Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 6 Ogos 2011

perihal hospitality Ncik Atok

hello semua, selamat tengah hari...

yuk bertender dan memikirkannya yuk? singgah untuk menulis entri pasal orang-orang tua. biase lah bile umur dah makin tua, perangai akan jadi macam budak-budak. kite yang konon-konon condition lebih matang dari diorang setakat ni; cubelah redha macam jugak diorang redha waktu kite buat perangai mase kecik-kecik dulu. sekian pesanan penaja yang tak berbayar ini. 

semalam, aku boleh panggil sebagai hari warga tua... sebab aku kene accompany Ncik Atuk dan Puan Nenek semalam. aku agak rungsing. tapi satu sebagai tunggak semangat. kalau diorang boleh maafkan semua kesalahan aku even aku bakar almari diorang. why not aku mengalah sikit demi benda-benda yang simple macam ni kan? 

aku mulekan dengan cerita di pagi hari. admit salah aku. aku janji dengan Ncik Atuk nak pick up beliau pukul 0730 pagi semata-mata appointment beliau dengan doktor. tapi malang sekali; walaupun dah melelapkan mata jam 1200 malam dan berbangun sahur dan lelap kembali; aku sedar-sedar dah pukul 0730 pagi. baru bukak mata. alamat dan petanda memang akan ade masalah kritikal lepas ni. 

Ncik Atok yang terpacak menunggu di kampung aku sejak 0700 pagi dah mula tarik muka dan marah-marah. mangsa keadaan Puan Nenek (berdasarkan penceritaan semula). yang paling tak boleh bla, Ncik Busu yang berada di Bangi turut rasa tempias kemarahan Ncik Atok di Gombak oouuu... estimate jarak dalam 45 minit menaiki kereta. hak hak hak. 

aku maseh terperangkap di rumah. sebab perut meragam makan steamboat. menambahkan lagi kepincangan dalam masalah yang aku hadapi. aku pecut menghala ke bulatan Selayang dan mengambil susur kiri. setelah beberapa flyover aku redahi dengan kelajuan 110 km/j. aku bertembung dengan situasi sesak tidak bergerak ke satu susur menghala ke rumah Puan Nenek. 

otak aku ligat berfikir sambil mengenangkan awang-awangan Ncik Atok tarik muka masam. aku amek alternatif ke highway DUKE dan keluar ke Simpang Ayer Jerneh. simpang ape ntah. tapi ikot sense boleh sampai ke Taman Titiwangsa dan guna jalan turn-key ke rumah Puan Nenek. cuak oouh ~! rupenye aku lalu dalam kawasan prohibited DBKL yang aku sepatutnye tak boleh masuk. selambe je aku mintak kebenaran dan berjaya sampai ke rumah Puan Nenek pukul 0820 pagi. memang lewat dari ape yang aku janjikan. dah tetido kan? ape lagi alasan yang cukup bernas lagi. takkan nak tipu bulan pose lak?

seperti yang dijangkakan, Ncik Atok dah buat muka marah kat aku. aku pulak cool; senang cter buat muka tak salah ape-ape. bukan engineer kene ada skill tu ke? cube aplikasi sikit same Ncik Atok. Ncik Atok mencampak beg beliau ke dalam kereta sebagai tanda protes. aku tetap cool. 

bile aku convince yang aku akan bagi tau doktor yang aku punca lambat sekian sekian sekian. mood Ncik Atok cool down. alhamdulillah; kalau tak mungkin akan keluar berita bertajuk KANCIL PUTIH SANGKUT DI POKOK : ANGKARA CUCU DAN DATUK. malu-malu ~~!

sampai je di hospital, rupe-rupenye yang Ncik Atuk gelabahkan cuma monthly check-up yang tak perlukan punctuality dalam kedatangan pesakit. aku sampai dalam pukul 0845 pagi dan check-up berakhir dalam jam 0915 pagi. ayyooo kardewaley, sikit mau khecoh. 

tu je kata-kata aku dalam hati untuk Ncik Atuk. nak cakap depan-depan risau dapat back hand. sampai sini dulu. cerita bab malam bersama Puan Nenek akan diceritakan pada lain entri. 

mahu berbuka di Sabak Bernam bersama gang rumah sewa hari ni sambil melawat MRSM yang terbengkalai. adey-chiau!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.