Pengikut (Blogspot)

Rabu, 13 Julai 2011

melawat muzium

hello semua, selamat malam....

masih bersemangat menyiapkan drawing parking untuk submit tender esok. alang-alang tu baek singgah dekat blog ni, taip satu lagi entri agar dapat menjiwai seorang Mastura lalu menukil sebuah lagi perasaan dengan tinta elektronik ~~! ** okeyh, idea datang sebab aku tengah over-caffien sekarang!

last week kan aku ke Sabah. aku tanak tambah bah. nanti kalau Ncik Ca-ah bace mesti beliau nak nyanyi lagu adik angkat aku. tak kuasa nak layan.

Mengapa bah kau berubah, mengapa bah [Pakai Buang, Stacy]
alang-alang dah sampai sane, Ncik Wan Teksi bawak aku pegi melancong. boleh kata nak buat short trip untuk aku pusing-pusing kasi kenal sikit budaya Sabah. mane lah tau kawen dengan keturunan Brunei... dapat la makan gajus murah tetiap raya. kan kan kan? 

tempat persinggahan aku ialah Muzium Sabah yang lengkap dengan heritage village. heritage village ni ade banyak sangat rumah-rumah semua suku kaum Sabah ala-ala Taman Mini Malaysia kat Semenanjung. charee lah~!

Muzium Sabah depan pintu die ade 2 3 patung orang ala-ala zaman Paleolitik. kan Berneo memang terkenal dengan manusia Zaman Batu 1. ahaaa ~! kan dah keluar ilmu sejarah waktu Form 1. amek kau~~!

i am welcome with that, rase tak sabar nak masuk muzium tuh. memang dah lame tak asah skill belajar sejarah. and it's time now!

masuk jer dalam muzium, korang akan nampak satu rangka yang saangat besar. aku ingatkan rangka dinasour. tapi aku sangat silap! terima kasih Si Ikan Paus besar kerana menipu saye. 

well ~ meh aku story sikit. kerajaan negeri Sabah dalam usaha mengekalkan jiwa murni hijau pecinta alam mengamalkan aktiviti awet ikan paus yang singgah kat perairan Sabah last few years ago. tu yang diorang angkut letak dalam muzium. besar wooo ~ adelah dalam 6.0 meter panjang anggaran mata engineer aku. kagum-kagum!

Google saje, boleh kan?
muzium ni dalam proses repair atap yang bocor. so tak semua kawasan aku boleh melawat. bayar untuk muzium dengan heritage village RM2.00. takde la aku nak berkire sangat kan??

dalam muzium jugak adelah salah silah Pesta Menuai; Keamatan bagi masyarakat Kadazan. style jugak fahaman animisme diorang yang percaya yang anak dewa dan dewi name ape ntah aku lupe. puteri ni sanggup menjadi korban supply makanan untuk rakyat jelata. upacara korban tu menyebabkan sang puteri hilang di dunia some how wujud dalam makanan as example bahagian telinga jadi pokok rambutan. bahagian kepala kot jadi padi. aku lupe lupe lupe. tapi every single body of princes reincarnate become fruits, vegetables, and plants that can be human foods. alangkah mulia hati puteri ~~~! tu bende yang aku belajar. 

same jugak macam ala-ala Replika Istana Melaka kat sini, ade jugak pameran pakaian beragam hari-hari dan pakaian beragam perkahwinan setiap suku kaum di Sabah. aku suke jugak masyarakat Dusun punye bilik pengantin. siap ade letak qur'an lagi kat tengah-tengah nok...

Tak reti bergambar la saye!

si gemuk bersama rumah zaman batu


okey; panjang pulak membebel pasal muzium. lain hari cerite pasal rumah-rumah lak yer... sudah ade idea untuk sambung drawing ni... adey-chiau!






Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.