Pengikut (Blogspot)

Khamis, 4 Ogos 2011

luahan perasaan lagi. hidup ini sukar tapi bermakna

hello semua, selamat tengah hari....

ape cter anda-anda hari ni? hari ni macam dah release sikit. semalam mood down giler. first sebab kena sekolah dengan Ncik Bos dalam masa satu jam. second pulak bile cerita dekat Encik L pun kena marah lagi. lepas tu, siap cakap ngan aku suruh aku deal dengan beliau time beliau tengah keje kalau aku call sewenang-wenang; beliau boleh sewenang-wenangnye maki aku. bullshit punye agreement! 

tak pasal aku mencarut di bulan penuh berkat ni. tapi ape yang aku boleh buat, no more contact for Encik L; biar seberapa lame pun. ingat aku tak boleh nak buat perangai? beliau kene ingat satu bende, orang yang tak kesah macam aku ni simple jer. aku takde nak marah ke, merajuk ke ape. tapi kalau aku sendiri dah tak boleh tolerate; aku amek langkah move on. emm, kan senang?

bulan Ramadhan dah menunjukkan keberkatannya. masuk hari ni dah empat hari umat Islam yang mampu diwajibkan berpuasa. macam dua tiga hari lepas aku dah cerita dalam entry yang lepas-lepas. yang hari ni pulak aku baru berniat nak solat terawih walaupun ade tender nak submit esok. siap dah berkata-kata dengan Cik Hawa pagi tadi 'Wee, nanti balik terawih baru sambung tender nak?'. Cik Hawa setuju. 

dan dan tadi aku dapat call bagitau ade adendum kene amek esok hari. then delay hantar tender dalam next week. paperwork dan semua-semua boleh kata dah siap. yeah ~~! tapi ape kata kite proceed dengan tender yang lain pulak yuk?

pengajaran hari ni, Mastura kene pegi terawih. Allah SWT dah bagi laluan sebab tender ade adendum. ape lagi kan?? okey, mengarut di tengah hari. Ncik Lizam memberi perkhabaran yang Ncik Bos pegi mengular. adekah ini benar??? 

mereka merancang untuk steamboat. aku pulak confuse sebab Puan Nenek ade beli pisang untuk buat pengat. ni macam mane ni??? steamboat ke pengat pisang...? ramadhan, ramadhan. adey-chiau!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.