Pengikut (Blogspot)

Selasa, 20 September 2011

buku cerita peristiwa akan datang

hello semua, selamat tengah hari...

malas ke DBKL untuk sepasang chop. lalu aku mengambil inisiatif menyuruh adik-adik praktikal yang pergi. senang keje aku. ahahaha. dasar pemalas punye pekerja.

aku sekarang ade satu fi'il asal lunch je; stop work order. macamlah ko tu masuk punctual Mastura? masuk pukul 0930 pagi takde pulak Ncik Bos men-stop-kan kerja-kerja aku a.k.a berhenti kerja. wahahaha.

lately, aku suka baca buku keagamaan. padahal semangat beribadat aku dah lama hilang dalam diri. salahkan diri aku sendiri yang lalai dan leka dalam keagamaan. aku nak cari mood balik orang cakap. 

aku hari ni baca satu blog; aku tak follow pun. just terasa nak blogwalking hari ni. melengah-lengahkan waktu sambil berfikir dalam kepala nak menyelesaikan satu drawing roof beam. sengal ape? satu helai kertas fikir berminggu-minggu. hahaha. cakap je la ko ni pemalas. kan senang semua readers nak paham. wahaha. blogger tu ade share satu hadis pasal semangat beribadah. aku terkaku dan sekarang macam ade keinsafan sikit. hadis tu berupa ayat: 

Setiap amal mempunyai masa semangat dan setiap masa semangat pula terdapat masa turun semangat (fatroh). Barangsiapa yang lemah semangatnya masih berada pada sunnahku maka ia telah mendapat pertunjuk. Dan barangsiapa yang masa lemah semangatnya berada pada selainnya maka ia celaka [Hadis Riwayat Ahmad]
 menginsafkan untuk aku. moral : jangan mempermainkan ibadat. masya-Allah. walaupun belum berubah sepenuhnya, tapi aku mencuba yang terbaik untuk aku. doakan aku ye!

last week, masa pergi karaoke dekat Brem Mall; tujuan mengurangkan tekanan sambil mengeluarkan belanje. kasi sakitkan halwa gang rumah sewa. ni lah cara nak buat diorang bingit dan pekak secara tak langsung. wahaha. 

okey, aku tak perlu mengulas panjang betapa aku gelincat dan super tak duduk diam dalam karaoke. sebab tu aku bawak semua perempuan. kalau aku bawaknya pacar dong! gelaran HOT mesti makin pudar di jiwa-jiwa mereka. **hahaha, ade ke?

sebelum ke karaoke, aku dan gang rumah sewa selalunye amek pendekatan berjaga-jaga seterusnya berjimat. yelah, walaupun karaoke tu ade jual air dan makanan bagai. aku tak pernah beli pun. even sekali. tak tau sah ke halal haramnye. sebab dah sah-sah diorang ni jual arak sekali. kitorang selalu akan purchase air kat Giant sebab murah lepas tu sorok-sorok masuk bag. biar orang karaoke tak perasan. **ade diorang peduli ke? 

depan Giant hari tu, ade book store yang tak glamor melambakkan buku-buku untuk di-discount kan. aku sebagai peminat buku tegar ape lagi? melompat-lompat la ke-teruja-an sebab discount mencecah 25% ouh. sape-sape yang tak beli memang rugi la kan, bro!

aku belek-belek novel, tapi takde ape yang menarik hati. dalam impian aku sekarang nak carik novel Lynn Dayana yang lama-lama. yang aku belum kumpul lagi. tapi kat situ takde. lagipun mase tu, terkesan lagi jiwa aku baca novel Bisik-bisik Gelora; fobia nak tahu cerita kesusahan wanita lagi. poyo! wahaha. 

aku mendekat kepada buku ruangan mendekati tuhan. dan mengambil satu-satu buku yang terasa insaf dan berilmiah tajuknya. disusuli pula dengan gang rumah sewa yang turut same membelek-belek buku ketika itu. sebelum ni, masa aku bace novel depan Ncik Caah beliau perlekeh aku. cakap kat aku, aku jenis yang suka baca buku khayalan. fakta kebenaran takde. ape kes?? 

dengan mengenangkan kata-kata itu, aku terdiam. aku berfikir jenak-jenak (lebih dari sejenak da) dan melihat status kewangan. memang agak sengkek setelah aku ber-belanje sakan tanpa melihat budget-budget waktu raya tapi untuk ilmu dan kebenaran sepanjang zaman, it will be totally worth for me. 

aku pun pilih buku bertajuk Yakjuj & Makjuj; Bencana di Sebalik Gunung yang ditulis dan dikaji oleh Muhammad Alexander. beliau seorang pensyarah di Brawijaya, Indonesia. ade lagi dua buku nukilan beliau bertajuk Amargadon; 2012 Dunia Berakhir dan Iskandar Bukan Zulkarnain yang bakal menyusul dalam koleksi aku nanti. style je rase bile macam ni. hahaha ~!

buku ni aku baru baca 57 pages. betul, aku beli 2 minggu lepas. betul, aku baca tiap hari. kalau novel cinta memang sehari dah khatam walau ade 600 pages sekalipun. penceritaan berat. semua ayat kena baca dua tiga kali supaya tak tersalah maksud. tapi isi dan penerangan memang membina dan cukup detail.

nak tahu detail macam mane?? detail macam, kalau korang tak tahu ape-ape pasal bangsa Yahudi, kitab dan salah silah nabi pada zaman dulu. sekarang korang dah boleh koba-kan satu kampung. punye la detail siap dengan contoh-contoh dan perkaitan lagi.

membaca buku ni membuat aku terfikir. Muhammad Alexander penulis rajin. beliau Muslim yang bersemangat. beliau berkata berdasarkan fakta kitab. setiap satu ade penerangan yang teliti. 



nak ulas lagi panjang tapi Ncik Bos Botak ni panggil pulak. nak memekak pasal TTDI la tu. salam sayang semua. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.