Pengikut (Blogspot)

Selasa, 24 Mei 2011

Day 20 - How important you think education is

hello semua, selamat malam

aku baru je habiskan drawing bumbung untuk tender PPUM esok. serius aku sangat penat dan tak larat nak fikir sekarang ni. kepala terasa sangat-sangat berat. aku amek pendekatan bertahan!

pendidikan tu penting atau tak? emm penting. simple je jawapan aku bagi nah ~! kat sini. jangan nak argue mengenai ilmu sangat la. Allah pun pernah menyatakan dalam Qur'an yang menuntut ilmu tu wajib. sebab tanpa ilmu mungkin satu habuk keputusan seperti makan ape yang sedap dekat Mc Donald korang tak tau. 

ni mungkin agak serius. sebab ape aku jadi serius benda ni? sebab Encik L pernah kata pendidikan tu tak penting. giler berapi aku dibuatnya. 

sememangnye orang skema pandai jadi professor pun tak kaya macam tauke judi dekat Genting Highland. tapi segala ilmu-ilmuan yang beliau dapat serta berfaedah pada orang lain tu sejuta kali bernilai dari kepuk-kepuk duit simpan bawah bantal.

aku tak kata pulak yang orang pandai selalu baek. ade jugak yang salah laku dan tak baik. ok, i am degree holder, pandai sangat ke aku buat keputusan untuk diri sendiri. ade baeek kah aku? jawapannye tak, takde manusia yang perfect. 

tapi kan, pendidikan tu penting. dari pendidikan tu lah lahirnya pengalaman-pengalaman baru. aku nak anak aku berpendidikan dan amek hadiah tetiap tahun kat sekolah and jadi super children of mine. itu aje yang aku boleh bagi harta untuk anak-anak aku teruskan kehidupan. (terlampau jauh pulak aku fikir)

ok, amek la masa sekolah rendah korang belajar pandai, korang akan masuk sekolah berasrama penuh. dari situ korang dah generate pengalaman duduk hostel. macam mane kene buli, nak bahagi masa dan nak urus diri sendiri. ni contoh jer, yang lain mungkin ade pengalaman sendiri.

aku tak tau nak bebel ape lagi. aku lapar sekarang ni. 

conclusion, pendidikan itu penting! adeychiau~!!



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.