Pengikut (Blogspot)

Isnin, 18 Julai 2011

wanita besi

hello semua, selamat pagi isnin....

mari peruntukkan masa yang setengah jam ni untuk menulis blog. waah; semalam memang cantiklah! aku sememangnye cantik dari azali.... yang aku nak cerite betapa cantiknya sequence malam aku. 

lepas mengambil inisiatif mencari klinik untuk ubat Belang dan akhirnye tak jumpe. aku terus naek office, ingat nak sambung keje. berminat pulak aku dengan buku Money Work Life yang aku beli last week. 

Pakar duit, boleh try tips beliau!

last week, memang menyampah dengan buku ni. this week macam rase buku ni menarik. serius menarik giler. ajar aku care untuk save money. siap ade enam step yang memang korang boleh track korang punye money flow dengan simple dan cepat. 

lepas tu, Carol Yip pulak buat kite fikir ape goal kite menjelang enam bulan, satu tahun, tiga tahun dan lima tahun dari sekarang. moreover; kite perlu fikir tentang impian dan money flow macam umur ke-berapa dalam hidup yang boleh buat kite jadi billionaire. memang sangat motivated buku ni. sampai aku mule jadi kedekut sekarang. see? hahaha

malam pulak, balik rumah layan Jangan Tidur Lagi. cerita pasal Iron Lady. emm semangat giler aku lepas tengok segmen-segmen wanita berjaya macam Dato' Maznah Hamid dan Linda Onn dengan business masing-masing. 

Iron Lady bagi aku ialah wanita yang tabah and more over independent. mungkin zaman sekarang memungkinkan perempuan patut bangun membela nasib sendiri. bukannye lebih kepada untuk tunjuk hebat dengan kaum sebaliknye. 

betul jugak cakap skrip Tahajud Cinta 'kenape wanita perlu susah payah tuntut nafkah naek turun mahkamah semata-mata untuk RM500 ke RM1000 untuk lelaki yang memang tanak bertanggungjawab? dapat penat, dapat sakit hati. ape pun tableh!' okey; ni semua ayat-ayat aku sendiri je...

macam Dato Maznah Hamid cakap kan. tak semesetinye kerja-kerja carik nafkah bergantung pada tangan lelaki. Dato Maznah sendiri mengaku yang beliau sendiri tanya suami beliau, ape yang tak cukup dalam rumah ni lagi bang?? perempuan yang sanggup berkongsi susah dan senang dengan suami sendiri. 

bukan seorang lelaki tu patut gembire ke dapat perempuan yang independent. entah. terfikir yang Iron Lady tu bagus sebab memikirkan masa depan sendiri sangat-sangat. tapi kadang-kadang terlampau independent pun buat kite ni nak semua bende perfect pulak kan???

Madam Iron Lady!
Jadikan idola boleh?


masing-masing ade pro and con. tapi satu bende yang kite kene admit. takde orang yang sempurna dalam dunia ni. adey-chiau!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.