Pengikut (Blogspot)

Khamis, 22 September 2011

ayah dan ibu permulaan kami, ter-feeling Sudir la pule....

hwello semua, selamat petang...

ape khabar? sengal jugak aku ni kan. entri pagi-pagi tak nak tanye khabar. entri petang-petang sibuk nak amek tau lak! orang dah nak tutup kedai la macha!

cerita pasal ibu dan ayah. cerita cliche drama melayu bersiri-siri betapa lah anak itu seorang derhaka. sebut pasal anak derhaka, aku teringat cerita Sebelum Akhirat yang menobatkan Fauzi Nawi as best actor Anugerah Skrin. anugerah tahun bile tak sure la pulak. perlu tau ke?  

Takooot Tak?
cerita yang menginsafkan. perjalanan hidup orang dah tahu duit haram boleh masuk neraka tapi still bongkak. balasan Allah SWT masa di ambang maut. takoot saye takoot!

entah. aku sendiri tak tahu nak classify aku ni anak derhaka ke tak. boleh ke macam ni. kalau ikot kan, aku memang banyak dosa dengan Puan Mak. perlu ke aku conform dengan Puan Mak aku ni budak baek ke tidak?

kalau ikot pada segi kasar. memang aku cakap kasar dengan Puan Mak. aku selalu sangat bagi jawapan macam tak nak jawab, tak endah soalan Puan Mak. kadang-kadang Jiwa Muda aku ni memang menggelogak marah bila Puan Mak nak conformation aku berkali-kali even a single small thing. 

bila terkenang zaman kanak-kanak dulu. aku tau aku mulut murai. aku tau aku gelincat. aku tau aku banyak tanya. aku tau aku susah nak tido petang. kadang-kadang aku tau pertanyaan aku buat Puan Mak berang; semua tak masuk akal. tapi Puan Mak macam cool aje jawab serba serbi. kenape aku tak boleh jadi se-sabar itu?

ibu-ibu sekalian dunia ni bagi aku so special. hati macam kerak nasi tu lah yang membuatkan emak-emak kat dalam dunia ni patut di-clap clap (tepuk tangan) kuat-kuat. dah ler mase kecik anak-anak kelentong serupa macam emak-emak ni tak pernah la nak pegi kedai main tikam waktu diorang umur lima tahun dulu. ingat ibu seperti Puan Along tu suci sangat ke time kecik-kecik. ooops, terbocor rahsia pada Cik Faizah pule. hahahaha. ape-ape hal Puan Mak tetap maintain. bebel sikit-sikit kasi pekak telinga tapi masih boleh masakkan ikan keli masak sambal campur dengan kobis masak lemak. punyelah heaven anak-anak. sampai tambah tiga pinggan. 

cuma, entri ni khas buat Encik L. walau sejauh mana hati, sekeras mana ego lelaki yang perlu dijaga. cuba menjadi serendah-rendah hati depan orang yang bergelar ibu. cerita pasal kenangan lama tu memangla sedih dan memeritkan. tapi bile nampak senyuman insan yang paling sayang kita dalam dunia ni dah cukup berbaloikan ketepikan semua tu...

tapi ego-ego Encik L, 20 biji kerusi himpap atas badan sampai tergolek pun lari balik rumah Mak nak cari ubat. sweet ape??? kah kah kah kah.

okey, mengarut berkenaan dengan Encik L dah dua petang. entah kenape. mahu adey-chiau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.