Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 7 Mei 2011

Hari Ingat Emak

hello semua, 

aku nak tulis tentang ibu atau aku panggil Mak dalam dunia realiti. tapi aku masih terkapai-kapai dalam menulis ini. mungkin ni padah kerja seorang diri. sungguh tak best. 

aku anak ke-tiga perempuan dalam keluarga aku. jadi anak bongsu memang manje pun kadang-kadang tapi sekarang mungkin aku dah jadi independent; kalau aku still duduk dengan nenek. mesti aku tak independent macam ni sebab nenek akan manjekan aku macam princess. thanks Mak~! bende pertama yang aku rasa paling best Puan Mak beri pada aku. 

untuk Hari Ibu kali ni aku nak share kenangan aku dengan Puan Mak sejak dari umur tujuh tahun. mase ni lah aku mula-mula duduk rumah family yang lengkap ade ayah, mak dan adik-beradik. aku ni macam black sheep sikit. mungkin sampai sekarang pun macam ni. tapi aku memang kagum dengan Puan Emak yang secara kreatifnye membesarkan kitorang tiga beradik. 

masa kecik-kecik dalam sekolah rendah dulu. kitorang adik-beradik ni membesar sebaya. kalau sorang masuk sekolah rendah, adik-adik join sekali sekolah rendah. memang kalau ikotkan keperluan kewangan memang melebihi daripada pendapatan Puan Mak dan Ncik Ayah total up. 

mase dulu-dulu, memang mak sekat makan kitorang. statement kejam je bunyinye. mase aku sekolah rendah dulu, makan udang boleh makan sebulan sekali jer. tu pun Puan Mak memang dah budget; setiap sorang boleh makan 10 ekor udang je dalam satu hari (dua kali makan) tu. macam tu jugak dengan ketam yang akan dapat empat ketul (yang dah dibelah dua) seorang. pandai-pandai anak-anak beliau lah nak buat aturan hidup. kalau korang dah makan 7 ketul tengah hari; pepandai lah spare lagi 3 ketul untuk malam. tu hak korang untuk buat desicion. yang pasti, Puan Mak akan kurangkan bahagian diri sendiri bila anak-anak amek lebih. mase memula RULE ni keluar, aku memang tak boleh terima tapi bile Puan Mak langsung tak merasa udang, aku pun dah tak boleh nak buat degil. Puan Mak ajar aku makna SHARING IS CARING! tapi sekarang ni dah takde rule ni, suka hati kitorang la nak makan udang sampai muntah ke berak ke, ade aku kesah?? mesti Puan Mak balas macam ni kalau aku tanye kan? huhu


Buat sambal pun sodap!
zaman susah tu kan, mak aku amik telur ayam dari pembekal and then jual kat orang-orang taman perumahan  tak pun dekat orang pejabat beliau. kitorang adik-beradik ni pun dah jadi muka telur. hari-hari makan telur. sarapan dengan lunch memang wajib kalau takde lauk. malam je boleh escape sebab mak masak big dish waktu malam. kalau nak bawak bekal pegi sekolah, mak gorengkan telur mata kerbau dengan kuning cair. lepas tu apit dengan roti Gardenier. letak pulak sos chili Kimball; pergh rase die memang nikmat. terasa nak makan lagi sekarang, tapi bukan aku yang buat nak air tangan Puan Mak jugak! mintak tak? hahaha. aku rase kat sini Puan Mak cube bg msg yang TAKLAH SUSAH SANGAT NAK SENANG, SIMPLE MACAM SANDWICH!

Favorite aku sampai skang. punca utama gemuk!
ape lagi eh? ooh! mase kecik-kecik dulu, memang beli KFC paling jarang. mahal der~~! kalau sorang makan dua ketul dah RM10.00 kalau tiga orang, calculate sendiri. tu belum campur kentang, air segala bagai promotion yang restoren tu buat. dapat pulak anak korang ni curious dan suka cube bende baru (itu aku) memang kalau tak labur RM100.00 tak balik la dari KFC tu kan? kan? 

melihatkan orang senang lenang membawa anak-anak ke KFC sewaktu hari jadi, Puan Mak mendapat satu idea ulung. dengan menggoreng ayam dengan tepung Kentucky tu sendiri lepas tu beli frozen food macam kentang ke, nugget ke. mase tu kitorang rase dah special habis dah! sebab ayam dapat makan lebih dari tiga ketul a.k.a makan sampai muntah. hak hak hak. dah lame Puan Mak tak goreng ayam tu, maybe last mase aku form 3 kot....? rindu la time tu! kat sini aku faham yang, MAHAL TAK SEMESTINYA TERBAIK DAN MURAH TAK SEMESTINYA BURUK.

ok lah, mengantuk la cerita pasal emak ni. kalau fikir jasa ibu yang kandung dan lahirkan kita, 1000 page belum tentu cukup. ade je nak tambah nanti.

saje buat entri untuk Hari Ibu. terima kasih atas segalanya. walaupun hidup aku tak semewah yang lain tapi aku rase bahagia dengan semangat dan idea-idea Puan Mak untuk memuaskan hati kitorang adik beradik. 


lepas ni, aku nak up-date hari kedua mengenali diri aku dan lepas tu aku nak tido. chow.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.