Pengikut (Blogspot)

Isnin, 25 April 2011

siapa juara?

heloo semua, 

salam isnin. ade drawing nak kene revised; tipu kanan, tipu kiri sikit. ahahaha. tapi tu bukannye perkara utama yang aku buat hari ni, aku masih diawang-awangan bersama Laksmana Sunan yang ingin mengembara ke Negari Atas Angin. oh Sunan, setapak ke depan tuan hamba melangkah, hamba tengok pakai teropong sahaje... hak hak hak. 

emm, pesta buku memang buat aku gile. bukan aku je giler. Paripari Cumel pun. next week dalam Sunday aku nak terjah lagi pesta buku. memang ade je lagi buku yang aku nak beli. teringat lak yang Encik L bengang dengan aku; elok-elok bergayut cinta finally aku mengeluarkan ayat 'fuyoo banyaknye buku' ayat ni aku tujukan kepada Paripari Cumel sebenarnye.Encik L terus letak telefon. ade aku kesah? hahaha. oklah, kekasih hati mane yang tak bengang; kalo korang habiskan ribu riban di saat takde duit pada novel-novel. emm, ikot suke aku la kan...?

pesta buku ni ibarat end year sale kat Sogo ~! sape peminat novel ke, buku pelajaran ke, agama ke, ape-ape je la patut la singgah; mane la tau dengan buku-buku ni hubungan cinta terjalin ke? hak hak; aku tau takde kene mengene. 

aku selalu impikan seseorang yang akan hidup dengan aku ni, fall in love dengan buku jugak. tapi dengan ketetapan Tuhan yang Maha Mengetahui; Encik L langsung tak minat bace buku. that's no experienced to share about this. 

aku masih demam cinta same novel ni; selain dari buku-buku Ramlee Awang Murshid; aku jugak beli satu novel cinta yang ditulis oleh Lynn Dayana, siap dapat tandatangan ekslusif tau dari beliau. super excited nak bace karya novel romantik-komedi. memang semalam adelah hari untuk Haiqal (hero dalam novel tu) dan bukan hari untuk Encik L. terasa nak meninggalkan Encik L pun ade jugak. 

first time kot dapat tandatangan penulis!
novel yang aku dok sibuk layan sekarang ni entitled Juara Carta Cinta (JCC) yang boleh kata terlaris kat pasaran; menurut blog penulis yang aku bace la. ceritenye memang catchy ~ orang yang paling tak sangka itu akan jadi jodoh kau. tu lah tema yang didokong oleh cerite ni. aku enjoy bace sebab ayatnye senang nak faham tak la too puitis; tak pulak hilang gaya bahasa penulisannye; macam balance antara real and sastera. it's good to read for santai-santai dan berfikir; alangkah baeknye kalo Encik L begitu? ahaks. 

skang ni aku dah sebarkan buku tu menarik dekat gang rumah sewa especially to Kak Hawa; bagi tangkap jiwang sikit seminggu dua kan kan kan?

okla, sementara menunggu adik-adik praktikal lunch before ke Langat; aku sarankan sesape yang obses buku untuk singgah ke pesta buku. harga murah compare biase. jimat-jimat ~!! sape nak join aku g sekali lagi untuk  next week punye trip??? nak harapkan Encik L, banjir pulak PWTC kalo beliau ade. seyh ~!

last but not least, kepada Paripari Cumel; let have a talk about Laksmana Sunan. it's gonna be great. chow dulu.....

2 ulasan:

  1. Salam Cik Pari2 Cumel,
    Mabuk novel ye... kalau kena penyakit ni susah ubat. Kalau tak baca rasa menggigil je kan..hehehhe... kak ijan dah lama tak bergiat dgn novel. ingat lepas spm dulu siang malam mengadap novel..best giler :D

    BalasPadam
  2. wsalam kak ijan...

    memang pun gigil. emm dah jadi gian balek. lagipun tkde ape bende nak buat. haha

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.