Pengikut (Blogspot)

Ahad, 26 Jun 2011

penunggang motosikal

hello semua... salam ahad...

hari ni hari ahad yang santai. jap jap lagi nak g tengok budak kampung aku yang accident last thursday kat Hospital Selayang. 

lately; dalam sebulan lepas, banyak pulak accident yang jadi kat budak-budak remaja yang baru umur 17 tahun ke 18 tahun ni, accident dan cedera parah. semuanye bawak motor pulak tu... seriau; tak seriau aku??

macam last thursday ni; boleh pangkat dua pupu aku kot... takde la aku kenal sangat. sebab mase aku membesar kat kampung tu beliau budak lagi. tapi kakak beliau tu memang kawan aku main masak-masak mase kecik. 

Ayin ~ aku gelar kat sini. mase tu balik dari Batu 12, Gombak. pembonceng pada kawan beliau name Akim. mase tu sebelum Asar. 

tempat kejadian; depan masjid, Batu 8, Gombak. 

punca kejadian; mase tu ade Ncik Bangladesian ni fikir nak buat U-turn dekat depan masjid tu. Akim yang bawak motor tu nak elak Ncik Bangla ni la. nak elak punye pasal, terbabas. 

memang tak libatkan kenderaan lain pun. yang si Ayin tercampak ke dalam masjid. nasib baik pintu pagar masjid bukak. kalau tak, muka si Ayin ni makan pagar masjid la jawabnye. 

si Akim lak, terbabas sambil diheret motor. motor berhenti dengan keadaan menghimpap dua kaki, fungsi pergerakan utama beliau.

astagfirullah al-azim. ngeri kot kalau aku ade kat tempat kejadian. 

keadaan dua mangsa kini; masih koma. 

yang si Ayin, takde masalah dengan anggota badan. bahagian yang cedera muka. rahang pipi patah dan teralih. muka jadi bengkak. mungkin ade effect sikit kat bahagian otak tapi tak kritikal. menjelang semalam, mase visit, still in stable condition. 

yang si Akim pulak, kaki dah kene potong. tinggal sebelah je sekarang ni. cerita lain aku tak tau, sebab baru nak pegi melawat hari ni. 

harapan aku, hope Ayin dan Akim selamat sedar kembali dan dapat menjalani hidup sebagai remaja yang berjaya untuk generasi kite akan datang. 

hey riders! terutamanye lelaki. be careful okey especially to Adik Pit. nak membebel dekat Encik L sudah tidak begitu sesuai la der... sebab beliau bawak lori sekarang ni. hak hak hak. 

Ingat orang yang tersayang. Baik punye ~~!
tak nampak macam entri nasihat kan? cume risau-kan rider-rider yang ade kat sekeliling aku. macam Ncik Ayah pun aku risau jugak. dah penah kene langgar dah sekali; hari tu..

anyway; tak kesah la korang bawak lori, kereta, motosikal, basikal dan ape-ape kenderaan yang dok lalu lalang atas flexible pavement a.k.a jalan tar itu. berhati-hati dan peka. bukan korang je yang lalu. semut pun guna jalan yang same jugak. 

untuk diri aku jugak, jangan dekat dengan motor. kan, hari tu penah accident sekali. dengan motor jugak kan?? sebab aku sendiri pun cuai jugak memandu.

last but not least, aku sedekahkan al-fatihah supaya kedua-dua mangsa koma boleh sedar. amin. 

adey-chiau. boleh nak pegi minum air soya tak??? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.