Pengikut (Blogspot)

Rabu, 3 Ogos 2011

dugaan puasa ke-2

hello semua, selamat tengah hari...

kaki aku still rase nak tercabut. pagi-pagi dengan tak mandi pagi sebab aku bangun lambat, aku dah turun bawah set-up Cik Shida punya site visit kat Sabak Bernam. lepas tu nasib tak baik, aku kene lak marah dengan Ncik Bos yang baru masuk ke DIY. kenape aku harus dipersalahkan? tapi kalau tender semalam aku tak beli, hanya tuhan je yang tau macam mane Ncik Bos marah aku! 

first of all, sebelum aku melalut dalam entri ni. aku nak ucapkan terima kasih untuk pekerja sementara Ncik Meor dan dua orang adik praktikal which mean Adik Daus dan Adik Mirul. tanpa korang tak terbeli lah tender MRSM terbengkalai ni! thank a lot yaaa ~~~!

memula, aku dah sampai bangunan MARA. masa tu dalam pukul 0230 petang; aku bawak Adik Daus je sebagai askar upahan. tunggu dalam kereta. aku pulak masuk bangunan MARA berseliper jepun Crocs tipu. Akak Guard tu dah sound aku. no shoes, no pass! ape lagi; meraban aku ke Pertama Complex. dan selepas 05 minit masa membeli; aku purchase kasut macam gambar wordless wednesday-kasut-ke-ter-paksa-an

dah beli; dapatlah aku menapak dengan comel sambil beberapa mata yang memerhatikan kasut baru aku. ade ke?? perasaan aku je kot sebab dah lame tak beli kasut baru kan.... dah masuk kat tingkat yang sepatutnya aku beli tender tuh. sekali Akak Tender cakap aku tak bawak PKK sekian sekian. tak boleh la nak beli tender tuh! 

aku balek dengan muka hampa. sambil tu aku cakap dalam hati; memang ade HIKMAH! sebab aku kene angkut lelaki gagah beramai-ramai untuk tolong aku angkat dokumen tender same lukisan tender yang bergabak itu.

kedatangan aku kali kedua; memang best diiringi oleh 3 lelaki gagah dah buat aku cukup bangga dah dengan Akak Guard MARA. bawak pulak kereta Nissan X-Trail milik office. memang dah cukup cun lah kan; sampai dalam hati aku set ayat untuk berkata pada Akak Tender; 'Kak, X-Trail cukup tak dah letak semua tender?' soalan humble makan dalam yang membunuh tak?? tu la padahnya berhati busuk!

sesampai kat kaunter, Akak Tender men-detect Bank Draft aku salah nama penerima. jam time tu dah pukul 0345 petang. aku gusar. ikot iklan tender tutup pukul 0430 petang. Akak Tender mencadangkan aku untuk ke Affin Bank yang berhampiran. aku pun dengan rasa tak cukup masa; tanpa fikir yang tindakan bakal berlangsung ini sejenis tindakan agak bodoh terus berlari ke Affin Bank Jalan TAR yang berdepan dengan Jakel. 

jauh woo ~! aku bukan cerita pasal jalan sekarang ni. aku cerita pasal berlari di bulan Ramadhan! dah aku google tadi, kitorang memang lari 2.0 km sehala; pergi balik lari 4.0km yang sepatutnya Abang Google estimate 30minit berjalan kaki sehala tapi aku dengan Ncik Meor 15minit dah settle pegi balik. hebat la kan time tu?  tapi pergi dengan bodoh. nak tau kenape? sebab Affin Bank Selayang ~ tempat aku buat bank draft je yang boleh nak tukar bende ini sekian segala bagai! masa dah balik dari Affin Bank tu; jam tangan Ncik Meor dah tunjuk pukul 0400 petang. aku bargain dengan Akak Tender; diorang bagi muka kat aku. tunggu aku sampai pukul 0500 petang. mungkin berkat bulan Ramadhan. 

aku dah nak mengalah. aku cakap; 'Meor, aku nak bagitau Bos la kite dah tak sempat' tapi Ncik Meor dengan gaya macho berkata 'kau usaha tak habis lagi, jangan nak bagitau bos dulu. rilek dulu.' aku still kalut sampai keluar ayat 'kalau tender ni milik bos, mintak-mintak la dapat'

masa ni kalut dah memang tahap kelas tinggi; mungkin boleh estimate korang tengah amek MBA kat USA. huhuhu. bile teringat balek memang la boleh gelak guling-guling. 

yang bhale lagi; sampai kat depan Affin Bank Selayang, bank dah tutup. luck-ly, ade orang lagi dalam tu. ape lagi, aku tak fikir ape dah! aku gegar je pintu Affin tu! merayu-rayu sampai leleh air mata perempuan aku. dan kebanyakan Puan-Puan Affin yang baik hati membenarkan aku membuat bank draft semula. mungkin ni jugak rezeki bulan Ramadhan. terima kasih aku sangat kat Puan Affin tu; rasa nak bukak akaun kat Affin satu la... hehehe. 



Ncik Meor men-strategi, kalau nak ke Jalan Raja Laut melalui Jalan Khucing pakai kereta. sah tak sempat; so Adik Mirul selaku hero of the day hari ni me-motorsikal kan diri. wahaaa ~! sian lak kat beliau. tapi beliau nampak chill. aku and other lelaki gagah follow pakai X-trail sebab nak amek gabak-gabak tu.

tepat jam 0440 petang, Adik Mirul berjaya menyelamatkan aku dengan berjaya membeli tender tersebut bersama sijil-sijil yang lengkap beserta dengan bank draft yang betul. alhamdulillah ~~!

pengajaran untuk diri aku pasal semalam: 
  • baca iklan tender betul-betul sebelum buat bank draft
  • jangan buat kerja tak ikhlas.
  • kalau sorang memang keje tak jalan, don't ever try untuk buat keje alone!
sampai sini cerita. nak buat report la pulak. baru buat introduction dah bosan. adey-chiau!

4 ulasan:

  1. Nasib baik selamat kerja kamu... errr...Buat kerja ramai2 pun kerja tak jalan jugak... hahhaa.. (-_-")

    BalasPadam
  2. huhuhu... selamat tapi ade je bende yang silap lagi lepas tu :(

    BalasPadam
  3. laaa, tataw la plak cternya mcm ni kak mas. adeyh! kesian korang kannn. tender 7k tuu. boleh beli motor!

    BalasPadam
  4. hahaha... sakit jiwa, sebab tender tu jugak kene revisit Sabak Bernam

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.