Pengikut (Blogspot)

Ahad, 12 Jun 2011

sekadar kenangan

heloo semua, selamat malam

esok dah isnin la! benci, mesti ade monday blues. tapi tak sempat kot sebab kene gegas-gegas di Putrajaya esok. apekah nasib badan-ku!

hari ni duduk rumah Puan Mak sampai ke petang. aktiviti mengemas sarang tikus a.k.a bilik aku yang dah lame sangat aku tinggalkan. mean mase Puan Kak Ngah dah kawin, banyak sangat buku-buku entah ape yang patut jual or bagi kat orang. maklum ler, mase belajar semua buku kalau boleh nak beli buat koleksi. tang bace isi dalam... korang fikir la sendiri. setakat ni aku tak la macam Isaac Newton yang boleh mengeluarkan teori selepas epal jatuh dari pokok. semestinye buku tu aku peram. nak kata jadi perkasam tak jugak. mungkin jadi separuh sampah adelah... hahaha

ok, aku tetibe rase aku sangat sweet. really sweet. *ramai-ramai muntah sekarang!*

macam ni, aku tak sangke yang aku ade diari sejak dari tahun 2000 kot. mungkin mase tu aku baru tingkatan 1, nak bezakan Tia dengan Puteri Rembulan mane murah pun tak pandai lagi. hahahaha. setakat tu je yang ade dalam simpanan aku la... yang lain aku tak jumpe la pulak-kan.

mase aku bace semua cerita dalam buku diari tu, aku gelak kekek-kekek-kekek. sambil guling-guling-guling. isu kecik ngan remeh pun aku boleh olah rase sakit hati or gembira sampai 3-4 page sekali tulis. macam ape ntah. sebab tu agaknye aku suke membebel skang... wahahahaha. 

Hadiah hari jadi; puan nenek bagi
okey. boleh panggil ni first diary aku. mase form one tak silap. kalau aku merajuk dengan Puan Mak, Ncik Ayah dan kekanda sekalian. aku amek kertas kuning. tulis banyak mane aku nak, then sumbat dalam tabung. mesti Puan Nenek berapi tengok bende ni. orang suruh simpan duit. tapi aku pulak simpan kertas ape ntah. senang panggil sampah. yang aku tak faham lagi; kenape ade pulak sticker 'Mami Monster' kat situ? hehe. 

main sampul pulak!
lepas tabung tu takleh nak sumbat dengan kertas kuning lagi. aku gune diary Acson yang Puan Mak dapat dari mane aku tak pasti. nak jimat page, aku amek sampul lekat. lepas tu aku still guna kertas kuning nak tulis diari aku. hahaha. mase kecik-kecik, aku selalu fikir nak post to somebody ape yang aku rase. then, sticker arnab tu kengkononye setem. kah kah kah. kelakar lak bile fikir balik. 


Buku labah-labah

Inspirasi mane ntah?
ade letak pulak sticker tengah-tengah
kalau tengok buku kat atas. kategori matang sikit dari sebelumnye. mase ni giler sangat dengan natang yang boleh bercahaya dalam gelap. tu pasal aku lekat labah-labah glowing kat situ. mase tu jugak baru je sampai cerita Sakura Cardcaptor dekat Malaysia. habis ink printer aku gune nak print gambar-gambar Sakura ni. aku budget aku comel macam Sakura and then, aku akan dapat boyfriend macam Yukito. hampeh!

yang lagi tak boleh bla, mase tu sape yang suke tulis-tulis kat sekolah aku akan tampal sticker kat setiap muka surat, tampal kat tengah-tengah; kat tepi tulis. ape ke hal? aku pun join buat macam tu sekali. budget kreatif 100%. huhu.

buku kunci! cumel pulak tengok skang ni!
Azam konon! tak penah menjadi!
buku ni comel kan? mase ni aku dah ade inspirasi perempuan remaje-remaje dalam diri kot. kenape aku beli diari kunci? sebab Puan Along pernah bace diari aku. ni lah konon-konon cara terbaik nak protect siape yang aku minat ke, admire ke... jangan sampai kantoi! hahaha. 

ade pulak cerita pasal azam baru. tapi tak boleh nak pakai sangat azam baru. ni semua pengaruh tv tak pun radio yang memang salu cerita pasal azam. tanak ketinggalan zaman, aku create la. ade pulak lirik lagu hindustan kat situ. malu sikit aku bergelar remaja minat hindustan. tapi bangga dengan sign tu, dari form 3 tak pernah tukar sign sampai sekarang. mungkin personaliti pun same kot...?

antara koleksi aku suke!

kenape aku harus tampal ini?? bingung!
aku suke diari ni sebab aku tampal semua bende yang aku suke. sebab aku suke dengan Alex Madagascar; aku tepek dalam diari. dalam ni banyak cerita pasal Cik Linda, Super K and then baru je masuk matrikulasi dan tengah menyesuaikan diri dengan keadaan kat situ! mungkin Encik L boleh take note pasal ni. hehe. 

Diari bersama Cik Paripari Cumel

Kamu ingat ini kah? *credit to Cik Paripari Cumel*
ni diary aku paling sayang sayang sayang sayang sayang. emm amek sekali, berape kali aku taip sayang ko! ni perjalanan hidup aku bersama Cik Paripari Cumel. kadang-kadang beliau pun tulis dalam ni jugak. maklum ler, same-same perempuan. mestilah ade minat yang same. 

gambar bawah tu tunjukkan tiket bas yang terakhir aku balik dengan beliau dari Tangkak, seminggu before birthday aku. yang sebelah kanan tu pulak wishes beliau untuk first birthday aku kenal beliau. betul-betul buat aku ingat kat moment tu bile bace balik. *Cik Paripari Cumel, jangan segan okey?*

ni jugak diari aku yang terakhir. lepas tu semua kisah hidup aku masuk dalam Microsoft One Notes by Microsoft 2007; senang, cepat, safety (ade password) and less paper. 

Agen penyimpan rahsia saye!
tapi ni pun dah lame aku tinggal sejak aku habis menganggur, aku dah takde mase nak menulis dalam tu. mungkin nanti mood datang balik kot. 

sekarang ni, aku banyak share dalam blog, tak pun nakama, gang rumah sewa, Cik Paripari Cumel tak pun direct terus dengan Encik L. person diary lagi membantu aku untuk hilangkan stress. 

jangan tak tau, sesape yang suke pendam rase marah dalam diary ~ sekali meletup marah die, tuhan je yang tau macam mane, an an an? 

lepas je aku mengenang kisah lame sekelian itu, Puan Mak dengan aku pegi makan ABC kat Kompleks PKNS, Bangi; ade sengat-lah ABC itu ~~!

Puan Mak satu, aku satu...
Takkan dua-dua aku balun kot?
okey, aku lapar la tengok ABC ni. ape kate naek atas rumah dan seterusnye memakan Biskut Oreo macam Mat Britain dalam flight hari tu.

ooh lupe, mintak maaf Encik L, saye pernah ter-delete semua msg awak. kalau tak, mesti saye dah buku-kan! awak tau kenape saye sedih sekarang?? adeychiau!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.