Pengikut (Blogspot)

Ahad, 29 Mei 2011

Day 24 - Somewhere you like to travel

hello semua, salam ahad.

hari bahagia bersama Encik L. jijik tak statement? kih kih kih. aku nak teruskan cerita jawab soalan kat sini. lagi enam soalan, mungkin korang semua dah kenal siape Mastura Bt Borhan kot??

aku rase la kan... orang yang reka soalan mengenal diri dalam mase 30 hari ni kaye kot. yelah, balik-balik tanye soalan pasal travel, melancong itu dan ini... tu semua boleh dapat dengan pakai air liur ke?? hampeh betul!

ok, untuk jawab soalan ni. aku sedang membayangkan yang diri aku mempunyai I-phone 4 disamping menggunakan lappy bangsa Apple menaip entri ni. 

aku jugak sedang membayangkan diri aku dalam banglo yang ade kolam renang sambil kereta BMW 7 series sedang aku park depan rumah.

air yang aku minum juga merupakan Nescefe' Gold yang memang sangat mampu aku minum setiap hari. tu belum campur kasut jenama Jimmy Choo bersusun tingkat dalam lemari bersama dengan Italy Satin yang memang menjadi pakaian rasmi aku ke pejabat. puas hati?

travel memanjang. kalau orang bagi aku masa travel sebulan dengan plenty of money dalam karung untuk bawak pergi, aku akan pilih untuk travel di Benua Eropah. orang cakap tempat kat situ kan lawa-lawa. ade salji. so, kalau dapat pegi travel kat sane. dapatlah aku ber-romantik-romantik dengan kota lama, terusan Venice. 

tak pun aku mungkin boleh menghayati musim bunga dan kincir angin di Dutch Land sambil berangan menjadi Fanthagiro di Italy... ahahahaha.

Mimpi jadi puteri otai pulak... seyh ~!

mengantok pulak cerita pasal bercuti ni. bile nak rase angin pantai lagi.... chow ~!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.