Pengikut (Blogspot)

Selasa, 17 Mei 2011

Day 06 - A photo of yourself and 30 interesting fact about your life

helloo semua...

serius sekarang aku mengantok!
dah seminggu aku tak up-date blog. congak-congak ade 6 soalan aku tak jawab dan entri Hari Guru dan pegi Sabah pun belum aku tulis dalam blog diary ni. ni pun aku curi-curi masa buat drawing nak tulis blog. perlu korang kesah? hahaha. 

back to the question. interesting fact, about my life. jap, aku fikir-in duluan ya... (kesan dari cakap dengan Pak Koma kejap tadi)

1. aku lahir tak cukup bulan. bulan ketujuh dalam kandungan aku dah memekak dengan Puan Mak. i am going out rite now! hahaha

2. masa aku lahir tu, incubator takde provide dekat Hospital Daerah Kuala Kubu Bharu. then, aku weng weng dalam ambulans dengan Ncik Ayah ke HKL. 

3. condition aku lahir tak stabil, warded 44 hari. dengan tumbesaran 1.75 kg tu, aku tak mampu hidup kalau takde orang yang dermakan aku darah time tu. sampai sekarang, bila aku ade peluang aku akan derma!

4. aku jugak ade jahit kat kepala. mase tu doktor perlukan area untuk masukkan susu dalam badan. hidung masih masuk ubat dan kepala tempat masuk susu. sebab tu aku kepala batu sekarang ni. hahahaha

5. name aku Mastura bt Borhan adelah nama ilham sepenuhnya. mase Puan Mak dengan Ncik Ayah bincang-bincang nak letak nama Siti Hajar. tapi aku keluar awal sangat. mase tu, Ncik Ayah kelam kelibut dengan diri aku dengan Puan Mak yang warded. mase Cik Nurse suruh aku isi borang, ape yang bermain-main kat minda ayah aku, budak ni nama Mastura. emm simple kan?

6. aku dibesarkan dari usia 44 hari hingga 7 tahun oleh Puan Nenek. sangat manja dengan nenek. 

7. aku memang sangat besar kepala kalau kat rumah Puan Nenek (dulu punye cerita). ape aku nak mesti aku dapat! tempat aku bermanja mase tu ialah Arwah Angah yang aku anggap macam ayah nombor dua. 

8. bile aku umur 7 tahun, Puan Mak amek aku untuk sekolah dengan beliau. yang aku cakap one of her greatest decision. kalau tak aku still spoiler child even now. 

9. mase aku duduk dengan Puan Mak dan Ncik Ayah, aku alami konflik identiti. sampai sekarang i think i am a black sheep. tapi perlu aku kesah? yang penting semua orang sayang aku... huhuhu

10. mase aku duduk dengan Puan Mak jugak aku dah rase sunyi, so aku banyak habiskan masa aku dengan baca buku cerita dan mengelamun sengsorang. ni aktiviti yang kekal sampai sekarang. 

11. sekolah dulu, aku agak skema. aku rajin. boleh kata dari tadika sampai form 3 aku naek pentas tiap taun. tapi bile dah besar ni, takla hebat mane pun. 

12. kawan baek aku yang pertama kat sekolah-sekolah dulu nama Lili. Lili ade konflik dengan kawan beliau nama Dayah. lepas tu, aku dengan Lili jadi best friend. 

13. tu zaman sekolah rendah. masa sekolah menengah, Lili dan rakan-rakan sekolah rendah masuk sekolah agama. aku pulak ikot kepala aku nak pegi sekolah kebangsaan. aku dengan Lili jadi pen-pall. bertukar cerita dengan surat. waaa~! tibe-tibe aku terfikir mane pegi surat Lili semua eh??

14. mase sekolah menengah rendah pun aku sangat selebet. minat pulak lelaki handsome. memang totaly reject la. tapi dah besar ni, mungkin kami boleh jadi kawan dan mungkin tidak. huhuhu

15. aku memang ade cita-cita nak jadi engineer since form two, pengaruh game! bermulanya impian

16. masa dulu, sangat sengal. aku kekalkan Super K sebagai kawan baik aku selama 8 tahun. aku tak pernah msg lelaki lain dalam masa tu. padahal aku tak bercinta dengan beliau. aku memang seorang yang wierd kot. 

17. aku sangat menyayangi Cik Paripari Cumel sehingga sanggup beri makanan yang ade kat tangan aku untuk beliau, kalau beliau memerlukan. 

18. aku ade 4 orang kawan baek kat universiti yang aku panggil Nakama. really love and appreciating them! sama-sama berjaya dalam hidup yook~!

19. aku suka sangat travel. memang mase aku masuk asrama walaupun kat Sg Buloh; tu dah dipanggil FREEDOM!

20. aku memang akan take care family aku. tapi untuk stay dengan diorang. it's seem to be impossible. 

21. kebanyakan masa remaja aku (17 tahun sampai 24 tahun), aku habiskan kat negeri Johor. tu dah jadi negeri kedua aku suka selepas negeri aku sendiri Selangor. 

22. sambung balik pasal travel and living. bila travel aku memang suke carik ape yang paling interesting kat satu negeri or negara tu. tapi macam biase la, aku bukan ade kewangan yang cukup untuk saje-saje travel. 

23. habis je tahun 2010 menginjak ke 2011. aku habiskan zaman single and available and change it to single and not to be available anymore. wahahaha~

24. mungkin pasangan aku ni, tak punya harta dunia. tapi aku tetap pilih ketulusan hati beliau yang tak perlu mengambil kira siape aku untuk bercinta.

25. Encik L seorang yang pendiam dan memang tak lawak langsung. out of my Mr Right checklist. tapi kenapa aku boleh sayang kat beliau aaah???

26. aku sebenarnye tengah simpan cita-cita nak pasang Ir kat depan nama aku. tengah sediakan bullet tapi pistol belom beli (tak dftar kat BEM lagi). 

27. aku memang agak workaholic dengan gaji yang sedikit~! tapi aku memang suka kerja. what to do ~~~!

28. aku suka kucing. tapi bukan kucing parsi bodoh itu. aku suke kucing kampung yang garang dan suke tindak balas pelik seperti Cikilalang. 

29. yeah ~ dah nak habis pasal betapa menariknya hidup aku.

30. hidup aku tak menarik kan? same seperti manusia yang lain. hidup di dunia dan akan juga pergi ke alam akhirat.

chow~!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.