Pengikut (Blogspot)

Isnin, 1 Ogos 2011

menu buka puasa jika korang hardcore!

hello semua, selamat malam...

ramai ke yang pegi terawih hari ni?? saje nak tanye. tadi lepas terawih, aku singgah kat kedai favorite aku bile aku pegi bank mesti akan buat pelaburan kat situ seploh dua ploh ringgit. aku kan budget aku kaye macam trumph versi malay rajen bersedekah. ** sedekah hangguk-mu Mastura!

okeyh; selepas beramah mesra dengan adik-adik Seven E yang baru nak up itu. aku pun lalu kat depan rak majalah. satu-satu topik aku bace. yang tak boleh bla, ade satu majalah tu dah keluar artikel 'Bagaimana Tampil Pesona di Hari Raya' serius macam hampeh. puasa satu hari belum jalan, cerita raya dah keluar. 

untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai kesihatan (sekadar teori tanpa praktikal); aku pick up majalah Rapi yang ber-cover Linda Hashim. orangnye cantik. tapi maaf aku tak ikot perkembangan semasa. i don't know her either. 

moh, aku share ape majalah Rapi suruh kite makan mase bulan puasa. mane lah tau tekak korang lalu nak terima ke tak... teng teng teng!

hari Isnin. makanan sahur dimulakan dengan nasik lemak tanpa santan. kalau letak susu rendah lemak dalam nasik tu korang dah kire superb! superb ape, superb mat salleh celup. lepas tu makan betik dengan air suam sebab nak lawas cepat. mane nak carik betik pagi-pagi tuh?? Al-Safir ade tak??? hahaha. bile dah seharian berlapar dan berdahaga, kite tambah karbohidrat dalam badan dengan makan nasik campur ayam masak merah campur kangkung masak cili waktu berbuka puasa. menu yang ni serius boleh buat terliur lagi-lagi ayam yang terhidang tu part tight yang beso, rase ayam pulak pedas-pedas manis. wallah ~ sure heaven! tapi minuman kena air suam bersama tembikai susu sebagai dessert. murtabak mane? Rapi suggest untuk amek makanan lepas terawih tapi just boleh amek Susu Rendah Lemak 250mL (kotak kecik sekali) bersama dengan sekeping roti bakar with majerin or jam without sugar! aaaargh ~! mane aku nak campak list Roti John aku tadi?????

Pinjam dari Google!
Serius mahu ini di hari esok!
hari selasa. hari kedua dalam kitaran minggu di Malaysia. sahur dah agak biasa. Rapi dah mula buat perangai dengan menyuruh orang yang agak berisi mengambil bubur oat campur susu rendah lemak, telur goreng kurang minyak bersama dengan roti bakar satu keping. yukkiee ~! oat sejenis apekah??? aku tak pernah anggap oat tu makanan. kembang tekak aku nak makan bende itu pagi-pagi. aieehh... kemudian pilih buah pear sebagai dessert dan air masak sebagai sumber metabolisme. areehaiiii...! kemudian bile berbuka puasa. wah tak sabarkah anda untuk merasai nasik campur sup akar teratai kacang tanah campur ikan percik campur kacang buncis sebagai menu utama? jangan lupa makan betik dan air suam sebagai agen lawas. pastikan ia sempat lawas before terawih... eeeuuuuuuu ~! balik terawih jangan lupe singgah Seven E beli satu kotak soya kurang manis tau. lalala ~!

Tak pernah makan seumur hidup akar teratai.
Gambar maseh ihsan Google. 
berhari rabu. ber-sahur apekah?? nasik campur ikan pari masak asam pedas campur pucuk ubi masak air. makan setengah dari buah belimbing bersama air masak sebagai lawas. bila buka puasa, jenguk-jenguk kat bazar ade tak jual nasik campur ayam kicap campur bayam masak air. kemudian makan epal dengan air suam sebagai pelawas. bila balik terawikh, gapai yogurt rendah lemak untuk alas perut before masuk tido.


Kalau ade yogurt macam ni terhidang?
sure aku makan sampai senak! uhuuu ~!
hari khamis yang ceria. so bersahur ni McDonald. arre-yebba Mastura?? ye lah, Majalah Rapi sarankan kite makan pancake di pagi hari bersama dengan half-cook eggs campur susu rendah lemak. bila berbuka pulak; mari kite ke Kedai Mamak. so that dapatlah kita makan nasik ayam tandoori (tanpa kulit) dengan sayur campur. mungkin kite perlu dapatkan buah orange sebagai dessert bersama air suam. nak simple order je fresh orange. dapat sekali dua. huhuhu! lepas terawih; mari kita moreh ala western dengan makan sandwich tuna kawan dengan susu rendah lemak

sebab ape korang kenyang makan pancakes?
sebab bila dah banyak-banyak korang mual... 
hari jumaat. mungkin penghujung hari sibuk bekerja. so that; boleh sahur dekat luar. menu yang dicadangkan adalah nasik goreng kampung dan segelas jus buah tanpa gula. cube pulak usha-usha dalam NSK mase nak masak untuk buka puasa ade tak ayam untuk buat rendang yang akan mix dengan kailan goreng. alang-alang kat tepi NSK tu ade orang jual tembikai; beli tembikai as dessert sambil minum dengan air suam. kalau lapar lagi lepas terawih; elok kite makan pisang. di manakah letak menu kuih tepung pelita saya???

Favorite arwah Angah.
Menu wajib puasa!
hari sabtu. hari balik rumah Puan Mak. so, mengada-ngada sikit nak sahur bihun sup. Rapi suggest lebihkan sayur bersama tembikai susu dan air suam. bile buka puasa, sarankan Puan Mak masak ayam limau purut. sebab kalau nak diri sendiri masak memang jadi purut limau ayam. arreeelala ~~~! mintak jugak acar buah dan bawaklah buah naga sebagai buah tangan yang boleh buat makan mase berbuka juga. air suam macam biasa. wajib! untuk berlagak mat salleh dengan Puan Mak, ape kate makan oat same susu rendah lemak lepas tu; sambel menjeling-jeling kepada pengat pisang yang memang dah tersedia kat atas meja. budget nak kurus kan??? 

Nenek! Mastura nak makan ni????!
finally, ahad pun tiba. sahur dengan mihun goreng bersama dengan seketul tauhu sumbat dan semangkuk kangkung masak cili. makan buah belimbing setengah potong bersama dengan air suam. buka puasa dengan ala-ala lemak makan nasik campur setengah mangkuk kari kambing campur sayur pak choy goreng. buah kiwi pun sedap dijadikan dessert dengan air suam sebagai agen penghidratan utama badan-mu ! sebelum tidur, makan sekeping sandwich telur dengan air soya. pergh, lena tido aku kalau macam ni! 

Ehsan google lagi.
Style jugak kalau tauhu sumbat petak kan?
anyway; setelah membaca sambil menulis. aku mengantok! selamat berpuasa semua. menu kat atas tu, mustahil untuk aku ikot seratus peratus. nak minum susu rendah lemak senantiasa. ape barang??? 

mahu tido. esok nak bangun amek sunat sahur. adey-chiau!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.