Pengikut (Blogspot)

Khamis, 25 Ogos 2011

cinta itu memang terhad; hanya milik insan yang boleh mencuri hati

hello semua selamat petang,

semalam aku dapat kutukan dari Ncik Meor. cakap blog aku dah tak menarik dan lari tempo. aku tetap cool. yes, kehidupan memang macam ni kejap lagi syiok habes, kejap kang tangkap leleh, kejap lagi bosan tahap gaban. yang penting i never stop writing bout myself. tu je semangat yang ade dalam diri ini!

okey. nak bercerite pasal sesuatu office gambar pulak ade kat Cik Shida. sebelum raye ni aku macam takde ape persiapan berape nak style lagi. entah kenape taun ni aku pilih secara sederhana tahun ni. malas nak layan sangatla baju baru, kasut baru. ade lah sehelai dua aku beli bagi nak rase meriah suasana. agaknye aku dah cukup tua nak rase excited macam budak-budak.

entri lepas, aku review buku Stanza Cinta. cerita yang berkesudahan untuk bakar televisyen rumah kalian bile tamat cerita. hari ni aku nak review satu lagi novel. karya penulis yang bagi aku versatile. sebab setiap karya ade kelainan gaya penulisan. bagi pendapat aku la...

Lynn Dayana; penulis yang bercerita cinta-komedi-romantik-thriller in one pack of novel. not to feminism in writing dan mempunyai rasionalisasi dalam karya. begitu gah hasil tulisan penulis ni kat mata aku.

a few day before, satu karya beliau bertajuk Cinta Edisi Terhad menghantui malam-malam aku. jalan cerita yang dimulakan dengan peristiwa bangunan runtuh sebagai titik tolak bermulanya persahabatan antara Julia, Haida dan Zira bersama-sama dengan satu watak antagonis yang menjadi tande tanye dari mula sampai akhir cerita.

permulaan dengan bencana dan berakhir dengan kebahagian. Lynn Dayana membawak tema tu bersama-sama dengan persoalan nasib wanita dalam mengharungi hidup bersama insan yang bernama lelaki. lelaki kejam yang menduakan isteri tanpa ikatan, tunangan yang terlampau workaholic serta hidup seorang perempuan yang kosong tanpa kehadiran lelaki. semua realiti kehidupan bersatu dalam satu cerita.

permulaan cerite memang aku sangat emosi. aku masuk ke dalam bayangan Julia dan Haida yang merasakan lelaki itu kejam, dayus dan tak guna sehingga memandang Encik L sebagai seorang yang jahat amat. serius; last few days aku memang ade krisis dengan Encik L. wahahaha ~ mungkin malang Encik L dapat minah novel yang penuh emosi ini.

tapi bile aku stick to the end of the day, aku merasakan bahawa kebahagiaan itu adelah hak milik semua insan. sebab sesiapa yang tidak dicintai akan belajar mencintai. kata-kata hikmah dalam novel ni and i admit it. Allah Maha Mengetahui kenape lelaki dan perempuan perlu saling menyatu. tu je kesimpulan aku kat sini.

Fahaman tak boleh ikot. Langgar syarak! 


okeylah. sesiape yang suke gaye pembacaan sempoi boleh bace cerita ni. aku esok-esok nak ber-blog mengenai beberapa perkara di Teamcoat dan beberapa cerite raya bersama keluarga.

mari ke Perangsang Templer Golf Resort untuk berbuka bersama askar-askar. adey-chiau.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.