Pengikut (Blogspot)

Isnin, 13 Jun 2011

kuasa bulan

hello semua, selamat tengah senja.

hari ni hari jalan-jalan. thanks kepada Adik Pit ~ yang banyak drive hari ni kan. penat kot. Ncik Atok masuk wad sekali lagi. dah 2 kali this month; makin teruk ke sakit beliau tu ehh? risau lak aku. 

tapi ape-ape pun, aku bagi Puan Mak and pepakcik aku settle; they are more responsible and matured than me. mesti tau nak buat ape. aku akan follow diorang je.

last week, aku masuk Kem Kantonmen; macam biase la, urusan business Ncik Bos. kalau business aku sedap sikit nak pegi nego harga ye tak? sengal betul. *ok, ini bukan cerita sebenar*

sampai aje depan guard atas fly over itu, procedure biase la. tinggalkan identity card (IC) dekat Pak Cik Guard Askar. mase tu, beliau belek-belek IC aku. lalu mengeluarkan soalan yang agak kurang hajar boleh panggil, 'kenape dulu hitam??'

siot kan? mentang-mentang la aku bukan Pan Asia, tapi aku perempuan jugak kot? so, aku cakap je macam ni; 'dulu saye takde duit nak pakai krim, sekarang dah pakai' 

emm, diamlah sementara Pak Cik Guard Askar tu. mungkin malas nak layan karenah perempuan yang agak direct macam aku. emm, patah semangat Pak Cik Guard untuk usik perempuan yang sudah makin gemok ini. 

ape motif kau ni Mastura? membangga diri dengan kulit makin anggun? bukankah kau sudah persis Snow White dari kecil lagi??? hak hak hak.

mungkin dah tua-tua ni, penjagaan muka aku makin proper; tiru puan kak ngah. dah ade duit sendiri; tak payah nak pau Puan Mak lagi even nak beli eskrem pong satu peti. keselesaan ni lah yang buat aku boleh beli semua ni. 

sekarang bagi aku produk Tia Amelia memang tak mampu nak guna; ni ikot kewangan aku. bukan ikot kewangan Puan Mem or Dato Siti Nurhaliza yang memang ade duit kepuk-kepuk gitu. 

macam ni, booth tepi Giant, dalam Giant Batu Caves ade suggest aku untuk mix product antara Tia Amelia dengan Puteri Rembulan. sebab kalau gune Puteri Rembulan memang lagi murah compare dengan Tia Amelia. aku dah buat comparison harga yang harga yang same; product Tia Amelia boleh tahan pegi jauh 3 bulan while product Puteri Rembulan korang boleh lajak sampai 6 bulan guna. see~! jimat tak jimat?

set of Puteri Rembulan
macam gambar kat atas; botol besar tu Toner. Toner Puteri Rembulan actually bagus. sebab boleh kecikkan liang-liang roma. pakai 2 kali sehari. Cik Waniey pun penah gak tegur kulit aku dah tak nampak sangat liang roma. 

yang botol kecik pulak Air Jerawat; boleh gantikan Krim Kunyit from Tia Amelia. aku tak tau lagi effect die; muka aku macam biasa sekarang. tapi Cik Fariza dah try; kat muka beliau memang nampak perubahan pun. kesan-kesan jerawat pun kurang.

ade dua bekas pink tu pulak; pelembab dan foundation by Puteri Rembulan. kedua-dua produk ni okey la sebab bekas besar dan jimat compare tu Tia Amelia. suggestion by promoter Giant tu memang Tia Amelia kesan lagi bagus. tapi kalau muka dah cantik sangat macam puteri; nak berjimat some sort like that. tak salah try Puteri Rembulan.  

Loyal to this set also!
produk Tia Amelia yang memang takkan aku tinggalkan mungkin Cleanser (sabun) dengan Krim Kunyit. memang the best product from them. and aku suggest guna Toner by Puteri Rembulan sebab memang ade kesan nak kecik-kan liang-liang roma-mu la....

ok, Tia Amelia dengan Puteri Rembulan tak bagi share kat aku pun. saje lah nak kongsi produk guna. mungkin korang ade experience lain pulak kan? kan? kan?

sebelum pegi makan kan, aku teringat satu bende la.... 'Dengan Kuasa Bulan, akan menghukummu!'

hahahahaha. lapar sangat sampai fikirkan Sailormoon. nak makan satey, satey yang sedap.... adey-chiau!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.