Pengikut (Blogspot)

Rabu, 4 Mei 2011

jubah merah

heloo semua, selamat pagi...

hari ketiga dalam minggu pertama May. sekarang musim hujan waktu malam menghampiri ke pagi. mungkin ala-ala monsun barat daya dah tiba. kejap lagi aku akan ke bank bagi men-tunaikan gaji dalam cek dan melangsaikan hutang-hutangan aku. 

semalam hari aku yang sebal, giler dan tak siuman. macam ni, korang pernah terfikir tak nak buat satu bende yang adventure dan jarang orang nak buat? macam kene kejar dengan polis tak pun tengok wayang sengsorang. tak adventure ke tu??

otak aku fikir tu dah cukup power dah. berkali-kali aku canang nak tengok wayang sengsorang dekat colleagues aku. bak kata Ncik Ca-ah memang tak best. tapi tak cube memang tak tau kan? 

lepas je aku balik kerja, aku ajak jugak Cik Hawa pegi. tapi beliau demam la pulak. memang memperkukuhkan lagi alasan aku nak pegi sorang-sorang. ahahahahahahaha. suke tak suke aku?

sampai je kat area wayang kat JJ Kepong tu, terus order tiket. ada dua cerita yang bermain kat fikiran aku; Red Riding Hood dan Thor. memang dua-dua genre aku fikir macam best. tapi disebabkan Thor baru jer siar dalam kelmarin; there's plenty of time for it. aku pilih la cerite Red Riding Hood. 

first thing in mind, aku fikir ni cerita kanak-kanak yang sempoi. tu je, lepas je beli pop-corn bersama air regular set untuk seorang diri, dengan excited aku terus je pilih bilik 3 macam dalam tiket. suasana dalam panggung sangat sikit. adelah dalam 15 orang yang pilih untuk tengok cerita ni. 

aku cool. duduk dalam barisan paling depan iaitu seat baris 6 dari skrin, unlucky memang aku lah yang paling depan waktu tu bersama dengan mamat-mamat cina in the other side of the row. bile tengok wayang sengsorang, feel sedikit lain. tumpuan pada cerita akan diberi 110%; setiap gerakan yang pelakon layangkan akan mata, hati, otak dan fikiran tafsirkan dengan teliti dan terperinci. tu la yang jadi kat aku semalam. 

sangkaan aku sangat meleset. cerite ni bukan pasal Red Riding Rood dalam buku cerita kanak-kanak yang jadi favorite book masa aku darjah satu dulu. cerita ni memang pasal serigala jadian yang menganggu perkampungan entah ape name dekat Banjaran Alps sane... muzik je dah cukup seram kot bunyi serigala menderam tak sudah-sudah. 

Perempuan ni sihir ke tak?
cerita memang ala-ala mengantok nak tido. kalau korang main msg dengan boyfie tersenyum-senyum selama 10 minit takkan tertinggal jauh dengan orang yang menghayati sepenuh hati. ini tak tipu. ade satu dua part yang aku dok meremang, sebab tengok sengsorang ialah bile serigala tu muncul diri. dan bila Paderi Solomo dok jerit God is Mighty berjuta-juta kali sambil pegang salib. aku mengucap terus kalimah syahadah bile tengok scene tu. giler seram aku.... 

lepas tu makin menderam makin kuat dengan muzik yang suram-suram tu dada berdegup kencang. serigala sana-sini. aku lak takde tempat pergantungan. kalau tengok cerite macam ni dengan Cik-Cik Nakama mesti aku dah menyorokkan diri dalam sweater dan tanye pada Cik Waniey or Ncik Yeppul je ape yang terjadi kan. ni kene survive sengsorang. memang tak patut aku. 

aku terus je msg Encik L; bagitau yang aku tak sanggup lagi nak hadapi cerita ni seorang diri. aku nak keluar meninggalkan bekas air Sprite yang kosong bersama sisa pop corn dalam panggung tu. sila lah makan serigala, janganlah nak makan orang lagi! macam tu la bentak aku dalam hati. hak hak hak, sendiri carik pasal nak emo lebih pulak kan?

aku terus serik dan insaf. lepas ni; no more feel to get along in cinema. baeklah aku pakse rela sesiapa to join me there. 

tiket aku membazir jugak tapi takpe la; dah bukan rezeki aku. dari aku menangis dalam panggung baek aku berambus terlebih dahulu. psiko kan?

oklah, nak pegi jumpe Ncik Bos untuk tandatangan dokumentasi projek baik pulih masjid ni. chow dulu!




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.