Pengikut (Blogspot)

Khamis, 15 September 2011

gelora tu air laut kencang. boleh berbisik ke?

hello semua, selamat pagi....

mendapat pekakan dari Ncik Tua Kutuk pagi-pagi bukan satu perkara yang boleh dibanggakan. seisi kemas mengemas sebab dah dapat box baru dari Tesco Extra depan Taman Wahyu. aku tak tau la sampai bile kekemasan ini bertahan. paling kuat sampai sabtu ni kot. hahaha... 

entah. hari ade hati nak review novel, sebab aku berkemeja kelabu ke office. ape kene mengena? hak hak hak. novel ni aku beli minggu lepas, hari Jumaat kat Selayang Mall. mase tu aku beli hadiah hari jadi untuk Adik Luqman sempena hari jadi beliau yang ke 15 tahun. hadiah paling tak best dunia; buku 1001 soalan past year bagi subjek-subjek PMR. sedih kawan tu, harapkan CD Pest dari aku. tapi tak dapat. hak hak hak.

asyik gelak macam setan. okey, aku marah dengan kekejaman lelaki. aku marah dengan ego lelaki. aku paling benci dengan lelaki yang jadikan perempuan sebagai hamba seks. tu die! lepas je aku bace buku Bisik-bisik Gelora yang ditulis oleh Fauziah Ashari ni. hati aku membuak-buak dengan feminism. lelaki itu sangat tak guna pada perempuan.

Buai laju-laju sampai masuk tasik. Padan muke!


bercerita mengenai perempuan yang sosial bernama Banin Arumi, anak kepada Tuan Akhil yang kaya raya. bercerita mengenai kesilapan waktu muda, berpelukan bersama kekasih di party akhir tahun mentakdirkan Umi dihantar ke kampung. kemudian, bersua dengan Jad Izudin dengan insiden mencuri di rumah. lalu ditangkap basah pada malam itu juga. 

majlis pernikahan berlangsung hambar, ditambah pula dengan kejadian Jad Izudin ditangkap polis atas tuduhan mencuri wang orang kampung sebelah dan disabit bersalah dan dihumban dalam penjara. tiada yang lebih malang, apabila Tuan Akhil meninggal dunia bersama isteri di dalam kemalangan. meninggalkan Umi berstatus isteri ter-gantung terkapai-kapai pada usia 17 tahun. tu memang dah habis malang dan kesian dah bagi aku. 

7 tahun, Umi menyepi ke luar negara dengan result SPM yang cemerlang walaupun bersifat sosial. berjumpa dengan Datuk ape name. tak penting la tu semua. yang penting kaya macam Ncik Bos Botak yang ade syarikat bagi Umi kerja. dah 3 tahun based kat oversea, Umi dapat kepercayaan Datuk Kaya. sebab Umi baek dengan anak bongsu Datuk Kaya. psiko jugak Umi ni kalau aku fikir-fikir balik. sebab tu Umi balik ke Malaysia dengan niat nak jumpa keluarga tercinta. 

tapi Fakhri. lelaki sial. yang hanya nampak Umi sebagai perempuan yang sedap untuk dimain-main. menambah nasib malang pada Umi. Fakhri adalah anak buah kepada Datuk Kaya yang mempunyai kabel besar dalam syarikat Umi. dah Umi kene rap dengan die, lepas tu die nak beli Umi dari Jad tak dapat. terus buat helah yang Umi tu sundal sebab dah mengandung. kan semua orang tak tau Umi kahwin dah dengan Jad. yang Jad pun kepala Zamziba jugak. dah tau yang Umi tu perawan lagi mase ehem ehem. dok boleh fikir Umi tu same macam die. tak guna. 

aaaahai ~! tu lah aku malas nak review novel ni. sebab cerita pasal penderaan terhadap perempuan dari segi fizikal, mental dan perasaan. tu aku belum cerita lagi ape yang Jad buat kat Umi. curah air panas atas kaki. serius lahabau. marah marah marah.

okey, sape minat bace buku perempuan nak menang dan super tabah macam ni. kes satu dalam sejuta. boleh la purchase. kalau ade kad Popular boleh dapat murah nyah. 

mahu ber-nescefe. kemudian mencari HSBC. kat mane area selayang ni eh?? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.