Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 29 April 2011

ku percaya ada cinta

hello semua... selamat malam

hari yang boring dan memenatkan. ke tanjung sepat la awok kawan semua wey. malam pulak, aku still mencari idea macam mane nak settlekan kerja-kerja tertangguh. yang honestly; aku hentam je nak buat macam mane. ahakz.

hari ni kan; aku nak cerite pasal cinta dan kepercayaan. yelah; barula belajar bercinta. skang tengah proses tidak mempercayai sesama sendiri berlangsung. waha~~~! biase la tu semua dalam relationship. kalau percaya memanjang kang jatuh tahap bosan pulak gayut telefon asyek nak cakap 'I Chenta U'; 'U Chenta I tak?' takpun lelaki akan keluar ayat macam ni; I ada U sorang je dalam dunia ni. penipuan yang berjaya mengambil hati ramai perempuan kot. tapi kalau hari-hari bende yang same cakap. boleh muntah balik la roti telur yang Faruk Al-Safir kasi tenyeh pagi tadi. kan kan kan?


korang yakin 100%??

percaya. kalau percaya mesti datang setia. tapi percaya memang susahla nak capai. sedangkan dah kahwin yang tinggal satu rumah dan satu bilik pun kepercayaan tak cecah peratusan penuh; ni pulak baru je kenal, family dan sedara mara pun tak habis explore lagi. ntah-ntah pasangan kite bersedara dengan orang Australia pun kite tak tau kan??

aku ni kire susah nak percaya kat orang. serius! i will think over and over ape yang people keep telling me dan kesemua cerita yang orang sampaikan ke telinga aku; aku akan analisis satu-satu. emm macam psiko lak bunyinye. tapi ni tande memang aku susah nak percaya pada seseorang. selagi takde reason yang masuk akal, no believe on you. sorry lah.

kalau dengan Encik L; aku bukan percaya sangat kata-kata beliau. cuma satu benda yang aku pegang untuk setia macam ala-ala beliau lah lelaki pertama yang fall in love dengan aku. mungkin tak pernah fikir siape aku. tu jer. tapi memang aku tak percaya langsung pun. sampai sekarang ni aku tak percaya yang beliau sayang aku. hak hak hak. serius melampau tanggapan aku kan?

habis mastura, ko fikir Encik L je yang tak dipercayai. ko pun boleh jatuh ke tahap yang tak dipercayai jugak kan?? cool down cik angle dalam diri mastura. aku tak setan sangat okey! tapi mungkin gerak kerja aku agak mencurigakan. keluar ke sana ke mari dengan lelaki but itulah rencah hidup seorang engineer. kalau tanak hidup macam ni boleh berambus amek kerja jadi tukang bancuh kopi dekat kedai acik perempuan. jangan pule acik lelaki. hak hak hak. 

memang aku tak boleh dipercayai pun, tapi kalaula aku nak bercinta dengan sekian-sekian. baekla aku tak perlu menerima Encik L yang biase-biase aje tu kan? baek aku sendiri stand-by carik yang lain. wah! tak gitu...?

itu je yang aku selalu cakap dengan Encik L. emm puas hati. tapi ape yang aku belajar dari relationship ni selagi kau ikhlas dan jujur dalam setiap tindakan kau. for sure kau akan jadi kekasih yang baik. tak payahla nak selindung ape-ape. tu lah cara terbaik aku fikir setakat ni yang dapat menambahkan kepercayaan pasangan terhadap aku. 

tapi lain orang, for sure lain persfektif. yang aku kagum dengan falsafah Ncik Ca-ah ialah di mata isteri beliau, beliau seorang yang talented, kacak, ganteng so whatever yang menampakkan beliau hebat. hebatkan kepercayaan beliau kat isteri beliau. kagum sementara. jangan gtau Ncik Ca-ah pulak. 

percayalah ~ kalau itulah jodohnya; kepercayaan itu akan wujud dan membelakangi segala penipuan yang ada. so believe in person you really love.

aku rasa aku banyak merapu lah. tapi blog juge peneman aku siapkan drawing dan e-mel sesuatu pada kapten ini hari. 

chow dulu. mau naek rumah layan one piece kemudian labuhkan tirai malam. yehaa~!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.