Pengikut (Blogspot)

Isnin, 1 Ogos 2011

pagi puasa pertama 1432 hijrah

hello semua, salam ramadhan pertama...

hari ni bangun awal dari biase. bangun lepas sahur maksud aku. sebabnye ade satu insiden yang aku panggil jijik. eeuuu ~! berbau lagi sampai sekarang tau!

pagi-pagi Subuh tadi, Cik Hawa dah memberangkatkan diri beliau dari Bangi balik ke Selayang. menjelang 0730 pagi beliau dah terpacak depan rumah sewa. Cikilalang berasa gembira. ** bila masa pulak aku pandai predict perasaan Cikilalang nieh?

Cikilalang mestilah gembira sambil berlari-lari sebelah Cik Hawa mintak makanan. pukul 0730 pagi baru nak sahur kata kan... Cik Hawa dengan reaksi biasa, takut dan berlari laju-laju bile Cikilalang kejar beliau. tu normal, bisik hati mamai aku bila Cik Hawa menjerit-jerit nama aku. 

aku malas nak layan, tido lagi baek dari bagi makan dekat penagih tu la. bentak aku dengan kerut dahi dan kata-kata dalam hati berunsurkan rase malas nak layan! 

Cik Hawa mendekati katil aku dengan tin sardin King Cup besar; jenama favorite Cikilalang. Cikilalang pun mampir ke situ jua. ** apehal ayat mampir pulak keluar ni?

Cik Hawa yang memang dah takot dengan Cikilalang terus je bukak tin sardin atas katil aku... huh, selambak kuah sardin tumpah atas katil aku. bhale! memang tu ayat aku dalam hati tadi. aku terus tak mamai. 

aku paksa Cik Hawa tukar cadar aku. dan aku berbau sardin sekarang. note book aku berbau sardin. tender repair resort Bank Negara jugee sameee ~!

Aku da kata Cikilalang duta sardin!
Cik Hawa thanks sebab buat aku bangun awal. tapi aaargh ~! mengapa katil aku jadi mangsa keadaan. sekian. 

4 ulasan:

  1. haha. tidur ngn sardin lah jawabnye. cikilalang. pelik namenye..huhu. gelabah punye pasal tu yg tertumpah tu.

    BalasPadam
  2. nama Cikilalang sebenarnye Belang... kalau nak manje panggi Lalang... tambah Ciki kat depan; so jadi Cikilalang

    BalasPadam
  3. hahahahahaa! adoi! macam macam la lalang niii.

    BalasPadam
  4. lalang memang mengade... elok bg pelempang!

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.