percaye. ade kene mengene ke? hahaha. 

Hoi, jangan berani nak buang spesis aku lagi!
aku ade bace pasal bende ni kat internet. korang type je kat google key-word cat memory span. berlambak la doktor-doktor dan mat salleh yang buat kajian pasal kucing dan daya ingatan. 

kalau aku jadi Cikilalang serius aku bangga sebab ade satu website ni bagi tau yang kucing ni kalau di-testing dalam makmal mempunyai daya ingatan yang boleh pegi selama 10 minit berdasarkan pergerakan fizikal dan beberapa peristiwa yang melibatkan gerakan. tapi kalau dalam bentuk visual memang spesis ni mati kutu. 

memang ler der, objek yang visual hanya boleh dianalisis oleh manusia yang memang complete set dengan otak dan akal. akal yang Allah SWT anugerahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. ape ke bangang doktor Canada yang buat kajian ni? result memang dah tahu lame dalam Al-Qur'an tulis berjela-jela pun tak reti. jahat pulak aku malam ni. hahaha. 

Ingatkah awak pada pertemuan pertama kita?
story balik pasal kucing yang Puan Mak buang kat Pasar Bandar Baru last month. Cha; name sebenar kucing berstatus ibu kucing milik Mak Cik Esah. jiran dua tiga buah rumah dari rumah aku. Mak Cik Esah ni aku tak tahu la ape problem beliau. Cha selalu ditindas dari segi kekurangan makanan. mungkin nasib ibarat warga Somalia yang dilanda pemberontakan dan krisis taun. bagi mengubat keroncong perut, Cha selalu datang ke rumah Puan Mak. rumah Puan Mak boleh dipanggil Jabatan Kebajikan Masyara-cing. kucing dari pelbagai bangsa, usia dan keturunan bebas menikmati ape jua juadah yang tersedia; seperti ikan rebus masak air lalat, ikan tuna bersalut nasik beserta menu istimewa ayam goreng tepung khas dari Pasar Malam Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi. 

Cha the Tuna Queen
Cha berasa selesa di Pusat Kebajikan Masyara-cing. sehingga muncul angan-angan macam gambar di atas. keselesaan ni jugak membuatkan Cha lupe asal usul dan siape Mak Esah sebenarnye. Mak Esah gembira dan lepas tangan. kehadiran Cha sebagai ahli keluar-cing juga tak dipedulikan. 

Cha yang masa itu mem-bunting anak-anak milik ketua kampung; Chikitole mengambil keputusan untuk melahirkan bayi-bayi cumel di Pusat Kebajikan Masyara-cing. Puan Mak berasa runsing. Puan Mak pada masa itu mementing kesihatan dan keharmonian cucu kesayangan; Cik Faizah yang selalu bertapak di rumah bersama dengan anak-anak Cha. 

bukan Puan Mak tak pernah nak ajar anak-anak Cha ke toilet. tapi Cha sendiri yang terlampau memanjai anak-anak sehingga anak-anak membuat baja di tepi pasu bunga, bawah kerusi dan berdekatan dengan barang mainan milik Cik Faizah. pasal ni memang Puan Mak sebagai pengetua tak boleh toleransi!

Puan Mak juge pernah bersua muka dengan pemilik asal a.k.a Mak Cik Esah berbincang mengenai isu ini. mengharapkan nasib Cha terbela. ape-kan daya status diva mak tiri menebal dalam diri Mak Cik Esah. sekali lagi dugaan menimpa hidup Cha. Cha redha untuk dibuang dan disisihkan. 

Ape salah kami mummy?
pada suatu malam yang dingin, Puan Mak mengatur strategi. menyediakan sebuah kotak setinggi lutut dan menempatkan beberapa ekor anak Cha di dalamnya. yang tinggal di Pusat Kebajikan Masyara-cing hanyalah Cikitam yang berjantina jantan atas permintaan Ncik Ayah. 

sungguh syahdu rase diri Cha, mendapati diri dan anak-anak tersedia di dalam Kancil Biru milik Puan Mak. menanti dengan penuh debar. ke mana destinasi aku selepas ini? 

Boleh saye tanye, kite ni pernah kawan ke?
setiba di destinasi, aku terus meletakkan Cha dan anak-anak ditempat yang selamat. sesudah itu aku terus masuk ke dalam kereta. meninggalkan Cha. Cha bermuka sedih memandang kereta hilang dari pandangan. Cha menangis sepanjang malam menangisi nasib diri. 

namun, sebagai ibu tunggal. Cha tabah. Cha bertekad untuk kembali. for revenge!!! hahahahahahaa. 

Puan Mak kembali runsing dan berfikir. perlu ke hantar Cha sampai London. mesti Cha tak reti nak beli tiket flight balek Malaysia kan? kah kah kah. ter-baik ~~! 

okey, penatlah menulis karangan membayangkan diri aku yang HOT ini seekor Cha. tido dululah semua. esok nak ade meeting consultancy dekat Putrajaya. 

TIPS untuk buang kucing senang. korang letak kucing dalam karung. kurangkan deria bau dan deria pandang bagi kucing tu. tak pun korang tawaf la kat mana-mana sebanyak 7 kali. nanti susah sikitla kucing nak ingat jalan macam mane balik. 

tu je setakat ni. dah pukul 0100 pagi rupenye. patutla idea mencurah-curah. adey-chiau. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.