Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 30 Julai 2011

cerita sebelum meeting

hello semua, selamat pagi...

sabtu yang suam-suam. ada awan mendung yang berarak membawa air di sekitar KLCC dan Menara KL yang boleh jelas diperhatikan dari meja; tempat aku bertapa dalam office ni. konon-konon nice scenery untuk membuat design serba serbi. design parking je pun; tak payah nak ber-sentimen sangat kan? 

malam tadi hujan. malam tadi jugak tido tak mandi dan tak basuh kaki. badan sangat penat dan bermain-main sama line internet di bilik projek. berperasaan melankolia. bile tido macam ade gangguan. buat tak layan. lepas tu sambung tido lagi. dah 4 malam aku stay sampai 0400 pagi untuk bende yang bukan-bukan. cinta gila cinta. 

semalam Cik Shida yang otai itu telah berkata membuat aku makan dalam 'jangan jadikan diri kau mangsa keadaan boleh?' kesimpulannya; aku dungu dalam cinta. 

disebabkan jugak semalam Ncik Zack Zukhairi; blogger pujaan Malaya itu ber-taip satu entri yang lawak giler; kemudian aku pula ber-stalk page Fan Blog beliau melihat pakaian rasmi beliau bekerja sebagai 'engineer Shell' dan setelah bosan menjamu mata; aku naek ke rumah untuk tido. itu condition otak time aku segar. 

condition separuh sedar. aku menaiki kereta bersama beberapa orang ke Stesen Shell Seremban. **sejak bile pulak Zack keje situ?** lalu bermimpi aku mengambil gambar bersama blogger pujaan. siap aku boleh pulak cakap, entri ko lawak sangat la. ko cilake. boleh aku post gambar kite dalam blog? acheh~! **patut ke aku cakap kat orang yang aku minat macam tu?** 

bila bangun lambat. perasaan memang best. tapi sekarang perasaan aku cuak. aku lemau this week; kalau Ncik Bos maki pun aku terima. mari ber-meeting kawan-kawan. adey-chiau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.