Pengikut (Blogspot)

Ahad, 7 Ogos 2011

berbuka puasa D'Muara

hello semua, selamat tengah hari...

pernah korang fikir yang kadang-kadang waktu bermain la yang cepat habis. i mean, cepat je masa berlalu. kan kan kan? selepas Cik Hawa divide keje; keluar ayat macam ni pulak kan???

semalam kan dah bagi tau, terpaksa pegi site visit semula untuk tender MRSM terbengkalai kat Sabak Bernam. aku angkut satu rumah pegi site sekali. senang. masa pegi tu pun dah petang dalam pukul 0330 petang ke 0400 petang, takkan Kak Hawa nak berbuka sorang-sorang kan?? kesian pulak kat beliau. tu lah reason aku mengangkut sekalian umat ke site visit kali ni. 

dengan complete set of gang rumah sewa, ingatan aku ke site visit makin tumpul. yang ada dalam kepala aku hanyalah alangkah bagus kalau carik tempat berbuka yang agak uummph di Sabak Bernam or kawasan sekitar. barulah visit tak sia-sia. bab makan punye agenda, ko memang hustler Mastura! Encik L cadang supaya aku singgah satu restoren kat tepi laut; D'Muara. kat sini memang terbaik. tu la kata-kata Encik L sehingga ke titisan phone aku sampai credit limit. ape pun tak dapat. 

aku memecut kereta terus ke highway baru area Templer; LATAR (Lebuhraya Asamjawa TAman Rimba) dan shoot terus pegi Ijok. highway baru ni memendekkan perjalanan dari Rawang, Selayang, Kundang dan kawasan sekitar untuk ke Kuala Selangor bermula dari Ijok, Tg Karang dan others Javanese area there. memang betul pun ape yang diwar-war dalam berita; perjalanan Templer ke Ijok mengambil masa dalam 18 minit aje. kalau selama ni Encik L akan bising untuk date dengan aku sebab beliau duduk Tg Karang. sekarang dah takde alasan lagi kot. tapi di saat takde alasan ni pulak aku dah tak suka beliau. ape cter? 

okey; dah melalut lagi, nak dikatakan walaupun di-cut masa perjalanan ke Ijok tapi dari Ijok ke Sabak Bernam tu masih panjang perjalanan okey. mau la makan lagi satu jam setengah baru aku nampak bayang MRSM yang terbengkalai tu. sakit punggung aku drive. acish~! 

sampai site dalam pukul 0530 petang, hati pun ade malas nak buat keje. tapi ape kan daya. terpaksa la buat sebab tender closed Rabu ni. takkan nak 2 3 kali pegi site. korang ingat Selayang dengan Sabak Bernam tu macam jalan kaki dari Sogo ke Pertama ke?? 

dah settle estimate lebih kurang; ape lagi start la journey mencari Restoren D'Muara dengan kaedah redah aje. selama setengah jam perjalanan yang boleh kata tak sesat pun itu, kitorang sampai dengan perasaan yang teruja!

pantai yang indah, bot dan sampan di tepian sambil menikmati matahari terbenam menunggu waktu berbuka. ade ke perkara yang lebih tenang dari ni?? ** soalan dalam kepala nak sakai je..! hahaha

untuk santapan berbuka ini, macam restoren lain jugak; D'Muara memilih untuk menyediakan makanan ala buffet. sorang bayar 25.90 okey! kalau bill atas dari RM100; nanti dapat cabutan bertuah. tapi semalam tak bertuah pun!

Berangka 17 la, bukan 7

ayat-ayat aku dengan Cik Shida masa dapat kupon bertuah:

Aku : Wey, kite dapat no 17. ade peluang dapat wey ~!
Shida : Asal lak?
Aku : Takde la, this week nombor 7 memang bermain-main dengan aku la. hari Rabu buat Bank Draft harga 7000, semalam dapat cash dari Kol Rahim 7000. so macam ade lak la untuk aku...
Shida : okey, kalau cabutan nombor bertuah ko dapat! kite akan dapat tender ni! 

terus Cik Shida berlalu, mengambil makanan kerana 10 minit selepas itu adalah waktu berbuka puasa. rambang mata kitorang semua. bayangkanlah semuanya udang, ketam, sotong dan bla bla bla makanan laut yang dimasak ala kampung. memang dah kena betul dengan selera kitorang se-gang rumah sewa.

Lihat betapa gembiranya Cik Hawa!
Tengok pulak, Kak Hawa transfer kerang!
muka nak ceria. lalala ~

Dah kenyang, tapi maseh nak makan sebenarnye!

Sisa ni, Cik Shida makan semua...
Ahahahaha ~! 

Antara semua, aku makan dadih je.
Ok, ini tipu!

cabutan bertuah disebut nama, dan nama yang naik ialah 016 dan 007. nombor kitorang 017 kan...! takde rezeki, semua dah dekat. 

mase on the way balik, kereta dipandu oleh Cik Shida. isu, cabutan bertuah:

Aku : kirenye kita tak dapat la tender tu Shida?
Cik Hawa : bukanla, kan ko cakap tadi nombor bertuah ko this week 007, memang nombor 007 kene panggil kan tadi??

aku dan Cik Shida mengiyakan. budget dapat pulak tender ni. okey, mau sambung masuk harga. dah 2 kali Cik Hawa supervise aku bagi harga. aku pulak tulis blog. tak patut pulak rasa. 

nak demam. adey-chiau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.