Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 17 Jun 2011

padah sang mancis

hello semua, selamat malam yer...

malam yang bosan lagi. dah beberapa hari aku bace entri ni Dua Perempuan Satu Lelaki dari blogger yang pernah comment sekali blog aku; terus aku follow http://www.terbangtinggitinggi.com. Ncik Hamzah Ian ni ade cabar follower beliau join satu contest ni; Contest Dr Siti Hamidah dot com. kalau nak tau syarat-syarat ini;click je link atas tu. 

memori zaman kecik-kecik yang tak boleh lupe?? memang tema betul-la... kan?? kalau cerite pasal mase kecik jer; mesti aku akan ingat bende-bende ni. 

mase kecik-kecik dulu, aku kan tinggal dengan Puan Nenek aku. aku time tu sorang-sorang. Puan Along dengan Puan Kak Ngah stay dengan Puan Mak dengan Ncik Ayah.

kebanyakan mase aku main-main kalo takde member kampung; aku akan ikot Puan Nenek. favorite kerja Puan Nenek memang bersihkan halaman rumah aku. menyapu segala daun-daun kering yang jatuh dari pokok rambutan tepi rumah tuh. lepas habis je sapu, kumpul kat satu tempat; bakar (incinerator kelas bawahan) lepas ni korang tau solid korang jadi abu. 

tu tak penting. yang penting; kalau nak bakar tu mesti ade ape?? Mancis. ye; mancis agen pembakaran utama yang Puan Nenek guna. zaman tu lighter ni tak popular langsung. lagi senang pakai mancis Jah ~~~!

Jenama favorite Puan Nenek!
mase Puan Nenek sagat batang mancis dekat garisan pembakar kat tepi tu; dengan sekali gores api memancar keluar. kebaaboooom ~! it seem like a magic to me. alah batak tak pernah tengok seumur hidup kan... korang je fikir; canggih tak canggih? 

lepas je Puan Nenek, membakar satu longgok daun kering; Puan Nenek kembali menyapu saki baki yang tinggal kat area tu. ape lagi! ini peluang baik; sungguh bernas Puan Nenek meninggalkan kotak mancis ketika itu. aku pun ape lagi? 

amek peluang nak try, belum sempat aku gores; Puan Nenek dah ade kat belakang aku dengan sepantas kilat-kilat (lagi pantas dari kilat kot) terus tangan Puan Nenek yang di set-up gaya penampar menepuk tangan cilik aku. aduh! kata dalam hati sambil air mata meleleh ke pipi. kedengaran suara nyaring Puan Nenek membebel ibarat syarahan bertajuk Bahaya Mancis Boleh Membakar Rumah dan mancis sudah berganti tangan. takpe-takpe; aku kan tak mudah mengalah! hahahaha 

budak umur lima tahun kan? ape sangat la yang die pandai. macam aku, syarahan yang Puan Nenek bagi bukan lekat dalam kepala otak ni pun; ape yang aku nak selalu akan aku usaha sampai dapat. kan kan kan kan? memang tak ubah sampai sekarang, boleh makan diri sendiri. perkara yang aku nak selalu memang pelik-pelik nok... tak menahan.

petang tu, aku ade-kan aktiviti berjalan-jalan di dalam rumah. buat spot-check dari bilik ke bilik. nak carik kotak mancis. wahahaha ~! 

seketika, aku rase rezeki aku sangat baik. i found it! jerit hatiku, melihat kotak mancis yang ade atas almari baju milik Ncik Atok. ok, cakap mputih itu tipu; sebab sepatah haram mputih aku tak pernah belajar time tu. masuk sekolah baru blaja mputih. hahahaha; berangan Pan Asia kejap pun, bagi can okey??

aku pun terus menggores sekali. tak menyala. amek lagi sebatang. momentum takde dan kali ketiga cubaan berjaya! tibe-tibe **ye ke tibe-tibe?

ade api yang marak membakar di hadapanku. sambil laungan Puan Nenek memanggil name aku. aku menyelak langsir bilik Ncik Atok bagi menunjukkan lokasi sebenar aku.

Puan Nenek tergamam; sambil melihat baju-baju suaminya dibakar oleh cucunya ini. lalu berlari cepat-cepat ke bilik air mengambil sebaldi air dan persis ahli bomba membawa air ke tempat kebakaran. adelah dua kali pusingan bilik air-bilik Ncik Atok dengan cycle 1 min/cycle dengan kelajuan larian mengalahkan kuasa kuda. hak hak hak. 

Ncik Atok pun gegas-gegas amek kain basah lepas tu tekap pada tempat api marak! aku??? pelik, ape yang diorang buat ni???

lepas api dipadamkan dan sebahagian daripada baju-baju Ncik Atok aku dipastikan tidak cedera, Puan Nenek menghampiri aku. dan me-milin telinga aku sehingga pusingan 360 darjah. sakit wooo ~!

Puan Nenek mula membebel lagi dengan suara nyaring. soalan yang buat aku berfikir sampai sekarang ni jawapan yang aku pernah bagi; 

N : Kalau rumah terbakar nak tinggal mane??
M : Tinggallah kat bawah pokok pisang....

ye ke aku jawab macam ni???? tak caye je... mungkin aku terpengaruh dengan drama hantu melayu time tu~! alah... ingat tak yang Ibrahim Pendek dengan cerita hantu dulu-dulu tu. nak google bagi url sini aku lak seram; tengah sorang kat office ni. korang fikir la yang mane ok??

last but not least; sebelum aku adey-chiau mungkin aku boleh suruh (1) Ain Nur Syafiqa (2) Alizam Jonie (3) Diana Naubi dan semua orang yang minat nak tulis pasal ni even bukan follower aku pun. okey??



This banner ~! complete 
sampai sini dulu aku cerita ni. stay tuned la kalau ade entri lagi lepas ni. aku nak minum air Susu Strawberry Dutch Lady ni. 

len kali; kalau anak korang nak main mancis, suruh bace blog aku dulu amek pengajaran. ahahaha ~! adeychiau!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.