Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 22 April 2011

wajah kesayangan hamba

Super Macho ~! Pujaan Malaya ~! Choooi~!

hello semua, salam jumaat...

entri ni muntah. macam mane nak mule ceritera ~ ceritera sape? hak hak hak. hari ni aku just pegi site visit yang ade involving IBS work ajer... waktu yang lain aku sibuk dengan cafe world aku; sempoi~!

sekarang ni aku nak cerite pasal sayang aku. cerite ke, cheritera? hampeh; mane-mane satu boleh gune. tapi tak ya nak cheritera sangat la kalau nak cerite pasal Cikilalang pun. kan?

Cikilalang ni skang ni status Cikilaling aku. serius sangat take care dan sangat manje-kan si jantan tak guna ni sampai naek lemak, nak dokong pun; lenguh tangan seminggu tak kebah~! yes, itu bohong dusta belaka ka ka.

macam gaya korang tengok kat atas tu; taik hidung pun bersepah, daun melekat dekat badan dan jatuh longkang dua hari sekali. tapi masih gang rumah sewa sayang. tu nasib baek ade Kak Hawa dengan Cik Shida amek iniasatif yang mandikan Lalang ni; kalau tak, mungkin skang dah pindah tempat tinggal ke Transfer Station Jinjang; dan ter-compact untuk dihantar ke Bukit Tagar Landfill. kejam pulak? tapi padan la muke. 

sekarang ni kire macam Cikilalang ni menceriakan hari aku. sehari tak jumpe macam dah resah sangat dah. tak boleh nak makan even segigit roti. ok, ni tipu. hak hak. 

sebabkan aku lah manusia yang kasi Cikilalang naek lemak, mungkin gang rumah sewa dah pening kepala layan karenah jantan milik hati yang makin nak menunjuk belangnya hingga saat ni. memang durjana sekarang ni. 

ok, kalau macam dulu. makan ape je yang Kedai Mak Cik Sebelah ni bagi. kalau makan ikan selar goreng yang hangus tu. boleh sajelah ~ janji ade rezeki. tapi skang ni dah tak macam tu; budget tuan simpanan dia ade duit ratusan ribu nak support makan dia setiap bulan. demand punye kucing ~ elok bagi pelempang laju-laju. kat sini je kot aku berani bersuara. buat bebetul mau dapat love bite free Cikilalang bagi. 

Cikilalang ni dapat dua tiga type makanan jugak; whiskes basah, whiskes kering dan ikan sardin. tapi sume jename nak gempak ngan masuk iklan je kan... jename macam tak pernah dengar dan murah; jangan harapla nak makan, cium pun pakai pangkal hidung je. serius perangai macam cilake!

Belang-belangan tengok cerita Belang
macam tadi ade luka kat perut Cikilalang. ntah ber-gengster dengan sape aku tak tau la; mungkin Cikilalang rase die ade kuasa kebal macam Laksmana Sunan kot. tapi tanda-tanda luka kat perut; sikit pun tak macam pendekar seperti yang diharapkan oleh bini Cikilalang. 

aku pun mudah kesian. emm; memang me-lemak kan kan? bile berjaya memainkan perasaan aku dengan membelikan Cikilalang sekotak Whiskas Ocean Fish with Salmon Bucket; serius RM8.00 satu kotak biasa. berpantang makan tengah hari aku sebab Cikilalang. what to do; all about love and scarifies. hampeh kan?

nasib baek Cikilalang makan dengan penuh rasa teruja macam seminggu tak nampak makanan. terubat jugak hati aku yang regret, but just now aku tukar jadi sayang bile tengok Cikilalang makan sungguh-sungguh. dalam hati pun terus monolog 'apelah berkira dengan binatang yang memang tak reti nak carik duit ni?'

Ada pulak whiskas ala biskut bantal

mungkin lepas ni. aku patut kahwin dengan Cikilalang. dah berapa banyak aku labur kat die? hak hak hak. anyway; aku buat semua ni ikhlas je. tak kesah la kalau korang nak kata poyo ke ape.

bagi makanan dekat haiwan ni kalau ikhlas nanti rezeki bertambah-tambah. orang cakap la. tapi rezeki tu datang dari Allah dan Allah beri berdasarkan usaha dan tawakal kite. 

tapi dalam banyak makanan kucing; whiskas macam ade iniasatif nak memperkayakan perniagaan diorang dengan create pelbagai shape, types, texture and flavor yang membolehkan kucing-kucing terasa diva dan mengelaskan diri dia-ekor sebagai kucing kaya di kalangan rakan-rakan yang lain seperti yang dilakukan oleh Cikilalang sekarang ni....

Cikilalang makin liar; pandai buat anak tapi tinggal merata-rata sampai ade janda kucing mungkin bekas Cikilalang datang tuntut nafkah a.k.a makanan dekat keluarga mertua. Cikilalang pulak melarikan diri berpura-pura outstation tak balik rumah sehari. memang jantan tak guna, guna tak jantan? betol la Cikilalang ni. 

tapi aku tetap pilih kasih terhadap Cikilalang; aku tak memberikan ape-ape sumbangan pade anak menantu dan cucu-cucu aku; hanya Cik Shida dan Kak Hawa yang buat macam tu. diorang siap belikan makanan kucing jenama Manja a.k.a mampu milik untuk anak menantu aku. 

Belang ada anak??
ape pulak ceramah ni? mungkinkah Mastura sudah terlampau lapar dan mula memengarutkan diri? Cikilalang ni bile mase pulak jadi anak tunggal aku? ahahaha

ok, mahu pegi beli ayam golek untuk dimakan dekat kedai Ncik Caah bagi direction sebentar tadi. pasni boleh la singgah rumah Puan Nenek.

challooo ~! pening kepala. pening kepala. ayam golek. ayam golek. chow...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.