Pengikut (Blogspot)

Isnin, 25 Julai 2011

tempat bersidang

hello semua, selamat tengah hari....

baru je balik dari site visit bangunan Parlimen Malaysia. kerja-kerja membaikpulih bumbung Dewan Rakyat. tu tajuk tender. mampu tak mampu buat; kite tengok lepas ni okeyh??

aku kepala sangat berat. malas nak fikir sangat la pasal tender. so, tujuan aku ade dalam site visit ni adelah untuk berjalan-jalan... ahaaa ~! tu yang paling bagus dilakukan semase berjalan-jalan di area bumbung runcing yang selama ini aku panggil. name glemer dalam tender ialah bumbung pinnacle. 

bukannye amek gambar crack or spalling or bink hole yang ade dekat bumbung tu tapi memuji-muji keindahan fasad yang berbentuk H-Curve dan S-Curve yang boleh bukak dan pasang semula. how brilliant itu arkitek semasa bina ini bangunan. siap boleh fikir pasal maintenance works yang akan buat selepas 50 years bangunan tu dibina eh. 

this is one thing that I like in involving repair works. who's the specialist can visit the building yang hebat dan berjalan-jalan di dalamnye sesuka hati. korang ingat senang nak masuk bangunan parlimen kat tempat orang bersidang itu. 

honestly, secara jujur sebagai anak muda baru sekarang aku faham kenape ahli-ahli politik semua nak sangat kerusi dalam dewan dipenuhkan oleh kroni-kroni mereka. okey, aku dapat rasekan suasana bahang bersidang even dewan tadi kosong. how patriot I am tetibe??

tadi mase on the way balik dari visit-visit; ade seorang pakcik yang very friendly berborak-borak dengan aku. alah nak tahu kelemahan musuh. one skill that you should have waktu lawatan tapak. tengah syok borak-borak kosong aku ngah mencari. siapekah gerangan pakcik yang memakai kereta Murano yang hebat ini...! takkan nak tanye straight to the point; tak macho la kan?? ego orang muda mesti ade dalam diri aku... 

at the end, mase shake hands dengan protokol orang kelas atasan yang lelaki akan menghulurkan tangan kepada perempuan dan perempuan akan sambut [Penampilan Diri dan Etika Sosial, Tahun 1 UTM]. aku nampak pada fail pakcik itu ialah MRCB Sdn Bhd. ameek ko ~~~! aku pulak selambe jer borak dengan pakcik tu style pakcik-pakcik kontraktor kelas D; mengapekah aku dilahirkan dungu untuk menilai beliau adelah orang-orang besar.... aaaargh~!

last word from pakcik MRCB yang membuatkan aku bersemangat untuk bekerja adelah 'kite fight eh untuk tender ini...' 

dengan memberangankan diri sebagai orang Jepun, aku tunduk dan berkata 'haip' 

okey tipu jer, aku just cakap dengan beliau; 'okey, tengoklah macam mane...' dengan gaya berlagak even I know it's hard to doin' this bloody job. 

Ingat nak letak gambar dekat bumbung Pinnacle tadi.
malas. sekian.
okey, satu lagi entri mengarut tentang kerja mengarut. this evening pulak nak tengok slab bocor dekat rumah Kelana Jaya and then esok mungkin ke Sik, Kedah ikot Ncik Ca-ah atas urusan tender yang lebih kurang same kot. 

tunggu punye tunggu, mane itu laksa da??? adey-chiau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.