Pengikut (Blogspot)

Rabu, 28 September 2011

ade ape dengan K-Pop

hello semua, selamat malam....

dah lame aku blogwalking, ade 2 3 jam tadi lepas Encik L letak telefon sebab bateri aku makin kong. aku janji nak balik rumah pegi charge. tapi malas. janji tinggal janji kosong. eleyh, macam beliau tepati janji sangat. actually, what you give; conform you get back. sempoi!

cerita pasal Korean Pop. satu patah haram aku tak kenal even basic name. aku kat pejabat sekarang ni cukup anti dengan K-Pop. ape jadah semua tu! racist tak statement aku? tapi tu hakikatnye. 

hari tu, nasib baek aku ngah calling calling dengan Cik Waniey; cerita pasal bla bla, tetibe ade pulak cerita pasal drama korea, lagu korea. aku keluarkan statement macam ni;

Aku : Chik, bla bla bla bla (serius aku tak ingat ape aku cakap, hak hak hak) lepas tu Apit cakap kumpulan Bing Bang (aku salah pronounce) bla bla bla

Cik Waniey : ape ko cakap, Mas?

Aku : ala, kumpulan Bing Bang yang korea tu....! (sebab dah kenal super lama sampai aku tau beliau tak paham yang mane)

Cik Waniey : Mas, Big Bang. tolong lah Mas.....! (kecewa). dah la semua lelaki tu pakwe aku.

to be honest : aku rasa type muka ni tak mandi
betapa racist aku kan?

okey. aku tak tau. nasib sangat baek sebab aku pegi sebut depan Cik Waniey. kalau sebut depan Apit nanti kena gelar kakak engineer tak tahu isu semasa. tak pasal dah tambah satu point, mengape saye perlu mengenali K-Pop. tidaaaak ~!

aku sebagai bukan fanatic fan korea sekarang ni nak berfakta sikit. kalau salah tolong tunjukkan. aku bukan manusia yang sempurna serba-serbi. kan???

yang aku faham K-Pop ni adalah lebih kepada lagu-lagu Bahasa Korea yang lebih kepada rentak pop semata; bukannye drama korea yang aku boleh tengok sambil tangkap leleyh itu. jadi Drama Korea yang dah bertapak di Malaysia sejak 10 tahun dulu membawa kepada kepesatan industri ni kat Malaysia. itu pemerhatian aku la. yang betul korang simpan dalam kocek, yang salah korang boleh keronyok flush dalam lubang jamban. simple.

honestly again; mase zaman universiti dulu aku memang tengok drama korea. bab drama yang zaman dua tahun lepas jangan cube nak kelepet aku. semua dalam ketiak je tau! sebab kawan-kawan aku giler fan korea dulu; maka keluarlah entri ni Cinta Imaginasi. tu cheritera dulu. alaalaalaa ~!

tapi dah tua-tua matang ni, aku macam rase cerita cinta yang korean hero and heroin sandang tu takkan terjadi kat alam percintaan Melayu ni. budget lelaki Melayu Jawa macam Encik L nak sangat lari kejar-kejar aku kalau aku mintak berhenti tengah jalan? kirim salam. 

style beliau. tunggu aku reda membebel baru lah nak telefon, pujuk ayat manis sikit. agak-agak setengah jam tak reda lagi merajuk, alamat akan jadi perang besar la lepas tu. kalau macam tu la gaya lelaki Melayu, tak boleh la merasa nak tunggu tepi jalan. lima jam tunggu, kaki kematu, Encik L tak sampai. tak pasal kena balik jalan kaki. sia-sia. 

tu pendapat aku je. aku layan woo drama korea dulu. cubalah kaji selidik Cik-Cik Nakama aku. berape kali aku tengok cerita Sassy Girl : Chun Yang. dua puluh kali dalam tangan bhai ~!

Suami Gangster? Isteri Gangster Kuasa Dua!

punya obses aku dengan watak Lee Mon Ryong. mane tak kau! walaupun belum sedar ade perasaan cinta pada Chun Yang tetap menjaga Chun Yang sepenuh hati setelah tanpa rela menjadi suami isteri. tengokla betapa konflik-nye cerita tu. mane perempuan macam aku (anggun, baik, sopan, terdidik) tak suke lelaki yang sweet macam tu? pothong jari la akhak, kalo you all mengaku tak suke. 

aku jugak memang dah budget aku Chun Yang time tu. mane tak nye; Chun Yang a.k.a aku (watak utama) pandai belajar, pandai carik duit, hormat orang tua, pandai manage waktu, boleh masak, pandai berdikari dan bla bla bla. perfect woman for married olso satu kreteria yang semua lelaki nak pada isteri. macam tak style pulak kalau tak admire. kah kah kah. 

itu sebab aku layan cerita ni lebih dari sekali dan jadi berkali-kali. lima kali lima belas berapa korang? teeet ~!

kepada sesiapa peminat K-Pop; jangan salah tafsir. aku bukan benci K-Pop pun. aku just tak suka bende-bende laghaa ni bawak sampai office then semua keje jadi tunggang langgang even failing pun salah. tu je, takde maksud lain. takde niat lain. yang penting semua orang bawah jagaan aku berjaya dari aku pada masa depan. serius ngah jujur statement ni. 

tu je nak cerita pasal K-Pop, Korean so what ever. menunggu Ncik J, Lelaki Perasaan datang menjamu makan sebelum beliau berpindah kerja ke Seremban. tapi belum sampai-sampai lagi la Labie... adey-chiau. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.