Pengikut (Blogspot)

Isnin, 23 Mei 2011

Day 17 - High and low in this past year

hello semua, selamat petang....

mungkin ramai tengah habiskan masa dengan family or kawan-kawan. aku sekarang masih kat office menjalani kerja-kerja yang bertangguh. mungkin sebab aku tak berapa cekap nak buat keje lagi skang ni.

nasib baek En Mokhtar ade nak tunjuk aku guide, macam mane nak design bumbung dengan senang. as a guide aku, tengok la jadi ke tak nanti eh...

cerita pasal naek turun hidup untuk tahun lepas. mungkin ade banyak benda yang aku boleh cerita. tahun 2010 macam perubahan fasa yang berlaku dalam hidup aku. suku dari tahun 2010 ni aku habiskan dengan belajar, suku lagi menganggur, suku lagi kerja dekat site dan suku lagi act as consultant. 

aku anggap high and low ni, dalam aspiration aku macam kerjaya, cinta, sahabat, keluarga dan kewangan. maknenye perkara-perkara yang melengkapi kehidupan. 

(1) Januari hingga April 2010 
  • zaman belajar paling struggle aku pernah rasa. tidur tak cukup, makmal sampai petang, assignment timbun-timbun dan test merata-rata. sangat merasakan waktu pantas berlalu mase ni! 
  • hidup aku still single dan cuba untuk menyatakan cinta pada seseorang. tapi usaha tu tak kesampaian!
  • sahabat sentiasa ade disekeliling aku. hidup aku diceriakan oleh kawan-kawan UTM yang still enjoy sakan ke sana-sini, picnic bagai walaupun banyak kerja. sangat fun time tu!
  • keluarga pulak sedang bergembira dengan kehadiran Cik Nur Faizah Mohd Syah!
  • kewangan aku memang negatif, PTPTpu tak cukup untuk tanggung pengajian yang sibuk dengan thesis, yuran, assignment dan aktiviti-aktiviti terakhir bersama kawan-kawan belajar. but still, i never care about the money flow ~!
(2) Mei hingga June 2010
  • zaman aku menganggurkan diri kat rumah. i feel useless! mane tak nye, bila aku bangun pagi semua orang dah sibuk-sibuk pegi keje. aku pulak duduk sorang kat rumah sampai 0600 petang baru nampak batang hidung semua orang. bulan-bulan berkenaan, aku merasai pahit manis dan suka duka interview.
  • hidup still single and become more lonely. takde kawan dan takde kekasih yang boleh pujuk diri aku. aku banyak habiskan mase dengan chatting je malam-malam. ahahaha!
  • sahabat still in network untuk carik keje segala bagai!
  • Puan Kak Ngah bersiap sedia untuk majlis pertunangan yang berlangsung pada Julai 2010
  • takde income yang membuatkan aku sangat stress dengan kehidupan. nak beli top up pun kene menagih simpati dengan Puan Mak. macam mane nak rase diri berguna kan??
(3) Julai hingga September 2010
  • aku mula jadi pembanci untuk area Kajang. mula je dapat keje ni, aku tengok ade iklan jawatan kosong satu bangunan dengan tempat keje aku tu. aku masuk je hantar sijil, terus dapat keje. Jawatan Engineer. tapi memang kene duduk site memanjang dah serupe macam site supervisor. ape-ape hal pun aku layan je. dapat jugak aku RM1000 sebulan
  • aku dah tak fikir sangat hal bercinta sebab aku sibuk dengan kerja kat site dan keluarga
  • Cik Waniey keja satu tempat dengan aku. aku ade gang! aku jugak sibuk gather semula kawan kat SMKKKB mase form 3 dulu, semua dalam fb. 
  • Puan Kak Ngah selamat bertunang dan prepare untuk wedding pulak. 
  • kewangan aku dah ade income, tapi tak stabil dan gaji masuk lambat. memang guna duit untuk pegi keje dan balik keje aje... 
(4) Oktober hingga Disember 2010
  • aku dapat kerja kat tempat yang aku stay skang ni. banyak jugak benda yang aku belajar kat sini. 
  • aku masih lagi carik dan menggatal untuk mendapatkan cinta yang hakiki.
  • aku jumpe ramai sahabat baru dengan environment keje yang baru.
  • berita mengejut! arwah Puan Mak Usu meninggal dunia sebab denggi berdarah
  • kewangan bertambah baik dan mula boleh bayar duit kereta dekat Mak tapi mase ni masih belum boleh menyimpan sebab nak run kehidupan.
okla, sampai sini dulu cerita. chow!



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.