Pengikut (Blogspot)

Ahad, 31 Julai 2011

luahan sebelum Ramadhan

hello semua, selamat hari ahad.

lone ranger ke jalan Tunku Abdul Rahman sambil membeli kain dari kedai-kedai tepian itu untuk dijadikan baju hari raya. malangnye; setelah sampai ke Selayang untuk mencari tukang jahit yang sesuai tidak kesampaian. semua orang dah stop amek order! 

terang-terangan dan pasti yang Encik L bukan insan yang serasi dengan aku. tiap kali akan membangkitkan kemarahan dalam serba-serbi. sebab beliau tak beri jawapan pasti yang buat aku tanya berkali-kali. kesimpulannya; aku akan carik sendiri la tukang jahit baju. tak payah nak harapkan beliau sangat la!

aku taubat takkan suka dengan orang yang addict pada memancing. macam-macam caci maki dapat kalau aku call di saat tengah memancing. lepas tu, semua soalan yang aku tanye, semua pending takde jawapan. bengang pulak aku sampai kene ulang bende yang sama seploh kali. 

kerana aku diambil mudah; aku yakin Encik L bukanlah seseorang yang sesuai untuk hidup dengan aku sampai akhir hayat. terima kasih bulan Ramadhan yang mulia; membuka mata dan hati yang sedang buta cinta. 

akhir sekali, sebelum aku tutup entri membawa ke senja ini. aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. semoga bulan ini penuh dengan amal dan keberkatan buat kita semua. 

saat ku tahu, kau akan pergi jauh.izinkan aku, untuk selalu menantimu. untuk katakan, ku ingin dirimu. agar kau tahu, betapa ku terlalu mencintaimu. aku akan menunggu, hingga dirimu kembali untukku. berikan cintamu, juga sayangmu. percaya padaku, ku kan menjagamu. sehingga akhir menjemputku.  [Percaya Padaku, Ungu]

okey; di manakah Ncik Meor ini??? aku sudah sampai limit lapar yang tertinggi.... adey-chiau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.