Pengikut (Blogspot)

Khamis, 18 Ogos 2011

berbuka puasa sederhana disebabkan isu gas habis

hello semua, selamat tengah hari...

hari ni pegi meeting consultant. aku dah jarang uruskan hal consultant sekarang ni pun. tapi disebabkan beberapa perkara yang bakal terjadi on September. aku start kembali menguruskan projek berkaitan dengan hal consultancy. pagi ini indah. berjumpa dengan arkitek muda yang baby face yang lebih kurang sebaya dengan aku. ape lagi yang boleh menceriakan hari-ku.... ahahaha ~!

semalam hari kesedihan sedikit waktu berbuka. sebab makan nasik pukul 0900 malam. gara-gara gas masak yang telah kehabisan stok. mase gas habis ni pulak la, beli juadah sikit kat bazar. amekow!

selalunye kalau pegi bazar mesti kuih nak tiga jenis semua nak RM2.00. kalau tak tiga jenis mesti rase macam tak senang hati. selalunye lah. tapi semalam lain pulak cerite, terasa macam makanan kat bazar semuanya hambar dan kaku. mungkin semangat kebaziran dan meluntur dan memupuk semangat berjimat cermat. oh, emak! saye mau kaweeen!

hari pulak nampak mendung nak hujan. Kak Hawa dengan Cik Shida decide nak makan masakan rumah. aku dengan Cik Hawa pulak rase nak makan Ayam Penyet Best memula; tapi Cik Hawa fikirkan yang Ncik Bos nak pegi me-lobi tender malam-malam terpakse je la pegi bazar area Selayang Mall. nak pantas dan likas. likas tu ape?? kesimpulannye, kene balik awal sebab Cik Hawa risau kene panggil dengan Ncik Bos malam semalam. tu je. 

menjelang 0630 petang, seisi rumah dah ade kat rumah. televisyen pulak menayangkan siri Jejak Rasul - Legasi Muhammad SAW; negara terpilih Rusia. aku layan cerita ni dengan sesungguh hati. penceritaan sejarah kota Derbant atau name lainnya Caspian View. memang menarik minat aku bab-bab sejarah dan asal usul ni. Cik Shida pulak tengok televisyen sambil bukak kosmo; tajuk berita : Penganggur Mencuri. aah, macam-macam perkara pelik dunia kosmo sekarang ni.

Kak Hawa menjalankan kerja mak-mak dengan menumbuk cili dan memotong ayam. Cik Hawa pule menjalankan kerja kakak-kakak dengan mengupas kulit kentang dan memotongnya untuk masakan lemak ayam cili api. indah tak suasana rumah sewa before berbuka???

ketenangan jiwa hanya sementara. tibe-tibe Kak Hawa membuat pengumuman. gas rumah telah habis. Cik Shida tetap dengan keputusan. nak beli gas lepas buka puasa. masing-masing mencari juadah paling style dibawa berbuka tanpa menggunakan api.

disebabkan pegi bazar hari ni ade dua gang. masing-masing memilih kuih tepung pelita sebagai pelengkap juadah nasik putih berlaukkan ayam. tapi situasi dah terbalik la puleeee. 

nasib baek ade kuih raya bungkusan milik Ncik Bos bersama dengan buah naga sebagai extra untuk buka puasa hari ni. kuih tepung pelita yang ade seploh biji tu habess ooo! selalu mesti tinggal masuk tong. semalam habes leceeen ~!

ingat petang ni nak balas dendam. nak berbuka nasik kerabu bersama dengan kawan-kawan pejabat di Nasi Kerabu House, Seri Gombak. laayaaaan ~!

ntah ape-ape karangan ni. takde isu nak cerita kot. tapi degil jugak nak menulis. lepas tu gambar nak tepek sebijik, internet pulak dengki. mahu ke DBKL petang ni. adey-chiau!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.