Pengikut (Blogspot)

Selasa, 24 Mei 2011

Day 19 - Disrespecting your parents

heloo semua,

hari ni aku demam. demam PD kot. giler banyak sangat minum air masin yang polluted. hari ni jugak Roadcare HQ telefon, cakap setuju nak amek aku. aku ni dalam berkire-kire lagi sama ada nak amek kerja tu or tak. jujurnye aku sayang nak tinggalkan Teamcoat ni. walau gaji tak gah mane.

aku rase, kalau aku tak pegi tempat baru ni ibaratnye aku dah melakukan perkara kat atas. yelah, gaji for sure dah RM2000 plus plus tak campur OT dan elaun. tu kalau aku demand lagi, aku boleh dapat. tapi kang aku mintak benda yang lebih dari tanggungjawab la pulak kan?? Puan Mak mesti sangat suka dengan kerja kat situ dan aku pulak duduk dekat Bangi, boleh la aku stay kat rumah kan?

truly, aku bukan memang anak yang baik. semuanye aku buat ikot kepala aku jer. memang degil budak ni!

masa kecik-kecik dulu, aku pernah melawan cakap ayah sampai aku kena halau dari rumah. gempak tak? aku pun tak ingat la pasal ape mase tu. yang penting aku kena halau directly aku lari keluar dari rumah dan duduk bertenggek atas batu depan rumah aku. mase tu tangisan aku memang tak henti-henti. lebih dari setengah jam aku bertenggek kat batu tu, Puan Mak pun menjengah aku. Puan Mak ajak aku masuk. tapi aku tanak masuk. siapelah aku nak duduk kat rumah tu lagi kan? 

Puan Mak tak henti-henti pujuk aku. cakap yang rumah ni beli atas nama Puan Mak dan bukan atas nama Ncik Ayah. Puan Mak provoke aku macam-macam sehinggakan aku terpujuk dan masuk semula ke dalam rumah. 

semua benda tak habis kat situ. aku dengan Ncik Ayah memang tak sebulu pun. aku mane boleh nak duduk dan have a talk dengan Ncik Ayah. semuanya aku akan buat melalui Puan Mak. kadang-kadang ape bende yang ade dalam hidup aku sekarang ni memang semuanye dari keputusan aku sendiri. sebab tu aku jarang menyesal kot. 

memang mase aku bergaduh besar dengan Ncik Ayah tu jiwa aku sangat kacau. just imagine, aku ni cucu nenek yang baru je pindah dengan parents yang memang tentu-tentu lebihkan dua orang kakak dan aku pulak takde siape nak mengadu and i feel lost that time. pernah tak parents fikir itu feeling? i dunno.

tapi ape-ape pun, tu semua cerita lama. sekarang ni, i am respecting them as my parents. ape-ape yang jadi pun memang asam garam kehidupan. aku dah cukup selesa dengan hidup sekarang. tu dah memadai. 

seingat aku, mase aku stop melawan cakap dengan Ncik Ayah masa umur aku Form 2. kalau tak silap la. aku berperang ape ntah dengan Ncik Ayah. lalu menghempas pintu bilik. Puan Mak, mase tu ade dalam bilik tu menangis. Puan Mak merungut depan aku; Puan Mak cakap 'sampai bile lah aku nak tengok anak dengan ayah ni bergaduh. takkan aman, sakitkan hati aje' 

that time, i am shocked! and terkaku seketika. kata-kata Puan Mak bagaikan satu doa dan hidayah yang menyentap hati aku. menjelang esoknye, aku dah tak bertekak dengan Ncik Ayah, biar pun ayah still dengan baran dan kerja nak menengking anak-anak tak sudah-sudah, aku sedia mengalah dan berdiam diri je but still i cant face him. 

aku amek masa yang lame untuk ade chemistry dengan Ncik Ayah semula. cume sejak aku masuk universiti, Ncik Ayah dah tak baran lagi. mungkin beliau dah cukup tua untuk bersuara lantang macam dulu. mase tu, start aku ade conversation dengan dia. but still i can't have him to get the decision. i bear in my mind, kalau ade ape-ape masalah. jangan cuba bagitahu Puan Mak or Ncik Ayah sebab mati aku kene tengking even worst kene tampar. sampai sekarang pun mentality tu tak berubah

bagi aku bende ni tak baik untuk anak-anak. sebab ibu dan bapa la yang sepatutnya jadi kamus dewan untuk anak-anak. tapi aku pulak cipta kamus dewan sendiri. bile dah tergadah, sendiri mau ingat la kan...

aku dah lupa kisah lama. aku akan menjaga dan bertanggungjawab atas kesekiannya. chow ~!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.