Pengikut (Blogspot)

Isnin, 8 Ogos 2011

bercinta dengan hantu

hello semua, selamat tengah hari...

minggu kedua dalam bulan Ramadhan. disebabkan last week, aku tiap-tiap hari keje, lupe pulak dah isnin. no monday blues for me today. 

pagi yang tak berapa pagi dalam pukul 0900 pagi, aku bergerak untuk berjumpa dengan Encik Zakhir; arkitek kesukaan Ncik Bos untuk ape-ape projek yang melibatkan architectural point of view. sepatutnya aku patut bagi dokumen tu last friday. ape kan daya, aku kan sangat sibuk. boleh tak nak over?? hahaha ~!

sesudah je balik office, bermulanya penyeksaan batin dan jiwa dan raga. duduk setengah hari keluar masuk itu dan ini berjumpa dengan Ncik Bos. aaargh; semua kerja pun aku tak gerak la kalau macam ni!

anyway, bile dah sampai tempat dan selayaknye untuk buat keje. aku start tulis blog. hahahaha ~! hari ni nak cerita pasal movie. sebab semalam Kak Hawa yang aku panggil tokan cd beli cd lagi semalam. 

petang semalam, kengkonon nak pegi bazar kat Shah Alam. planning baek punye. tapi bile demam dan pening kepala datang menyerang. berkesudahan tidur. dalam pukul 0700 petang baru terjaga tapi dalam keadaan meleng-meleng lagi. memang aku demam kot. berbuka dengan coco crunch sama dengan air melo sama dengan oreo 5 bijik! pecah rekod. saya takde selera. sekian

dalam lepas-lepas makan cam tu, disamping ingin mengubat hati yang lara akibat pening berpanjangan. Cik Shida mengeluarkan cd bertajuk Tolong Awek Aku Pontianak arahan James Lee.

tajuk nak pelik. memula sekali start cerita aku dah gelak dah tengok gelagat Rashidi Ishak buat muke belagak depan Daim.... huhuhu ~! ala Daim yang main juvana tuh....

komen aku, cerita ni berkenaan dengan isu yang agak tak logik. manusia bercinta dengan pontianak. one tip for guy yang nak tackle hati Cik Ponti macam Maya (Sazzy Falak) dalam cerita ni should be terlampau baik hati dan lurus bendul. nanti dapatlah ber-awek dengan pontianak yang cantik itu.

serius cerita ni banyak buat lawak tibe-tibe. pecah perut ooo gelak dengan un-expected lawak itu. ade pengajaran instead of gelak, gelak jugak!

aku terhibur dengan cerita ni. good approach and happy ending sebab pontianak at last jadi manusia dengan cinta sejati yang diberikan oleh manusia itu. sape-sape minat horror romantic comedy. i suggest this movie. lawak memang buat pening kepala hilang lima minit. nak lagi kasi up aku punye explanation kat sini, orang demam macam aku pun boleh gelak oouh.

tak menyesal tengok!


sampai sini menulis. adey-chiau!

2 ulasan:

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.