Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 20 Ogos 2011

kucing ikut perangai tuan, mitos boleh percaya

hello semua, selamat tengah malam...

hujan lebat turun mencurah di bumi Selayang. rezeki bulan Ramadhan. cube teka kenape aku tak tido lagi sekarang ni? ade dua perkara ye; yang pertama aku basah dengan suku kapasiti kuyup semata-mata beli makanan Cikilalang dekat kedai belakang. yang kedua pulak semalam aku dah bantai tido 11 jam. betul jugak cakap Ncik Lizam dan Ncik Ca-ah pagi tadi, malam ni memang tak payah tido sebab aku dah tido siap-siap semalam. hak hak. sengal jugak jadual harian aku ni eh?

so, sebab mata masih segar sekarang ni. elok jugak aku membebel kat blog ni. semua gang rumah sewa dah masuk sarang katil masing-masing. dah tengah malam pun, what do you aspect Mastura??

kadang-kadang ape yang orang tua cakap ade kebenarannye jugak. walaupun susah diterima oleh akal fikiran. macam ni, korang penah dengar tak, kucing akan ikot perangai tuan die. betul ni... korang yang dah bertahun-tahun bela pet jenis sensitif ni, cube perhatikan betul-betul eh.

kalau aku perhatikan Cikilalang. lebih kurang aku je perangainye! serius tension sangat nak layan die hari ni. kalau aku kontotkan kuku die. sure aku boleh sepak die suka-suka hati tanpa fikirkan pembalasan yang bakal Cikilalang kat aku. 

macam ni, tadi dalam pukul 0800 malam lepas buka, kitorang (Kak Hawa, Cik Shida dengan aku) nak naek rumah. nampak la Si Gendut ni kat bawah. mase tu, Cikilalang tengah gaduh dengan keponakan die jugak! untuk elakkan persengketaan antara keluarga berpanjangan. **perlu ke?? 

tapi disebabkan Cikilalang tak dapat lagi ape yang die nak. pujuk lah macam mane pun, sikit tak peduli. memang taknak naek. macam perangai aku yang Puan Mak cukup jaki lah. Kalau Mastura dah kata hitam tu cute, hitam jugak lah takde nak tukar-tukar lagi. samelah kan. benci!

yang keduanye. bile Cikilalang dah rase cukup hot ~ aku pun selalu rase aku hot jugak! Cikilalang ikot Cik Hawa yang baru balek berbuka dengan seseorang tu naek atas. kire macam mase ni dah puas hatilah tengok segala jantan lari lintang pukang dan terkencing-kencing sampai tak berani nak bertentang mata dengan die. dasar gangster murahan. 

oooh, baru ingat nak maakaaan! tadi taknak makan. sekarang baru ingat nak makan. mengada-ngada macam siape? admit la macam aku. sebab aku memang tak kire waktu pun makan. asal lapar je makan la. walaupun mase tu dah pukul 1200 malam sekali pun. 

kebetulan pulak, kegemaran Cikilalang ~ sardin King Cup tu da habis. dah mula buat muka kesian dengan aku. siap terjelepok atas lantai. nak show depan mata aku, betapa laparnye die. dengan tayang perut kempis die tu. aku pun suke jugak pujuk rakan taulan aku untuk makan dengan cara psiko. malam ni Cikilalang lak psiko aku. 

tu pasal mase ujan lebat pun aku pegi beli sardin untuk die. risau esok dah jadi bangkai.... tapi mase balek dah terjaga tunggu aku dengan sardin tu buat aku terharu tu... takpe la Cikilalang. buruk-buruk pun kucing aku jugak kan??

aku tengah runsing ni, kalau semua gang rumah sewa balik raya nanti. Cikilalang nak makan ape?? 

okeyla, dah nak pukul 0200 pagi la. esok nak spend time with famalitas. kalau korang nak tau cerite pasal pet yang lebih menarik dari cerita aku ni, boleh singgah blog ni Hidayat's petBlog. serius cute and cool pet yang beliau ade okey ~!

kalau esok Cikilalang buat perangai,
biar macam kucing kat atas ni kene Alzheimer
sampai sini dulu tulisan aku. Encik L cakap beliau dah ade facebook. apekah??? adey-chiau


2 ulasan:

  1. haaa..bagi sardin ke kt kuceng??
    ke makanan dlm tin tu..nervous ni pas bace..hehe

    BalasPadam
  2. sardin dalam tin tu, bukan makanan die. jenama king cup.

    nervous nape eh Huda?

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.