Pengikut (Blogspot)

Rabu, 27 April 2011

sutera bidadari

hello semua, selamat petang...

hari ni ade keje. tapi tanak sangat buat. jap lagi baru nak mula buat prosedur. tu je kot; bersedia ke tanjung sepat esok. wah malas giler; aku nak pegi esok and buat esok boleh?? 

mengantok dah menguasai diri petang-petang macam ni. bile aku nak jadi rajin macam semua orang yang tengah sangat rajen sekarang ni?

marilah kite tulis blog di masa senggang... senggang ke tunggang langgang? hahahaha. 

review buku sikit pasal Sutera Bidadari ni... sambungan yang penuh konflik lagi. Ramlee Awang Murshid memang pandai bermain antara emosi dan situasi; setiap gerak geri Laksmana Sunan dan Saifullah masih dalam tanda tanya aku sekarang ni. 

mungkin cerita ni dah terlampau hyperbola bagi orang ramai sekeliling aku; tapi percaya lah, once korang dah bace, korang rase yang plot tak menggambarkan sesuatu yang sangat utama jika korang nak bandingkan dengan tema dan persoalan yang sedang Ramlee Awang Murshid pegang. Tema tetap satu; Laksmana Sunan, Hang Tuah, Saifullah, Dani, Abid Kamil dan Sharil merupakan khalifah muka bumi (manusia) yang memerangi kejahatan atau Taghut. 

so, aku boleh lupekan rase ketidaklogikan cerita tu sebabnye aku percaya pada satu benda; bila Allah SWT nak bukakan hijabnya untuk seseorang yang dikehendaki-Nya automatically Kun Fayakun ~! tak payah nak debat ape lagi kan?

enjoy reading this book and keep thinking and realizing yang Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. setiap tindakan itu ade balasannya; bukan karma tapi kesan dari tindakan manusia tu sendiri. 

so, sesiapa yang rasa enjoy nak bace pengembaraan zaman Melaka masuk ke abad 21 dan menggunakan prop orang dulu-dulu sebagai latar; meh baca buku ni starting with Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pecinta, Cinta Sufi and last but not least Sutera Bidadari.

dan aku paling suka bila Ramlee Awang Murshid ketengahkan keperibadian yang tinggi seorang lelaki macam Laksmana Sunan mempengaruhi jiwa lembut perempuan yang sesat arah macam Sang Ratu dan Maryam menghampiri Islam. kat sini nak cakap yang perempuan yang lemah; perlukan seseorang lelaki sebagai pemimpin hidup yang dipimpin oleh gaya hidup Islam. alangkah bahagia dan berbesar hati aku kalau aku jumpa insan seperti Sunan. Sunan ke Lukman? ahahaha.

Bagaikan Puteri is lost! sape pinjam ha??
habis sampai sini saje... aku mahu main sudoku pulak. Encik L menghilang ke hari ni? apesal aku tak dapat reach beliau ha?? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.