Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 3 Jun 2011

profesional itu sesat jalan

hello semua, salam jumaat. 

hari ni hari pemalas. aku adalah malas yang tak sihat. macam mane nak terang? badan rase sangat berat sebab over-caffiene dalam badan. aku still buang air kecil bau caffien hari ni... nak buang senang je actually, minum air masak banyak-banyak nanti kurangla segala caffiene ni.

semalam. aku hantar sendiri tender structure repair Dang Bandang bersama dengan Cik Shida dengan Adik Praktikal Anis. anyway, actually aku nak menyelam sambil minum air untuk hantar application form untuk Jurutera Siswazah by Board of Engineering. 

bukan nak jadi Ir sangat la; tapi nak tambah gaji sampingan dekat Lee Yok Wan sane. Miss Chong dah bising kenape aku tak daftar lagi. bagus jugak ikut cadangan yang ni; ade rezeki or ketika mungkin-mungkin aku ada Ir. memang cecita aku yang payah nak dapat kot? hahaha

ok, sambung cerite balik hantar form ni balik. macam ni, Cik Shida nak pegi hantar tender dekat Blok A, KKR lepas je drop diorang berdua. aku terus nak g pejabat pos yang letaknye kat Blok B, KKR. that time aku tak tau lagi mane location-nye. 

so, keluar dari guard house tu; aku tebal muke pegi tanye dekat Acik Pak Guard area Blok B tu. nak tau ape jawab beliau; 'adik terus, nampak traffic light; masuk kanan. pejabat pos belah kanan.'

aku pun, mendengar kata! yes, that my mistake today. bile aku choose jalan yang pakcik tu direct, aku terus tembus ke Bulatan Mahameru! apekah??? macam mane aku nak pusing balik ke simpang Jalan Salahudin??

pusing punye pusing - takde pun junction yang direct pegi simpang yang aku keluar tadi. aku decide amek Jalan Tasik Perdana. kot-kot ade junction yang aku boleh cilok ke kanan. jawapannye memang takde. 

last-last aku decide masuk ke Jalan Mahameru, tembus depan KL Sentral dan sedar-sedar aku dah ade depan Muzium Negara. waaah ~! finally semalam aku dah kene trick jalan KL, masuk simpang tu; tak semestinye keluar simpang tu balik.

aku redha; tapi aku still menyumpah Acik Pak Guard tadi. eeei bvengang kooot!

aku keep in track - masuk Jalan Sultan Abdul Samad, amek roundbout, keep in the road (jangan naek flyover, pesan Cik Shida yang keep calling time tu). finally aku sampai balik roundbout sengal tu. kali ni aku decide nak masuk simpang kiri pulak. mane la tau boleh lak buat U-turn kat situ. 

segala usaha aku macam hampeh! sebab aku masuk simpang first lepas je dari Bulatan Mahameru tu; sedar-sedar aku dah ade kat area Bukit Aman, Bukit Tunku (entah ape bukit diraja tu), aku U-turn mengejut menyebabkan ade Encik Polis hon aku dengan kuat sambil membuat jelingan paling 'manje' yang pernah aku tengok! ade aku kesah???

finally, aku decide nak U-turn dekat area Parlimen. giler malu aku. dah la pakai kancil jer, nak lalu depan Parlimen. semua Polis depan Parlimen dok pandang aku sorang-sorang je nak U-turn kat situ. aku pendekkan cerita aku yang poyo ini dengan aku sampai semula ke simpang yang aku nak tu.

bile aku jumpe pejabat pos tu, aku buat wang pos RM50.00, aku terus kembali ke Blok A, lepas sesat-mesat dalam tu. Pak Guard tu inform yang tempat yang aku nak carik tu kat Blok B. ke-sekali-lagi-an; aku macam ntah ape-ape. keluar balik dari blok tu. pegi pulak blok sebelah.

tepat jam 1215 tengah hari, aku berjaya menghantar permohonan sebagai Jurutera Siswazah. nanti dalam 3 bulan, baru dapat inform yang aku layak ke tak masuk situ. lame lagi tu ~~~!

aku rase, semalam memang pertunjuk pun. bukan senang nak dapat bende ni. jalannye masih pusing-pusing. yang penting aku tetap sabar....

Baru daftar sudah kecoh!
ok lah mengantok pulak cerita pasal keje. later kite cerita pasal percintaan lak ye...


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.