Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 25 Jun 2011

mencari maya

hello semua,

again. ulang-ulang kali. booosaaaan ~! aku duduk sengsorang kat bilik Projek ni. memekak dengan lagu 'Cari Pacar Lagi' khas untuk Encik L; harap beliau kesah. tapi kalau beliau bace; mesti keluarkan ayat 'ade abang kesah???' tak kesah konon....! tapi beliau pegi pasang khemah malam ni; macam mane nak jumpe pun. adeeeyh ~!

petang tadi; finally sudah berabad-abad lamenye. aku berjaya untuk tengok hindustan kat televisyen. kalau cd takleh nak campur aduk la gang. aku nak cerita yang aku skang free; petang sabtu duduk rilek. an an an?

ter-ke-betul-an la pulak, cter hindustan tu hero aku kalau aku bangsa Punjab; Shah Rukh Khan yang suka play role as Rahul tu kan.... cerita pulak, cerita yang paling aku suke sebab cerita cinta muzikal ~ Dil To Pagal Hai. 

Hati ini gila sangat. masuk tanjung nak?? 
serius. aku bukan sengaja nak buat pembaca aku muntah. tapi aku bosan der. tapi ni jugak salah satu cerita cinta kegemaran aku. kalau la ade blog zaman aku darjah 6; time cerita ni meletup Jah! dah lame aku review. aku kan seorang yang memang jiwang tika waktu ini.... 

tidak ku tahu, mengapakah sunyinya melanda hatiku ~ dan bukannya kemahuanku, datangnya sendiri [Takdir dan Waktu, Mega]
cinta. lebih kurang macam lirik kat atas ni. macam mane boleh datang??? datangnya sendiri.... riuuung ~! guitarist si kumpulan Mega melayangkan tangan ke gitar kapak. fine, aku memang tengah tak serius skang. ahahahaha.   

tema bagi cerita Hati Gila yang digarap oleh Karan Johar bersama dengan ayah kesayangan beliau Yash Chopra ni memang nampak berlebih sikit dalam olah perasaan cinta melalui lagu dan tarian. boleh pulak kengkonon si Nisha dengan si Pooja ni menari-nari ibarat bergaduh. satu jenis korografi pun aku tak paham. menari je pun kan?? lepas tu, si Rahul pulak sibuk dengan si Maya. sikit-sikit Maya. Maya yang menari untuk diri sendiri la, itulah, inilah. semuanye memang imaginasi semata-mata. 

Petikan lagu : Bholi Si Surat (Si Cantik Yang Naif)
okey, bukan nak review sangat la cerita ni. tapi nak kutuk boleh?? aku selalu fikir diri aku Pooja. mase kecik-kecik dulu la. sebabnye; aku percaya memang jodoh tu dah ditetapkan untuk aku. mungkin aku sedang bermain dengan masa untuk jumpe jodoh aku kan....?

tapi bile dah tua skang ni, fantasi tu dah lame hilang. mane tak nye?? korang ce imagine hidup perempuan macam Pooja macam hidup senang lenang gitu. tak payah nak KERJA sangat la. sebab tak minat nak kerja. dah kate nak menari untuk diri sendiri jerp? tapi penat-penat lak hari-hari g praktis tarian... ape jad engkau Pooja? macam takde hala tuju lak??

lepas tu boleh lak lepak-lepak bace novel tetengah malam sambil menari-nari semasa hari Valentine. rilek saje... kau takde tender nak submit ke Pooja??? hahahaha ~! 

aku fikir gak, isn't lelaki rase puas hati if perempuan kesayangan beliau tak begitu independent?? kalau dengan Encik L aku; dah lame kene sekeh... adeyh ~!

but still ~! aku boleh sedapkan hati sikit la... mungkin Rahul yang sangat independent tu mencari orang seperti Pooja yang wajib dapat pelempang itu. orang cakap pasangan hidup kite ni selalu kontra. jodoh kite ni adalah seorang yang saling melengkapi kita. ape yang kite takde; mungkin pasangan kite akan lengkap kan... ye doook???

banyak sangat soalan dalam entri ni. memang kepala aku ngah ligat berpusing sekarang ni. cinta oh cinta. 

aku sedang fikir; adekah Encik L ditakdirkan untuk aku? macam mane lak dengan Cik I yang pernah hadir dalam hidup beliau? pun saling melengkapi jugak kan? 

undur diri atau move on???

There is someone for you somewhere [Dil To Pagal Hai]
percaya pada kuasa cinta lepas layan cerita ni. tapi sekuat mane pulak aku??

aaarggh ~! dari nak review cerita, mengutuk sikit-sikit. tapi tukar jadi luahan perasaan pulak kan??? sampai sini dulu la... 

If I had to live without you, what kind of live would that be?? [How do I live, Leanne Rimes]
baek aku adey-chiau dulu la... kang mau aku salin semua lagu dalam playlist ni. adey-chiau.... 

2 ulasan:

  1. ko ni makin bercinta... makin merepek lah!

    BalasPadam
  2. iye ke?? ni bukan masalah cinta la... tapi masalah kebosanan... :P

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.