Pengikut (Blogspot)

Rabu, 15 Jun 2011

janji-janji Luqman

heloo semua, selamat tengah hari...

hari ni takde mood nak makan. seriusly sudah tumpah air mata ke selimut dan bantal 'wangi' pagi tadi. Encik L has decide. Leave him alone; tolong bagi ruang untuk beliau selesaikan semua masalah yang membelenggu beliau sekarang ni. ape masalah beliau? aku boleh conclude yang beliau pun tak pasti ape yang beliau nak dalam hidup. 

bile realiti yang aku alami muncul pada alam fantasi. membuatkan aku lebih moody dan berfikir; macam ni kot sifat dan personaliti insan bernama Lukman. ye; nama sebenar Encik L ialah Lukman. 

ape yang aku mengarut ni; terus-terang sekarang. aku baru je baca novel. tajuk Satu Janji by Ramlee Awang Murshid. dah lame dah publish buku ni dalam tahun 2002. tapi aku baru je purchase mase Pesta Buku Antarabangsa 2011; alah yang aku kecoh-kecok hari tu tu??

novel ni honestly aku beli sebab nak cukupkan novel untuk dapat harga murah. mase offer tu; purchase 4 books pay around RM50.00 jer. mau aku tak sawan nak pilih buku ape lagi? sebab kronologi Laksmana Sunan semua dah complete time tu!

novel ni jugak aku pilih tanpa bace sinopsis. sebab name je Lukman. terus aku sebat. tak payah nak fikir panjang.

ok, mungkin aku akan review novel ni agak beriya sikit. entah; mungkin ade persamaan tentang hidup aku dengan hidup heroin; Adiela Mansur. 

mungkin bab-bab awal tak menarik minat aku; sebab plot bermula dengan kematian Dato Abdullah ayah angkat kepada Luqman yang dibunuh. dalam hati aku, mesti aku kene bace siri-siri pembunuhan kejam dalam cerita ni. tapi sangkaan aku meleset. ini cerita cinta sejati wooo~!

last few days, aku bosan. aku selak sehelai demi sehelai buku ni. memang mood membaca dah datang la time tu. yang menarik sangat bila Luqman tu bertemu dengan Adiela Mansur. tertarik pada wanita tapi buat senyap. rupe-rupenye nak rancang strategi.

and then malam tu, Luqman switch on lappy beliau. beliau bukak folder yang tulis 'Janji-janji Luqman' tu bace satu persatu janji-janji yang beliau cuba kota-kan. antara yang penulis sorting; Luqman berjanji untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah muka bumi, tidak sesekali membelakangkan ibu bapa angkatnya, mencari semula ibu kandungnya dan finally menambah satu lagi janji untuk mengenali siape Adiela Mansur yang sebenar.

sweet sangat aku rasa part tu. dan bagi laksanakan misi mengenali siapa Adiela Mansur; siap menyamar sebagai pekerja restoren milik Adiela tu. memang kalau nakkan sesuatu Luqman sanggup buat ape saje. 

ikot pembacaan aku jugak, Luqman gambaran penulis boleh kata kuat merajuk. wahahaha; ade ke patut merajuk sampai ke Sabah sebab sangka isteri sendiri curang. ape la kes-nye pun kan? tak mengade-ngade ke tu? 

dan aku rase sweet sangat cerita ni, finally isteri kepada Luqman yang dapat merealisasikan 'Janji-janji Luqman' sementara Luqman pegi merajuk kat Sabah. bagus kan imaginasi penulis. 

buku ni buku thriller cinta. hidup memang tak seindah warna-warni; cinta bukan seindah angan-angan penulis korea. mungkin cinta sebenar lebih romantik dengan realiti dan pengorbanan. ye, cinta itu perlu pengorbanan. 

Luqman; Encik L memang penuh dengan janji dan impian. tapi adekah aku seseorang yang berjaya laksanakan segala janji yang ada? aku akan setia dan cuba tunaikan janji sedaya semampu aku. Encik L; saye takkan pernah berubah. i promise u.

Dua item yang bersangkutan dengan Encik L
okey, tutup cerita ni. last but not least; thanks to Adik Pit for the dessert. memang jadi makanan tengah hari sekali ni sebab malas nak ta-pau. adey-chiau!
Sudah balun dua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.