Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 15 Julai 2011

berserah pada Allah SWT

hello semua, selamat pagi....

pagi yang hujan lebat. malas nak pegi keje! bad mood lagi la. nak tukar angin pegi mane ye?? tender banyak nak submit; ade hati nak pegi holiday. jangan berangan la!

semalam lepas je aku g makan Kuey Tiau Ladna Pedas berlaukkan seafood bersama dengan 5 cucuk satey dekat kedai bawah bersama dengan Cik Hawa aku balik rumah sewa sebab nak mandi jap sebelum aku proceed dengan paper work yang berlambak-lambak ni. ni semua cadangan dalam hati. 

bile sampai je rumah, Kak Hawa dengan Cik Shida tengah layan cerita Karak; balik Giant beli VCD rupenye! sampai-sampai jer part yang hantu budak sekolah dalam bilik air yang memang takde lampu and takde orang... sape suruh korang masuk bilik air tu sengal???

dengan hantu volkswegen dok ikot kat belakang 2 3 kali. lepas tu terus accident masuk gaung. walaupun kesan hantu yang tak berapa takoot muke, tapi banyak kali sangat terkejut. teknik terkejut dengan muzik seram memang dah menjadi. 

cerita ni kisah 4 orang student yang tanak ikot highway; masuk jalan lame area Karak tuh. kan cerita hantu Karak ni memang famous dalam Mastika zaman 90-an. macam adaptasi dari cerita tuh la. dengan mendokong persoalan yang same mase kite tengok cerita hantu, orang jahat akan dapat pembalasan. samelah macam cerita ni. 

mase ending cerite ni macam nak tunjuk betapa agungnya ayat Kursi. dengan ayat Kursi je hantu mantu tu boleh berkecai. Subhanallah; Maha Suci Allah. tapi ape yang digambarkan tu betul. sesungguh-Nya dengan kekuasaan-Nya ayat kursi memang ayat yang paling berkesan untuk menyatakan kepada iblis yang lahanat tu hanye secebis macam manusia jugak. jangan nak tunjuk ek sangat la kan!

Kalam-Allah
aku selalu jugak kene himpit. kat mane kene himpit tu baeklah tak payah nak bagi tau. sejak taun bile entah; dari zaman matrikulasi lagi aku mudah nak kene himpit. tapi bende tu insya-Allah takde ape. biase la, perempuan kan kaum yang lemah. entah-entah mase tu aku tido dalam keadaan tak bersih ke ape ke, tu yang mudah sangat nak kene. aku kan pakai belasah je semua bende.

selalunya memang aku akan bace ayat Kursi berkali-kali. pernah jugak sampai 7 kali jembalang tu tanak kalih. serius durjana! yang penting fahami maksud ayat untuk tambahkan keyakinan korang mase bace. mase perkataan wa'siaa Kursi [His Throne doth extend ever] korang bagi tekan sikit confident tu. lari lah jembalang tu nanti. Insya-Allah. 

tu je la tips aku. setakat aku kene himpit. aku tak pernah lagi nampak muka segala bagai. syukur alhamdulillah. 

kalau korang dengan makhluk halus, korang prefer nampak ke dengar?? ** ade ke soalan macam ni???

adey-chiau!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.